Resepi Sambal Pedas Masa Pantang

9:38 pm Emalin Mohd 13 Comments

Bagi yang suka sangat makan makanan pedas, mesti hilang sedikit selera waktu makan jika tiada sambal belacan. Tambah-tambah selepas bersalin dan perlu berpantang bukan sehari dua tetapi sekurang-kurangnya 44 hari.

Nak makan juga sambal belacan masa pantang? Boleh juga tapi selepas itu kalau kena bentan dan rasa gatal terutama di tempat jahitan jangan salahnya orang lain. Merana badan jika rasa gatal di tempat jahitan.

Tapi sebenarnya ada sambal pedas yang boleh dimakan dan amat sesuai dimakan semasa pantang. Ia sedap dan menyelerakan. Dan ia juga pedas namun bukan pedas cili.

Ini sambalnya. 


Sambal ini jika dimakan bersama nasi panas memang amat menyelerakan atau ditabur di atas sup sayur sawi dan tauhu. Sedap sangat. 

Nak buat sambal ini pun mudah. Jika ada yang sedang menunggu hari bersalin boleh buat dari sekarang dan disimpan sebab sambal pantang ini tahan lama.

Bahan-bahannya pula amat mudah.


Ikan bilis, halia, kunyit dan lada hitam ditumbuk kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kering.

Bahan-bahan ini pun Ada banyak khasiatnya.

Ikan bilis:
Ikan bilis adalah salah satu daripada sumber omega 3 yang murah dan mudah didapati. Ia juga mengandungi protein dan kalsium yang amat diperlukan semasa hari-hari berpantang. 

Halia:
Membantu untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Kunyit:
Di dalam kunyit sebenarnya mengandungi mangan, zat besi, vitamin B6, serat, copper dan potassium. Warna kuning pada kunyit adalah daripada bahan bernama curcumin. Ia membantu dalam mengurangkan keradangan yang boleh berlaku termasuk perut sebu, senggugut, sakit gigi, kolik dan juga sakit dada.

Ada pendapat mengatakan ia boleh mengurangkan jaundis.

Lada hitam:
Lada hitam juga mengandungi mangan yang berfungsi untuk mengaktifkan enzim untuk metabolisme protein dan lemak. Ia juga membantu untuk perkembangan tulang dan membentuk kolagen yang diperlukan akibat luka.

Lada hitam jika digabungkan dengan halia akan bertindak seperti thermogenic iaitu meningkatkan kadar metabolisme badan sekaligus mengurangkan berat badan.

Sedap, berkhasiat dan menyelerakan untuk dimakan semasa berpantang.

Dan sesiapa yang mempunyai pengalaman ngeri berpantang sebelum ini, dapatkan tips berpantang dengan mudah dan menggembirakan melalui video ini.









Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakitj Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Bagi yang suka sangat makan makanan pedas, mesti hilang sedikit selera waktu makan jika tiada sambal belacan. Tambah-tambah selepas bersalin...

13 comments:

  1. Cam sedapppp hantarr skit

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya dulu tak tahu pun. Saya memang kena ada sambal baru selera makan. Makan dengan nasi panas sambal ikan bilis pun ok dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pantang pun boleh makan Diana..hihi

      Delete
  3. boleh ke masa berpantang makan pedas..takut pula saya ngeri..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas ni bukan pedas cili tapi dari halia + lada hitam. :)

      Delete
  4. masa dalam pantang memang aya kuat makan halia...jadi sedap pulak bila kunyah halia..dah habis pantang bila makan nasik mesti nak halia..buat ulam..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halia muda sedap kan? Rasa pedas-pedas.. :)

      Delete
  5. hohoho
    tak boleh makan pedas la
    sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tr pedas ni..
      takda kick kalau tak pedas..hihi

      Delete
  6. ok terima kasih, dah share kat wife dah, kot2 nanti masa dia bersalin nnt dia nak makan pedas hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along le buat. Sure Wife selera makan..

      Delete
  7. Mcm best jee. Kene try lpas ni

    ReplyDelete