Epal Granny Smith dan Gala Tidak Selamat Dimakan

11:56 am Emalin Mohd 3 Comments

Semalam kecoh di laman sosial apabila ramai berkongsi tentang Epal Hijau Granny Smith dan Epal Merah Gala disekat masuk kerana mengandungi bakteria berbahaya.

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengarahkan pengimport epal jenis Granny Smith dan Gala dari Amerika Syarikat (AS) mengambil balik buah epal terbabit dari pasaran, sementara stok yang berada di premisnya juga sudah disita kerana epal tersebut tercemar dengan bakteria listeriosis.

Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis.

Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea).

Sebaik saja membaca berita tersebut, saya yang memang Ada stok epal merah dan Hijau ini di rumah terus Keluarkan dari peti ais untuk dibuang.

Sedih juga rasa nak membuang epal yang banyak ini tapi tak nak ambil risiko. Ini disebabkan jika epal tersebut tercemar dengan Listeria monocytogenes ia tidak menunjukkan sebarang tanda sudah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau).


Cuba tengok sticker pada epal di rumah. Jika Granny Smith pada epal Hijau dan Gala untuk epal merah eloknya dibuang.


Tapi jika membeli epal di pasar malam selalunya sticker tersebut telah tertanggal. Untuk kenal pasti jenis epal, boleh rujuk gambar di bawah ini. 


Selepas ini nak pergi beli buah kena pilih buah lain dulu atau beli buah dari negara lain selain US.

Jangan lupa semak ya epal di rumah tu.

Precautions is better than cure!
 

Semalam kecoh di laman sosial apabila ramai berkongsi tentang Epal Hijau Granny Smith dan Epal Merah Gala disekat masuk kerana mengandungi b...

3 comments:

  1. cak...

    cahayacinta datang..
    itulah buat takut nak makan..tpai basuh kalau nak potong nak makan epal ni buah lain begitu..buah nak tahan lama ada kekadnag letak lilin cma buah limau heee...pernh buang lilin dekat limau2 mandrin...tebal gal lilin melekat kat limau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini suri memang kena buang sebab bukan sebab lilin pada kulit. Buah tu sendiri ada bakteria..huhu

      Delete
  2. thanks for the info :) syida nak try bagi epal pada anak 8 bulan pun tak berani sebab kes ni...okay dah tau yang mana boleh dan yang mana tak boleh senang la sikit... :) nanti nak beli epal merah masak ranum laaa..hehehe

    ReplyDelete