Kenapa Sakit Otot?

1:37 am Emalin Mohd 2 Comments

Perbualan setelah tidak berjumpa dengan rakan hampir satu bulan:

Cik L: Sakit tak otot selepas balik dari Kedah hari tu?
Saya: Biasa je. Tak da la nak kata sakit sangat.
Cik L: Saya hari tu lepas balik Kedah memang sakit sangat otot sampai menangis kat office. Tak larat sangat petang tu juga pergi berurut.
Saya: Kesiannya. 
Cik L: Tu lah tapi kira ok juga ni. Pn A sampai kena admitted sebab slip disc makin teruk.
Saya: (Terdiam dan terkejut)...

(Saya, Cik L dan Pn A telah outstation hampir 2 bulan di pelbagai negeri).




Sakit otot terjadi kerana kita telah melakukan aktiviti yang sedikit lain dari kebiasaan. Selalu duduk dalam pejabat berhawa dingin selama 8 jam tetapi kemudian kena outstation naik kenderaan pejabat. Badan tidak biasa dan kita pula tidak bersenam. Itu yang menyebabkan sakit otot. Contoh lain penyebab sakit otot seperti:
  • Mengangkat barang berat dengan posisi yang tidak sesuai
  • Tidak melakukan 'warm up' dan 'cool down' secukupnya semasa bersenam
  • Berdiri atau duduk dalam satu posisi / postur badan yang sama terlalu lama (Ini mungkin penyebab sakit otot kala 'outstation'.
  • Mencuba sukan baru dengan tahap kelasakan serta tempoh masa berbeza daripada biasa
Kekurangan garam galian atau elektrolit, mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink serta air dalam badan juga boleh menjadi punca sakit otot.

Sekiranya sakit otot berlaku pada anda, sedikit tips dan rawatan yang boleh diamalkan iaitu:

1) Rehat secukupnya. Lazimnya sakit otot akan hilang 3-7 hari tanpa rawatan.
2) Mendapatkan urutan bagi kesan kelegaan.
3) Mandi air sejuk atau berendam dalam air sejuk. Air panas akan menambah radang dan sakit otot semakin bertambah.
4) Mengamalkan R-I-C-E iaitu Rehat, Meletakkan Ais, Menekap Ais dan Tinggikan anggota badan yang sakit.
5) Bersenam agar badan mendapat 'stretching' sepatutnya.
6) Minum air 2-3 liter sehari
7) Memastikan garam galian atau elektrolit secukupnya di dalam badan
8) Memastikan pengambilan vitamin yang mencukupi seperti kalsium, magnesium dan zinc.

Jika cedera semasa bersukan pula, teruskan pembacaan anda di SINI.

Selalu sangat mengalami sakit otot? Kurangkan risiko dengan pengambilan vitamin / supplement seperti berikut:

1) ESP sebagai sumber Protein - berfungsi sebagai pemberi tenaga serta dapat menggantikan sel-sel yang rosak dengan cepat.
2) Vitamin B Complex - mengurangkan keletihan dengan menukarkan makanan menjadi tenaga
3) Ostematrix yang mengandungi kalsium dengan magnesium - Mengurangkan kejang, sakit sendi serta menenangkan saraf.
4) AJHT yang mengandungi glukosamina - meningkatkan fleksibiliti sendi dan otot sekaligus mengurangkan kesakitan





Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Perbualan setelah tidak berjumpa dengan rakan hampir satu bulan: Cik L: Sakit tak otot selepas balik dari Kedah hari tu? Saya: Biasa ...

2 comments:

  1. Maklumat yang berguna untuk orang yang dah berusia macam saya ni..

    ReplyDelete