Boleh Ke Menyusukan Anak Semasa Mengandung?
Boleh ke menyusukan anak semasa mengandung?
Gambar: Ihsan Google |
Persoalan ini pun saya pernah timbulkan dan bertanya pada doktor apabila hamil anak kedua sedangkan anak pertama masih menyusu.
Ada 2 pendapat doktor yang berbeza waktu itu.
1) Hentikan penyusuan dan gantikan susu formula untuk anak pertama.
2) Teruskan penyusuan jika ibu mampu dan tiada kesan negatif pada ibu.
Yang mana satu betul dan perlu diikut? Kedua-dua pendapat tersebut betul bergantung pada situasi.
Apa yang terjadi kepada kehamilan apabila menyusukan anak?
Sewaktu hamil, payudara berada dalam keadaan sensitif. Menyusukan anak pula boleh menambahkan rasa tidak selesa dan sedikit rasa sakit kepada ibu.
Semasa penyusuan juga, hormon oksitoksin dikeluarkan. Hormon yang yang sama juga boleh menyebabkan kontraksi berlaku. Tetapi kadar oksitoksin yang dikeluarkan lazimnya tidak menyebabkan kelahiran pra matang.
Walau bagaimanapun jika ibu mempunyai sejarah anak lahir pra matang, pendarahan ketika menyusukan anak atau rasa sakit, mungkin yang lebih baik ialah menghentikan penyusuan anak.
Bukan setakat penyusuan sahaja, melakukan hubungan kelamin bersama suami juga boleh menyebabkan kontraksi!!
Jadi keputusan samaada ingin meneruskan penyusuan semasa mengandung bergantung pada situasi ini sendiri.
Saya sendiri meneruskan penyusuan semasa hamil anak kedua sehingga kelahiran bayi. Walau bagaimanapun semasa hamil anak ketiga, anak pertama dan kedua sedang "tandem nursing". Saya terpaksa menghentikan penyusuan anak pertama. Tetapi anak kedua masih menyusu badan sehingga kelahiran anak ketiga. Ini disebabkan saya berasa sangat tidak selesa dan sakit pada ari-ari sekiranya anak-anak saya "tandem nursing".
Waktu ini juga, badan ibu cepat penat tambahan pula jika ibu tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Bayangkan diri sedang hamil dan pada masa yang sama masih menyusu anak yang lebih besar!
Lenguh-lenguh badan, sakit belakang, kejang kaki atau gusi berdarah antara yang selalu dialami oleh ibu hamil. Ia juga petanda awal kekurangan nutrisi atau vitamin tertentu. Mungkihkah tika ini Ibu patut menimbangkan supplement atau vitamin?
Jangan bertangguh lagi! Supplement atau vitamin boleh membantu ibu hamil mengatasi masalah tersebut. Antara supplement / vitamin untuk ibu hamil ialah:
Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978
berat tanggungjawab seorang ibu
ReplyDeleteharap para suami dapat faham dan berikan kerjasama
yup.sokongan suami diperlukan untuk menjayakan penyusuan susu ibu
Delete