Kering Di Tepi Mulut Tanda Kurang Vitamin

5:13 pm Emalin Mohd 8 Comments

Kering, berkuping dan luka tapi hanya di hujung bibir. 
Rasanya? Sama seperti luka di dalam mulut. Sakit, pedih dan rasa tak selesa. 

Penyakit ini bukan ulser mulut dan puncanya berbeza daripada penyebab ulser mulut.

Penyakit ini dikenali sebagai Angular Stomatitis.

Untuk lebih jelas penyakit yang dikenali sebagai Angular Stomatitis.


Antara punca penyakit ini adalah:

1) Jangkitan samaada fungal, virus atau daripada bakteria.

2) Masalah berkaitan dengan gigi seperti ketiadaan gigi atau sedang memakai gigi palsu.

Penyakit ini juga sering menyerang kanak-kanak terutama jika kanak-kanak tersebut tidak sukakan makanan seperti produk tenusu, telur, sayuran hijau, daging dan kekacang atau terlalu memilih makanan. 


Kekurangan Vitamin Penyebab Anak Sering Sakit

Ada anak yang sukakan makan nasi bersama kicap sahaja! Bayangkan di mana anak tersebut akan mendapat vitamin yang diperlukan?

Hujung bibir mengelupas, kering dan kadang-kala berdarah ini menunjukkan tanda-tanda badan kekurangan Vitamin B iaitu B2 dan Zat Besi selain daripada sebab di atas. Tambahan pula, jika anak adalah seorang yang amat memilih makanan. 

Kita lihat dulu antara makanan yang kaya dengan Vitamin B2 dan Zat Besi.

Makanan yang kaya dengan Vitamin B2:
Cendawan
Daging
Bayam
Susu
Susu soya
Kekacang
Telur


Makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
Daging
Tiram
Sardin
Kekacang
Kentang
Brokoli
Bayam
Pasta

Makan tak anak-anak kita senarai makanan di atas? Kalau memilih makanan susah juga sebenarnya. Tapi kesian pada anak kalau asyik kena merekah kat hujung bibir. Lagi dijadikan alasan untuk tak nak makan. Sebab sakit mulut!

Nak tambah selera makan anak, makanan tersebut perlu mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium. Dan yang paling menarik, Meal Shakes mengandungi elemen tersebut yang boleh menaikkan selera makan anak. 

Anak tak memilih makanan lagi mudah untuk pelbagaikan masakan dan boleh mengurangkan risiko terkena Angular Stomatitis.


Meal Shakes, minuman multivitamin berperisa vanilla yang boleh dicampur dalam minuman kegemaran anak.

Selain menaikkan selera makan, ia juga boleh mengurangkan sembelit anak.


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978






Kering, berkuping dan luka tapi hanya di hujung bibir.  Rasanya? Sama seperti luka di dalam mulut. Sakit, pedih dan rasa tak selesa.  ...

8 comments:

Sakit Belakang dan Slip Disc: Punca dan Rawatan

1:52 am Emalin Mohd 7 Comments

Sekiranya sakit belakang yang tidak sembuh sehingga terasa mencucuk dan kebas, buatlah pemeriksaan perubatan dengan lengkap. Ini untuk memastikan punca sakit belakang tersebut. Dan jangan bergantung semata-mata dengan ubat penahan sakit.

Apa yang terjadi pada rakan saya mengejutkan saya. Perkhabaran yang diterima daripada seorang rakan mengejutkan saya. Beliau sedang bercuti sakit disebabkan slipped disc! Sebelum ini kala oustation bersama-sama, beliau memang selalu mengadu sakit pinggang dan kaki kanan. Sakit pinggang yang mencucuk-cucuk rasaanya dan kaki terasa kebas. Ketika itu, ubat tahan sakit memang tak lekang bersama beliau.

Rupa-rupanya menghidap slipped disc dan cakera yang terkeluar itu telah menekan saraf beliau.

Slipped disc ini berlaku apabila cakera yang berfungsi menyerap tekanan antara tulang ini tidak berada di kedudukan sepatutnya. Tulang belakang manusia terbentuk seperti blok-blok yang bertindih. Antara blok tersebut terletaknya cakera tadi. Cakera ini seperti gel dan kesakitan berlaku akibat pergerakan cakera ini yang tidak normal menghimpit saraf.

sakit tulang belakang
Gambar menunjukkan perbandingan cakera yang normal dan tidak normal

Antara punca slipped disc ialah:
  • Pernah mengalami kecederaan seperti terhentak atau terjatuh
  • Terlalu aktif pada usia muda
  • Banyak mengangkat benda berat terutama dengan posisi yang kurang sesuai
  • Duduk dalam masa jangka masa panjang 
Slip disc berlaku apabila cakera tadi kehilangan kandungan air terutama dengan peningkatan usia. Ia menyebabkan ia menjadi kurang fleksibel dan lebih mudah untuk terkeluar daripada kedudukan sebenar.

Antara simptom pesakit slipped disc ini ialah:
  • Sakit belakang berpanjangan
  • Sakit pinggang
  • Kebas pada kaki
Hanya ujian MRI yang dapat mengesan penyakit slipped disc ini dan bukan setakat x -ray. Lazimnya hanya 20% sahaja memerlukan pembedahan dan antara rawatan awal yang diberikan ialah ubah tahan sakit, fisioterapi dan juga memakai korset belakang. walau pun melakukan pembedahan tidak menjamin slipped disc ini sembuh. Ada yang masih lagi sakitnya berulang hatta selepas pembedahan.

Jadi, selain daripada melakukan fisioterapi, mengambil ubat penahan sakit atau pembedahan, apa kata tambahkan supplement / vitamin!

Fungsinya untuk mengurangkan kesakitan yang dialami serta penyembuhan daripada dalam iaitu dengan membaiki sel atau sekurang-kurangnya mengurangkan keyakinan yang dialami.

Supplement / Vitamin yang boleh membantu dalam rawatan slipped disc ialah:

Vivix
Iaitu supplement antioksidan yang sangat kuat dengan kandungan propanolol. Ia berfungsi dengan meningkatkan penghasilan kolagen  (kolagen adalah komponen utama di dalam cakera) dan juga memperbaiki tisu yang rosak.

Membantu menghasilkan kolagen dan Omega 3 di dalamnya membantu badan memperbaiki dan mengelakkan kerosakan kartilaj dan cakera disebabkan radang.

AJHT
Mengandungi glukosamina yang berfungsi untuk memastikan kolagen sentiasa ada. Glukosamina akan menghasilkan chemical di dalam badan untuk memperbaiki kartilaj, tendon , ligamen serta cecair synovial. Cecair synovial ini yang mengurangkan geseran antara sendi.

Membekalkan kalsium yang mencukupi di dalam badan serta mengandungi magnesium untuk mengurangkan sakit pada saraf.




Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Sekiranya sakit belakang yang tidak sembuh sehingga terasa mencucuk dan kebas, buatlah pemeriksaan perubatan dengan lengkap. Ini untuk mema...

7 comments:

Kenapa Sakit Otot?

1:37 am Emalin Mohd 2 Comments

Perbualan setelah tidak berjumpa dengan rakan hampir satu bulan:

Cik L: Sakit tak otot selepas balik dari Kedah hari tu?
Saya: Biasa je. Tak da la nak kata sakit sangat.
Cik L: Saya hari tu lepas balik Kedah memang sakit sangat otot sampai menangis kat office. Tak larat sangat petang tu juga pergi berurut.
Saya: Kesiannya. 
Cik L: Tu lah tapi kira ok juga ni. Pn A sampai kena admitted sebab slip disc makin teruk.
Saya: (Terdiam dan terkejut)...

(Saya, Cik L dan Pn A telah outstation hampir 2 bulan di pelbagai negeri).




Sakit otot terjadi kerana kita telah melakukan aktiviti yang sedikit lain dari kebiasaan. Selalu duduk dalam pejabat berhawa dingin selama 8 jam tetapi kemudian kena outstation naik kenderaan pejabat. Badan tidak biasa dan kita pula tidak bersenam. Itu yang menyebabkan sakit otot. Contoh lain penyebab sakit otot seperti:
  • Mengangkat barang berat dengan posisi yang tidak sesuai
  • Tidak melakukan 'warm up' dan 'cool down' secukupnya semasa bersenam
  • Berdiri atau duduk dalam satu posisi / postur badan yang sama terlalu lama (Ini mungkin penyebab sakit otot kala 'outstation'.
  • Mencuba sukan baru dengan tahap kelasakan serta tempoh masa berbeza daripada biasa
Kekurangan garam galian atau elektrolit, mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink serta air dalam badan juga boleh menjadi punca sakit otot.

Sekiranya sakit otot berlaku pada anda, sedikit tips dan rawatan yang boleh diamalkan iaitu:

1) Rehat secukupnya. Lazimnya sakit otot akan hilang 3-7 hari tanpa rawatan.
2) Mendapatkan urutan bagi kesan kelegaan.
3) Mandi air sejuk atau berendam dalam air sejuk. Air panas akan menambah radang dan sakit otot semakin bertambah.
4) Mengamalkan R-I-C-E iaitu Rehat, Meletakkan Ais, Menekap Ais dan Tinggikan anggota badan yang sakit.
5) Bersenam agar badan mendapat 'stretching' sepatutnya.
6) Minum air 2-3 liter sehari
7) Memastikan garam galian atau elektrolit secukupnya di dalam badan
8) Memastikan pengambilan vitamin yang mencukupi seperti kalsium, magnesium dan zinc.

Jika cedera semasa bersukan pula, teruskan pembacaan anda di SINI.

Selalu sangat mengalami sakit otot? Kurangkan risiko dengan pengambilan vitamin / supplement seperti berikut:

1) ESP sebagai sumber Protein - berfungsi sebagai pemberi tenaga serta dapat menggantikan sel-sel yang rosak dengan cepat.
2) Vitamin B Complex - mengurangkan keletihan dengan menukarkan makanan menjadi tenaga
3) Ostematrix yang mengandungi kalsium dengan magnesium - Mengurangkan kejang, sakit sendi serta menenangkan saraf.
4) AJHT yang mengandungi glukosamina - meningkatkan fleksibiliti sendi dan otot sekaligus mengurangkan kesakitan





Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Perbualan setelah tidak berjumpa dengan rakan hampir satu bulan: Cik L: Sakit tak otot selepas balik dari Kedah hari tu? Saya: Biasa ...

2 comments:

Boleh Ke Menyusukan Anak Semasa Mengandung?

10:35 pm Emalin Mohd 2 Comments

Boleh ke menyusukan anak semasa mengandung? 

Gambar: Ihsan Google

Persoalan ini pun saya pernah timbulkan dan bertanya pada doktor apabila hamil anak kedua sedangkan anak pertama masih menyusu.

Ada 2 pendapat doktor yang berbeza waktu itu.

1) Hentikan penyusuan dan gantikan susu formula untuk anak pertama.

2) Teruskan penyusuan jika ibu mampu dan tiada kesan negatif pada ibu.

Yang mana satu betul dan perlu diikut? Kedua-dua pendapat tersebut betul bergantung pada situasi.

Apa yang terjadi kepada kehamilan apabila menyusukan anak?

Sewaktu hamil, payudara berada dalam keadaan sensitif. Menyusukan anak pula boleh menambahkan rasa tidak selesa dan sedikit rasa sakit kepada ibu.

Semasa penyusuan juga, hormon oksitoksin dikeluarkan. Hormon yang yang sama juga boleh menyebabkan kontraksi berlaku. Tetapi kadar oksitoksin yang dikeluarkan lazimnya tidak menyebabkan kelahiran pra matang.

Walau bagaimanapun jika ibu mempunyai sejarah anak lahir pra matang, pendarahan ketika menyusukan anak atau rasa sakit, mungkin yang lebih baik ialah menghentikan penyusuan anak.

Bukan setakat penyusuan sahaja, melakukan hubungan kelamin bersama suami juga boleh menyebabkan kontraksi!!

Jadi keputusan samaada ingin meneruskan penyusuan semasa mengandung bergantung pada situasi ini sendiri.

Saya sendiri meneruskan penyusuan semasa hamil anak kedua sehingga kelahiran bayi. Walau bagaimanapun semasa hamil anak ketiga, anak pertama dan kedua sedang "tandem nursing". Saya terpaksa menghentikan penyusuan anak pertama. Tetapi anak kedua masih menyusu badan sehingga kelahiran anak ketiga. Ini disebabkan saya berasa sangat tidak selesa dan sakit pada ari-ari sekiranya anak-anak saya "tandem nursing".

Waktu ini juga, badan ibu cepat penat tambahan pula jika ibu tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Bayangkan diri sedang hamil dan pada masa yang sama masih menyusu anak yang lebih besar!

Lenguh-lenguh badan, sakit belakang, kejang kaki atau gusi berdarah antara yang selalu dialami oleh ibu hamil. Ia juga petanda awal kekurangan nutrisi atau vitamin tertentu. Mungkihkah tika ini Ibu patut menimbangkan supplement atau vitamin?

Jangan bertangguh lagi! Supplement atau vitamin boleh membantu ibu hamil mengatasi masalah tersebut. Antara supplement / vitamin untuk ibu hamil ialah:


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


B oleh ke menyusukan anak semasa mengandung?  Gambar: Ihsan Google Persoalan ini pun saya pernah timbulkan dan bertanya pad...

2 comments:

Kenapa Perlu Mengambil Vitamin C?

8:23 am Emalin Mohd 0 Comments

Pernah atau tidak kita menggaru dan ada tanda-tanda putih muncul kemudiannya? Ia terjadi disebabkan kulit kering dan antara sebab kulit kering ialah kekurangan vitamin C.
Cuba garu lengan anda sekarang dan lihat perbezaannya.
Kekurangan vitamin C pada badan juga dapat dilihat dengan simptom seperti:
1.  Penyakit skurvi
2.  Kulit kering dan kasar
3. Gigi   longgar 
4. Gusi mudah berdarah
5.  Kapilari darah di bawah kulit  pecah. 
6.  Luka, lebam dan  penyakit kulit lambat sembuh. 
7.  Kurang daya  tahan atau mudah sakit
8. Wajah nampak lebih tua berbanding usia akibat kekurangan kolagen
9. Mudah stress
10. Mudah mendapat demam dan selsema


Vitamin C adalah vitamin larut air yang bermaksud ia tidak akan disimpan di dalam badan. Jika makan terlalu banyak makanan yang mengandungi vitamin C pada satu-satu masa pun, lebihan vitamin C akan dibuang dari dalam badan. Jadinya, kita kena pastikan makanan kita sentiasa mengandungi Vitamin C.
Sukar untuk melakukan sebegitu? Saya pasti menu makan tengah hari di pejabat kita jarang sekali kita makan buah oren (antara jenis buah yang mengandungi vitamin C)!

Apa yang kita boleh lakukan?
Ambil supplement Vitamin C!!
Memang banyak vitamin C berada di pasaran tetapi Vitamin C keluaran Shaklee yang dikenali sebagai Sustain Release Vitamin C ini adalah pilihan tepat. Ia mengandungi khasiat lebih kurang 7 biji oren termasuk kulit oren sekali bernilai 500mg vitamin C. 1 tablet Sustain Release Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg Vitamin C!! Badan tidak akan menganggap sumber vitamin C ini berlebihan kerana khasiatnya akan dibebaskan secara perlahan-lahan dan berterusan. 

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

8 sebab lain kenapa anda perlu mengambil Vitamin C Shaklee

1. Membentuk collagen – Merangsang pembentukan collagen. Collagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
3. Meningkatkan Sistem Imun – Vitamin C membantu membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.
4. Mengurangkan risiko kanser – Ia adalah anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
5. Mencantikkan Kulit – Pengambilan vitamin C setiap hari menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmentasi adalah penyebab utama kejadian jeragat.
6. Mengurangkan Insomnia – Insomnia menyebabkan kesukaran untuk tidur berpunca daripada keresahan (Anxiety). Vitamin C berupaya mengurangkan keresahan sekaligus mengurangkan masalah insomnia.
7. Mengekalkan Kolesterol Sihat – Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

8. Mengurangkan risiko luka sukar sembuh pada pesakit kencing manis - Ini kerana glukos dan Vitamin C memasuki sel melalui saluran yang sama. Apabila kandungan glukos yang tinggi dalam darah, glukos dan vitamin C terpaksa bersaing untuk memasuki sel dan kandngan yang tinggi akan menang. Ini akan menjadikan sel kekurangan vitamin C dan apabila proses ini berulang dan berterusan, ia mengakibatkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada kekurangan Vitamin C muncul. Contohnya ialah luka yang tidak sembuh menyebabkan anggota badan terpaksa dipotong.



vitamin c shaklee
Vitamin C Shaklee dengan kajian klinikal di mana khasiatnya dibebaskan secara perlahan-lahan. Harga RM92.50 sebotol mengandungi 180 biji.


vitamin c kanak-kanak
Chewable Vitamin C mengandungi 100mg dan sesuai untuk yang tidak boleh menelan. Namun perlu diingatkan ia bukan vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan.  Harga RM37.50 sebotol mengandungi 90 biji


Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : +60192500978










Pernah atau tidak kita menggaru dan ada tanda-tanda putih muncul kemudiannya? Ia terjadi disebabkan kulit kering dan antara sebab kulit ker...

0 comments:

Kebaikan Gam Arab

10:06 pm Emalin Mohd 2 Comments

Apa maksud gam arab? Ke tak pernah dengan nama gam arab?
Acacia Gum?
Chaar gund?
Char gond?
Meska?
Al Manna?

Semuanya bermaksud sama iaitu Gam Arab atau lelehan / sap yang diperolehi daripada pokok akasia (Senegalia senegal atau Vachellia seyal).


"Manna" atau gam arab ini juga dikenali sebagai makanan dari Syurga sebagaimana Saffron adalah bau wangian Syurga dan air zam-zam sebagai air minuman Syurga.


Antara fakta menarik tentang Gam Arab:
Gam Arab adalah sejenis fiber atau serat yang 100% larut di dalam air. 
- Serat terlarut di dalam epal hanya 2.3% berbanding Gam Arab 86.6%.
- 100gm Gam Arab mempunyai 1117mg kalsium berbanding hanya 125gm kalsium pada 100g susu lembu. 
- Gam Arab tidak mempunyai kolestrol dan juga lemak.

Pokok Acacia ditoreh seperti pokok getah untuk mengeluarkan sap atau lebih dikenali sebagai gam arab


Gam Arab juga mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah:
  • Mengurangkan sembelit dengan menjadi prebiotik terbaik iaitu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut untuk sistem penghadaman yang baik.
  • Menstabilkan tekanan darah (pesakit darah tinggi).
  • Mengurangkan penghasilan radikal oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Menguatkan sistem imun badan bagi menangkis serangan pelbagai penyakit.
  • Membantu meningkatkan kadar serapan mineral seperti zink, sodium dan kalsium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan merawat keradangan (inflammation) usus.
  • Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah.
  • Membantu proses pembuangan toksin dari badan (detoxification).
  • Mencegah atau menghalang pembentukan karang gigi dan merawat gusi.
Di mana kita boleh mendapatkan Gam Arab? Gam Arab atau Acacia Gum terdapat di dalam Meal Shakes. Disebabkan khasiat Gam Arab ini ramai ibubapa telah dapat mengatasi masalah sembelit anak-anak serta meningkatkan imun badan anak dan pada masa yang sama khasiat yang terdapat di dalam Meal Shakes menaikkan selera makan anak.




Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978






Apa maksud gam arab? Ke tak pernah dengan nama gam arab? Acacia Gum? Chaar gund? Char gond? Meska? Al Manna? Semuanya bermaks...

2 comments:

Kelebihan Memilih Soya Sebagai Sumber Protein

9:23 pm Emalin Mohd 2 Comments

Protein daripada sumber tumbuhan adalah lebih baik daripada sumber haiwan. Dan soya adalah sumber protein yang paling baik. Ini disebabkan soya mempunyai rantaian asid amino yang paling pendek dan dengan itu kadar serapan paling cepat iaitu hanya 1 jam.

Kadar serapan untuk sumber protein yang lain adalah:
  • Ayam - 4 jam
  • Daging - 5 jam
Dan soya keluaran Shaklee adalah antara sumber protein terbaik kerana ia tidak diubah genetiknya serta menggunakan air untuk memprosesnya.


Soya keluaran Shaklee daripada tahun 1961 lagi


Seorang doktor daripada bidang Farmakognosi iaitu berkaitan produk bio-aktif iaitu Dr Nasr juga berpendapat Soya atau ESP yang dikeluarkan Shaklee adalah terbaik dan paling lengkap kandungan protein dan isoflavin yang dimiliki. 

Beliau juga menyenaraikan 14 kebaikan soya atau ESP yang dikeluarkan Shaklee:


KEBAIKAN ESP
  1. Mengurangkan kadar kolestrol sebanyak 23% jika digabungkan dengan Optiflora (tiada di pasaran Malaysia)
  2. Meningkatkan penyerapan protein
  3. Mengurangkan penghasilan gas di dalam badan yang menjadi punca badan berangin.
  4. Meningkatkan kadar ketumpatan tulang sebanyak 60% berbanding pengambilan hanya kalsium dan magnesium.
  5. Pengambilan soya (ESP) bersama vitamin E mengurangkan kolestrol jahat iaitu LDL sebanyak 40%. Dan kadar ini 17% lebih tinggi daripada penggunaan ubat kolestrol Zocor dan Lipitor.
  6.  Protein di dalam soya (ESP) menghalang pengoksidaan kolestrol jahat iaitu LDL sebanyak 40% yang mana apabila LDL teroksida ia menyebabkan keadaan kolestrol tersebut melekat pada dinding pembuluh darah.
  7. Soya (ESP) juga boleh menghalang daripada terjadinya batu hempedu.
  8. Protein soya (ESP) melindungi buah pinggang yang mana berbeza dengan protein daripada sumber haiwan.
  9. Protein dan isoflavon di dalam soya (ESP) dilindungi dan tidak musnah kerana proses penghasilan protein soya (ESP) daripada Shaklee hanya menggunakan air. Isoflavon adalah bahan anti kanser semulajadi.
  10. Soya (ESP) menghalang proses angogenesis daripada berlaku iaitu keadaan di mana sel kanser mendapat bekalan darah tambahan.
  11. Asid amino lysine yang terdapat di dalam soya dan digabungkan dengan pengambilan vitamin C mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 90%.
  12. Soya bersama flavanoid pula dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  13. Soya bersama beta karoten (Carotomax Shaklee), kalsium dan vitamin D (Ostematrix Shaklee) mencegah sel kanser daripada mendapat bekalan darah tambahan.
  14. Protein soya membantu sel tidak normal kembali menjadi normal.





  Jom dapatkan ESP!!





Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978





Protein daripada sumber tumbuhan adalah lebih baik daripada sumber haiwan. Dan soya adalah sumber protein yang paling baik. Ini disebabkan ...

2 comments:

Mencerahkan Kulit dan Mengecilkan Pori Dengan Vitamin C dan E

2:03 pm Emalin Mohd 2 Comments

Dari mata turun ke hati...

Kulit muka adalah 'centre point' semasa kita berkomunikasi. Kulit muka yang sihat menambahkan keyakinan diri. Secerah mana pun diri kita tetapi jika memiliki kulit muka dengan warna yang tidak sekata, pori besar dan banyak bekas jerawat malahan jerawat pasti mengurangkan sedikit keyakinan diri. 

Selain daripada produk penjagaan kulit, vitamin E dan vitamin C juga amat membantu dalam menghilangkan jerawat atau bekas jerawat, mengurangkan saiz pori di kulit muka serta mengurangkan kedutan.

Seperti rakan di dalam gambar yang berasa amat gembira setelah kulitnya menjadi lebih cantik berseri dengan Vitamin E dan Vitamin C. 


VITAMIN E juga dikenali sebagai vitamin kulit cantik. 

  • Mempercepatkan pertumbuhan semula sel terutama pada bekas jerawat dan merawat kulit kusam 
  • Bersifat antioksidan iaitu mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kepada kulit kering dan bergaris halus

  • Mengekalkan kelembapan semula jadi. Hilang kelembapan semulajadi menjadi penyebab kepada munculnya jerawat


VITAMIN C pula:

  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  • Memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menghalang proses pigmentasi akibat sinaran UV B
  • Meningkatkan penghasilan kollagen
  • Sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit


Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Dari mata turun ke hati... Kulit muka adalah 'centre point' semasa kita berkomunikasi. Kulit muka yang sihat menambahkan keyakina...

2 comments:

Atasi Masalah Anak Tak Selera Makan

1:06 pm Emalin Mohd 0 Comments

Anak tak nak makan...
Anak memilih makanan...
Berat anak tak naik...

Masalah yang lazim berlaku pada ibu bapa terutama apabila anak sudah mula pandai berjalan. Main lebih penting bagi anak-anak kecil tadi sehingga ada ibubapa yang berkejaran untuk menyuapkan makanan pada anak-anak.

Lagi parah rasa hati ibubapa apabila berat anak tak naik semasa pemeriksaan berkala sehinggakan perlu berjumpa pakar pemakanan. Dan nasihat yang sama diberikan..

1) Ikut pyramid makanan
2) Tambah minyak dalam makanan
3) Pelbagaikan makanan mengikut selera anak
4) Pelbagaikan cara hidangan agar nampak menarik

Berjaya? Alhamdulillah. 
Tak berjaya? Kena jumpa pakar pemakanan lagi.. :)

Bagaimana nak naikkan selera makan anak?
Untuk menaikkan selera makan, antara vitamin yang perlu ialah asid folik, biotin, kalsium dan magnesium. Tapi bagaimana nak dapatkan semua vitamin tersebut kalau anak memang tak nak makan?



MEAL SHAKES keluaran Shaklee



Cukup semua vitamin yang diperlukan untuk menaikkan selera makan.

Dan didalamnya ada pulak Acacia Gum. Acacia gum diperolehi daripada pokok akasia dan sejenis fiber. Sebab itu, Meal Shakes ini boleh mengurangkan sembelit anak-anak.







Atau boleh juga hubungi:

Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Anak tak nak makan... Anak memilih makanan... Berat anak tak naik... Masalah yang lazim berlaku pada ibu bapa terutama apabila anak...

0 comments: