6 Tips Melancong Dengan Anak-Anak

4:48 pm Emalin Mohd 0 Comments

Melancong, Traveling, berjalan-jalan bersama anak-anak amat berbeza dengan dewasa. Banyak persiapan yang perlu dibuat dari pemilihan hotel, barang-barang yang perlu dibawa dan barang-barang wajib dibawa.



Ini tips kami untuk melancong bersama anak-anak yang masih kecik berumur antara 3-8 tahun.

TIPS MELANCONG  # 1:
Thermometer wajib dibawa

Perjalanan jauh memenatkan dan kadang-kala suhu badan anak-anak rasa panas. Jadi, untuk kepastian thermometer amat penting dalam memantau suhu anak. Risau jugakan apabila anak tidak aktif kita ingatkan penat tapi rupanya demam. Demam pun banyak jenis. Tak dipantau risau mencecah 40'C pulak.

TIPS MELANCONG  # 2:
Air masak 

Perjalanan yang dijangka dekat kadang-kala boleh jadi lama disebabkan kesesakan lalu lintas yang tak dijangka atau kereta mengalami kerosakan di di dalam perjalanan. Tengah-tengah highway mana ada sumber air kan? 

Masa tu lah anak-anak kehausan teramat dan kadang-kadang muntah. Jadi, air masak ni sangat perlu. Kadang-kala kereta kita pun perlukan air juga. Betulkan?

TIPS MELANCONG  # 3:
Makanan

Sama macam air masak, memang saya akan sediakan makanan dalam kereta hatta nak balik kampung suami yang tak sampai 1 jam pun. Sebab, anak-anak kalau lapar boleh meragam. Nanti kita pula yang hilang mood. 

Lagi pun, kadang-kala yang dirancang tak menjadi. Nak berhenti makan kat R&R tengok-tengok penuh sangat. Nak masuk pun que panjang. Jadi, makanan yang dibawa memang membantu. 

Yang dewasa pun kalau lapar sangat boleh kena sakit kepala lah, gastrik lah....

Makanan tu pulak tak semestinya nasi dengan lauk pauk. Cukup makanan yang simple macam kuih yang tahan lama, roti atau apam polkadot kesukaan anak-anak saya. 

TIPS MELANCONG  # 4:
Vitamin / Supplement

Yang ini memang wajib. Kalau orang lain bawa ubat untuk kecemasan, saya bawa vitamin / supplement.

Kalau nak tahu banyak vitamin / supplement yang boleh jadi remedy waktu kecemasan.

Ni contoh vitamin / supplement untuk anak-anak.


Set ini sangat sesuai kot-kot anak-anak tiba-tiba demam, batuk atau selsema. Tapi, kalau tak kena pun anak-anak boleh amalkan untuk tingkatkan imun badan anak-anak. Omega Guard tu sangat istimewa terutama kalau anak-anak ada asthma atau sering selsema waktu pagi. InsyaAllah boleh kurangkan serangan asthma. Tambah pula dengan  Chewable Vitamin C tu memang okay sangat. Nutriferon tu pula boleh bagi kalau badan anak dah mula rasa panas.

Tu vitamin anak-anak. Vitamin / Supplement orang dewasa? Boleh bawa Vitamin B Complex dan Ostematrix yang boleh hilangkan sakit kepala dan kurangkan penat atau CoqHealth. Nak bawa Performance Drink pun boleh. Ni memang boleh bagi tenaga instant pengganti 100 Tambah tu. Kurang gula & tak Ada karbonat pun. Tak perlu bawa 1 canister macam tu. Buat macam bawa susu formula anak-anak tu. Jimat sikit ruang. 



TIPS MELANCONG  # 5:
Toto

Yang ni applicable untuk melancong dengan perjalanan darat. Tak kan nak angkut toto dalam flight. Ye tak? 

Kenapa toto? Kadang-kadang bilik hotel tu indah khabar dari rupa. Ingatkan muat semua tidur atas katil. Rupa-rupanya tak muat. Jadi, toto ni penyelamat waktu nak tidur. Bolehlah tidur atas katil. Yang ada anak kecik tu bolehlah anak golek-golek atas toto.

TIPS MELANCONG  # 6:
Wang tunai secukupnya

Wang tunai ni penting sebab tak semua tempat terima kad kredit. Tak pun waktu nak guna tu kad kredit tengah off line. Buat tensen je terutama nak isi minyak tapi kad kredit tak boleh pakai. Tapi, jangan semua simpanan untuk perbelanjaan pun dibawa sekali. Risau balik bercuti kena ikat perut pula.


Tips lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kalau berminat dengan produk Shaklee kat atas tu, boleh hubungi:
Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Melancong, Traveling, berjalan-jalan bersama anak-anak amat berbeza dengan dewasa. Banyak persiapan yang perlu dibuat dari pemilihan hotel, ...

0 comments: