Babykit Babybox Untuk Bayi Mangsa Gempa Bumi Lombok

8:34 am Emalin Mohd 1 Comments

Throwback!! Kisah yang berlaku 10 Ogos 2018 yang baru sempat dicoretkan minggu ini. Committee Babybox Malaysia mula-mula menyasarkan untuk menyiapkan Babykit untuk diserahkan kepada NGO yang akan ke Lombok dalam masa terdekat.




Mula-mula risau juga untuk bagi komitmen kemudian tekad. Kalau tak dimulakan pasti tidak akan berjaya.

Terus pilih angka 30 sebagai sasarn. Masa itu wang tunai ke bahan lain tak ada lagi. Hanya ada pakaian preloved sahaja yang disumbangkan oleh rakan sebelum ini.

Jadi pada 9 Ogos 2018, terus buat announcement kepada office mate dan Alhamdulillah mendapat sambutan memberansangkan.

Terus rakan-rakan sepejabat ambil inisiatif buatkan satu kotak cantik-cantik untuk buat kutipan dari meja ke meja. Petang itu juga walaupun belum lagi dapat gaji, masih ada rezeki untuk bayi ini.

Wang yang disumbangkan lantas dibelikan peralatan yang diperlukan di dalam babykit iaitu terdiri daripada:
  • Lampin pakai buang - 6 keping
  • Pakaian bayi - 2 pasang
  • Kain lampin - 1 helai
  • Bedak - 1 botol
  • Minyak telon - 1 bootl kecil
  • Tuala bayi - 1 helai
  • Tisu basah - 1 kotak
  • Tisu kering - 1 pek
  • Plastik (untuk memasukkan barang tersebut)




Ada drama juga semasa pembelian. Pesan dengan kawan, beli bedak JJ. Jenuhlah kawan mencari bedak JJ dan siap tanya kat kaunter cashier lagi. Cashier kata tiada bedak tersebut. 

Aduh rasa lawak pula sebab bedak JJ itu singkatan kami team Babybox untuk bedak Johnson & Johnson. Cari di kedai memang tiadalah jenama JJ. Johnson & Johnson ada. (Penafian: Bedak dibekalkan di dalam Babykit untuk mengurangkan rasa rengsa / gatal pada bayi).

Malam pula, saya siap sorting pakaian preloved bayi yang diterima dan sedikit tips untuk para penyumbang antara jenis pakaian yang tidak perlu disedekahkan ialah:

  • Bertahi lalat
  • Koyak
  • Getah seluar longgar
  • Tompok-tompok kuning atau kotoran
Atau para penyumbang boleh mencuci bersih pakaian tersebut dan menggantikan tali seluar sekiranya sayang untuk dibuang begitu sahaja.

Kira punya kira masih tidak cukup pakaian bayi dan sekali lagi menggunakan media sosial memohon bantuan rakan-rakan berdekatan untuk menyumbangkan pakaian bayi.

Memang saya dikelilingi rakan-rakan yang berhati mulia. Keesokan harinya, ramai kawan menyumbangkan pakaian bayi mereka yang tidak digunakan lagi namun dalam keadaan yang sangat bersih dan wangi dengan bonus ada bau bayi. Bilik saya diharumi dnegan bauan bayi yang amat menyenangkan jiwa.

Ketika waktu rehat panjang itulah digunakan masa bersama rakan-rakan lain untuk membuat pek Babykit.




Dan Alhamdulillah 30 pek babykit berjaya disiapkan dan kemudian dihantar kepada Pengerusi Babybox keesokan harinya.

Ada yang ingin menyumbang? Hubungi nombor telefon tertera!




Throwback!! Kisah yang berlaku 10 Ogos 2018 yang baru sempat dicoretkan minggu ini. Committee Babybox Malaysia mula-mula menyasarkan untuk ...

1 comment:

  1. http://www.halloweendayusa2018.com/halloween-wallpaper-pictures-images-halloween-background.html says = Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete