Pengalaman Tiub Fallopian Pecah Sebab Hamil Luar Rahim Dan Cara Berpantangnya
Bagi pasangan suami isteri, berita kehamilan adalah antara saat-saat yang ditunggu. Apabila munculnya 2 garisan pada ujian UPT memang rasa melonjak kegembiraan.
Namun ada yang mengalami keguguran tetapi bagi yang mengalami keguguran akibat tiub fallopian pecah, akan mengalami rasa sedih lebih lagi.
Sudahlah kehamilan tidak dapat diselamatkan ditambah pula dengan tiub fallopian pecah pula.
Kita selami apa yang telah berlaku pada Puan Nur Feiza dan bagaimana beliau berpantang agar cepat sembuh sekaligus meneruskan usaha untuk hamil semula.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 4 : NUR FEIZA NAQUIEB
[LUKA PEMBEDAHAN PULIH DENGAN CEPAT, BADAN CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG BERPANTANG]
9.11.2017
Harini period dah lewat seminggu. Macam dah mula syak yang ada benih mula nak membesar dalam rahim ni. Saje gunakan UPT (Urine Pregnancy Test) yang memang saya simpan kat rumah. Bila check tu, berdebar-debar rasanya. Alhamdulillah..2 line. Positif. Memang seronok dan teruja sangat masa tu. Sebab saya memang dah ready untuk baby yang kedua.
Mulalah start google apa sahaja info berkaitan kehamilan. Suplemen pun tak pernah miss makan. Maklumlah, konon-kononnya nak dapatkan Baby Shaklee. Sebab anak pertama (Hanis Humaira) tak pernah kenal semua ni. Hehe..
14.11.2017
Pagi ni sambil baring-baring atas katil, telefon mak kat kampung. Rileks-rileks sambil tunggu Maira bangun tido. Tengah syok sembang, perut rasa sakit sangat. Sakitnya tu sampai ke alur punggung. Terus stopkan perbualan dengan mak dan call husband yang masa tu ada kat ruang tamu. Sakitnya tu sampaikan tak boleh nak bangun langsung.
Badan dah mula berpeluh-peluh. Rasa nak pitam pun ada. Tangan dah mula rasa kebas je. Husband suruh tukar pakaian sebab nak bawak ke hospital. Tapi, memang masa tu dah tak larat sangat. Sakit..sakit yang teramat sangat. Husband yang bantu tukarkan pakaian dan siapkan keperluan ke hospital.
Sampai hospital, terus bagitau Hospital Attendant (HA) saya sakit perut. Sementara tunggu rawatan susulan di bahagian kecemasan, doctor bagi ubat tahan sakit. Lepas tu, memang dah tak sedar apa yang berlaku. Bila doctor buat pemeriksaan, barulah tau punca sebenar. Rupa-rupanya saya mengandung luar Rahim (Ectopic Pregnancy). Doktor bagitau, kandungan dan saluran fallopian sebelah kiri dah pecah. So, terpaksa buat pembedahan segera untuk selamatkan nyawa saya. Masa tu, keadaan saya memang kritikal..50-50.
Pendarahan banyak dalam perut. Doktor topup dengan 5 pain darah.
Pembedahan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sedar-sedar je dah atas katil wad. Terus menangis bila teringatkan kandungan yang dah takde. Dengan terpaksa menahan sakit kesan pembedahan lagi. Nak telan air pun rasa seksa sangat. Lagi sebak bila mak abah, adik beradik, ipar duai datang melawat.
Masa tu, suami memang banyak berkorban. Mana nak uruskan saya, nak uruskan anak lagi. Terima kasih banyak-banyak bang.
16.11.2017
Alhamdulillah, harini saya dah boleh discharge. Mak pun telefon suruh saya balik berpantang kat kampung. Seronoknya saya masa tu sebab dapat jumpa Maira. Rindu nak peluk cium dia. Hehe….
Sampai rumah, benda pertama yang saya cari…suplemen Shaklee. Sempatlah telan Vitalea, Vitamin C dan Garlic Complex masa tu. Nasib baik memang ada stok kat rumah. Balik kampung, saya bawak semua suplemen yang perlu.
Setiap pagi, memang wajib saya ambil ESP dan Vitamin C.
Tengahari lepas makan saya ambil Vitalea dan Garlic Complex. Malam sebelum tido, saya ambil Ostematrix. Saya disiplinkan diri untuk ambil semua suplemen ni sebab nak cepat sihat. Lagipun saya kena jaga betul-betul luka pembedahan saya sebab takut terkena jangkitan kuman.
Alhamdulillah, dengan penjagaan yang sangat baik dari mak abah dan bantuan suplemen Shaklee, hari ke 11 saya dah boleh solat macam biasa. Sebelum tu saya solat duduk kat kerusi je. Dah boleh tolong mak sapu rumah lagi. Luka jahitan pun cepat baik. Sembelit pun takde. Ni yang saya paling takut, sebab doctor pesan, kalau susah nak buang air besar jangan teran. Nanti jahitan terbukak. Sambil tu saya banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.
8.2.2018
Harini saya ada temujanji dengan doctor pakar. Doktor bagitau, jahitan pembedahan saya cantik. Saluran fallopian sebelah kanan saya sihat. So, saya ada peluang untuk mengandung lagi. Cuma lepas ni, saya perlu lebih alert. Bila dapat tau je mengandung, cepat-cepat pegi klinik. Sebab saya dah ada sejarah mengandung luar rahim.
Sekarang ni, saya tak miss makan Gla dan B Complex sebab memang nak mengandung lagi. Sukur sangat-sangat sebab saya kenal Shaklee dan salah seorang pengedar sah Shaklee. Asbab ambil suplemen Shaklee dan jaga pemakanan semasa berpantang, saya cepat sihat dan rasa lebih bertenaga. Terima kasih Shaklee.
Doakan saya mengandung lagi ye.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hubungi
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978
0 comments: