Testimoni Set Hamil Yang Menjadikan Ibu Hamil Berasa Cergas Dan Sihat
Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.
Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.
Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!
Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.
Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!
Testimoni ini adalah daripada Dr Najihah Abdul Mutalib
Jika anda ingin mendapatkan set hamil ini, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 019 250 0978
www.wasap.my/60192500978
Penafian: Segala maklumat di dalam blog ini berkaitan produk kesihatan Shaklee bukan bertujuan menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan.
saya tak lama lagi dah nak bersalin..saya memang ada masalah sembelit..memang jadi masalah besarlah kalau jadi time berpantang boleh trylah beli set shaklee since bagus untuk sembelit..saya pun belum beli apa-apa set berpantang lagi.
ReplyDeleteSesuai sangat kalau amik set ni untuk set berpantang. Meh le cuba
Deletewaa.. bagusnya !! memang kalau sembelit time pantang ni ibarat menatang langit nak runtuh tau.. hee~ fobia rasanya.. takut jahitan terbuka..
ReplyDeleteNgeri wehh
Delete