Pengalaman Mengalami Sakit Lutut Dan Suplemen Yang Boleh Mengatasinya

8:00 am Emalin Mohd 0 Comments

Sakit lutut ini sebenarnya amat tidak selesa. Sebabnya banyak pergerakan kita menggunakan lutut. Untuk beribadat pun jadi kurang selesa. Tidak perlu tua ada yang seawal 30an sudah mengalami sakit lutut.



Saya antara yang pernah mengalaminya. Sakit lutut yang menyebabkan jalan terhencut-hencut dan akhirnya terpaksa menyerah diri ke klinik. 

Puncanya saya memang tidak tahu sebab ketika itu saya sudah tidak bersukan. Oh dulu main futsal. Adakah ada kaitan dengan bersukan dahulu? Saya kurang pasti.

Namun doktor maklumkan memang ramai juga pemain futsal terutama amatur macam saya mengalami sakit lutut. Mungkin juga kurang warming up sebelum game? Atau mungkin juga faktor usia?

Apabila sudah mengalami sakit lutut, tidak semua sukan kita boleh bergiat aktif. Senaman turun tangga naik tangga juga sudah tidak digalakkan. Senaman seperti berbasikal dan berenang yang lebih sesuai untuk pesakit lutut. Kena bersenam juga ya walaupun sakit lutut. Sebab kalau tidak bersenam, sendi akan lebih keras dan akan lebih sakit sebab kurang pergerakan. Macam basikal yang telah lama tidak digunakan. Keras kan masa nak kayuh?

Dan semasa mendapatkan rawatan, doktor memberikan ubat penahan sakit dan ubat anti radang. Itu antara yang saya ingat dan seterusnya perlu melakukan fisioterapi.

Untuk dapat kesan fisioterapi ini bukan sekali buat terus baik. Berkali-kali sesi fisioterapi diperlukan. Memandangkan saya ke klinik swasta maka perlu melibatkan bayaran. RM80.00 sekali sesi dan sekurang-kurangnya 8 sesi kot yang diperlukan untuk masalah saya ketika itu.

Terus saya mencari ikhtiar lain juga selepas itu.

3 suplemen ini terus saya amalkan secara konsisten. Ia mengandungi kalsium untuk mengurangkan risiko osteoporosis, mengurangkan kesan radang di dalam sendi serta membekalkan glukosamina dan asid hialuronik.


Selain itu, Vivix juga memainkan peranan dalam mengurangkan sakit lutut yang dialami. Mungki juga sakit lutut ini akibat penuaan sel iaitu akibat lambakan protein AGE. Ini maksud  AGE protein oleh wikipedia.

"Advanced glycation end products (AGEs) are proteins or lipids that become glycated as a result of exposure to sugars. They can be a factor in aging and in the development or worsening of many degenerative diseases, such as diabetes, atherosclerosis, chronic kidney disease, and Alzheimer's disease."




Rupa-rupanya bukan saya sahaja yang mendapat manfaat VIVIX ini. Mereka ini juga berjaya mengurangkan sakit lutut.



Sebernarnya apa punca sakit sendi / lutut?

Rawan menjadi haus akibat geseran. Ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoartritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.
Ia akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kecederaan lutut ataupun struktur-struktur berhampiran lutut, seperti patah tulang.
Namun demikian, tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal juga menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula mengalami osteoporosis.
Sendi menjadi keras atau kaku dan senang mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang pergerakan akibat otot-otot yang lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk pemakanan/nutrisi rawan seperti asid hialuronik.
Tanpa pemakanan dengan nutrisi yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah, bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang sebahagian penyebab utama sakit sendi lutut.
Seseorang yang berat atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul. Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil.

DAPATKAN SUPLEMEN UNTUK MENGATASI MASALAH LUTUT ANDA HARI INI:
Dan istimewa bulan Februari 2017, dengan pembelian Set Energy For Life, setiap pembelian 2 botol Vivix dalam satu resit melayakkkan anda untuk memperolehi:
Mug Shaklee berharga RM10.60
2 paper bag “Creating Healthier Lives”
Keahlian PERCUMA bernilai 
Cash bonus bernilai RM34.00
Kos penghantaran percuma

Untuk tempahan VITAMIN anda, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 019 250 0978
SID 968112

Sakit lutut ini sebenarnya amat tidak selesa. Sebabnya banyak pergerakan kita menggunakan lutut. Untuk beribadat pun jadi kurang selesa. T...

0 comments: