Set Pencuci Muka Yang Bagus Dan Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

7:56 am Emalin Mohd 0 Comments

Alkisah pencuci muka Nutriwhite ini!




Saya memang pakai dan ada satu tiub untuk kegunaan pejabat. Saya pelawa beberapa orang kakak untuk mencuba menggunakannya. Sebab saya sendiri dah menggunakannya dan rasa amat yakin dengan rangkaian pencuci muka ini jadi tidak ragu-ragu untuk mempromosikannya kepada rakan-rakana.

Nak tahu apa komen mereka?


Komen kakak-kakak pejabat setelah menggunakan pencuci muka Nutriwhite:

1. Picit seperti menggunakan pencuci muka yang mereka pakai sekarang dan hasilnya terlalu banyak untuk digunakannya. Maksudnya, pencuci muka Nutriwhite ini hanya memerlukan sedikit sahaja berbanding pencuci muka yang lain. Tidak hairanlah ada yang menggunakannya selama lebih 6 bulan untuk satu tiub. Satu langkah penjimatan.

2. Lembut di muka. Pencuci muka Nutriwhite ini sangat lembut di muka dan kulit tidak berasa kering. Ia juga terasa ringan apabila mencuci muka. 

3. Terasa menggunakan jenama SKxx. Seorang kakak ada menggunakan jenama SKxx dan beliau terasa seperti sama sahaja menggunakan dengan SKxx. Namun dari segi harga, Nutriwhite lebih menguntungkan pengguna dan tiada paraben di dalam pencuci Muka Nutriwhite.

4. Akak nak belilah! Haaa..itu antara yang dikatakan oleh kakak-kakak tersebut. Bukan sahaja pencuci muka malah mereka terus berminat untuk membeli toner dan pelembap muka dari rangkaian Nutriwhite.

Berapa pun umur anda tidak perlu risau kerana set penjagaan kulit muka sememangnya sesuai untuk semua peringkat umur. Umur saya dengan kakak-kakak sepejabat lain angka depan tau. hihi..

Apa lagi kebaikan menggunakan set penjagaan kulit muka Nutriwhite ini?

1. Membantu mengawal keradangan kulit
2. Pengurangan tompokan pada kulit
3. Memberi kelegaan pada kulit
4. Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
5. Melembapkan kulit 
6. Memelihara kulit dari rosak
7. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah

Antara bahan yang digunakan di dalam pencuci muka ini ialah rumpai laut yang berfungsi membuang kekotoran, sel-sel mati dan menegangkan kulit. Terdapat juga alga hijau bertujuan untuk membuang toksin dan mengekalkan kelembapan kulit serta Strawberi Begonia untuk memastikan warna kulit sekata. 




Kalau anda inginkan set penjagaan muka yang berkualiti, bagus dan berbaloi dengan wang yang anda keluarkan, hubungi:

Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Alkisah pencuci muka Nutriwhite ini! Saya memang pakai dan ada satu tiub untuk kegunaan pejabat. Saya pelawa beberapa orang kaka...

0 comments: