Tempat Percutian Idaman - Tour Europe 2017
Dalam diri kita pasti ada tempat-tempat tertentu yang ingin kita pergi. Yang kita idamkan dan menjadi mimpi indah setiap malam.
Bagi saya pula, tempat idaman itu juga dikongsikan bersama anak-anak agar mereka juga turut teruja untuk ke sana. Dan selalu saya berpesan kepada anak agar mohon kepada Allah (berdoa) agar dimurahkan rezeki yang halal untuk ke sana.
Ke mana tempat yang ingin kami pergi?
Kami sekeluarga ingin sekali melancong dan melakukan Tour Europe! Ada 5 negara yang ingin dijelajahi dan setiap negara tersebut ada keistimewaannya sendiri.
1) Kota London yang begitu sinonim dengan London Bridge (dari kecil kan nyanyi lagu ini) dan kami juga ingin menyelusuri setiap pelosok Kota London. Dan di bumi UK ini juga kami ingin melihat muzium seperti The Dinosour Museum dan suami pula ingin ke Stadium Chelsea untuk melihat team bolasepak kesukaannya.
2) Holland sebuah negara dengan pelbagai nama. Juga dikenali sebagai Belanda dan Netherlands. Apa yang ada di situ? Pastinya kecantikan bunga-bungan tulip yang tumbuh subur di Keukenhoff.
3) Deutschland atau Germany atau Jerman yang popular dengan Cologne.
4) France yang dikenali sebagai Kota Cinta tetapi yang pernah melancong ke sana ada komen tersendiri. Bergambar di Eiffel Tower dan juga ada Disneyland Paris.
5) Switzerland. Kenapa Switzerland? Kerana ia ada salji sepanjang tahun. Anak-anak teringin untuk memegang salji dan Banjaran Alps pastinya cantik untuk diabadikan sebagai kenangan.
Untuk rakan-rakan pembaca doakan agar sampai hajat kami sekeluarga untuk Tour Europe 2017. InsyaAllah. Dan saya doakan yang baik-baik sahaja untuk anda semua.
Anda pula bagaimana? Apa destinasi percutian idaman anda?
Kalau ada duit lebih, saya nak tawaf semua negara kat europe tu.. huhu
ReplyDeleteKena menabung dari sekarang ni.
Deleteuishh .. tak terfikir sangat bab nak jalan luar negara ni sbb kosnya yang tinggi ..
ReplyDeleteCita-cita dan impian kena ada...hihi
DeleteTn HH masyuk apa income
Entri yang menarik...saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
ReplyDeleteWah..terima kasih ya..
DeleteEntri yang menarik...saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
ReplyDeleteTerima kasih ye
DeleteTeringin nak bawa famili jalan-jalan makan angin diluar negara.
ReplyDeletePasti syok kan?
DeleteAngan-angan kena ada Diana. Mana tau ada sponsorship untuk review Diana ke Switzerland?
ReplyDelete