11 Tanda-Tanda Badan Perlukan Detoks Agar Awet Muda

8:17 am Emalin Mohd 0 Comments

Detoks detoks detoks...

Perlu ke detoks ini? Kenapa perlu detoks? Apa tanda-tanda badan perlu detoks atau erti kata lain kena buat servis?


Detoks antara peranan utamanya ialah untuk menyingkirkan segala toksin dan bahan kimia di dalam badan yang diperolehi dari pengudaraan (udara yang dihidu), pemakanan atau bahan-bahan yang digunakan pada badan seperti losyen yang mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menyerap masuk di dalam badan.


11 TANDA ANDA WAJIB MELAKUKAN DETOKS

1) Craving / Mengidam atau Teringin sangat makan makanan manis bergula, berlemak, bergaram dan makanan yang diproses lain seperti mengidam kek coklat moist (manis), nasi lemak antarabangsa (berlemak), ikan terubuk masin (masin) atau french fries (makanan diproses).

2) Mengalami insomnia atau sukar untuk tidur malam. Apabila Subuh menjelang baru mata terasa mengantuk dan sudahnya Subuh pun ke mana.

3) Mempunyai kadar kolestrol yang tinggi sehingga ada muncul bintik-bintik di muka. Kolestrol jahat yang tinggi bukan sahaja dialami oleh orang obese atau gemuk tetapi banya dialami oleh orang yang kurus.

4) Senggugut , kejang kaki, emosi tidak stabil (sekejap rasa nak marah sekejap rasa nak menangis) atau dikenali sebagai Sindrom Pra-Haid (PMS)

5) Badan asyik rasa sengal-sengal.

6) Masalah kulit seperti jerawat yang sentiasa tidak lupa memunculkan diri setiap bulan, gatal-gatal, rashes walaupun sudah bermacam skin care digunakan & vitamin diamalkan.

7) Senang sangat untuk marah-marah. Dari hal sekecil-kecil zarah sehingga ke sebebsar-besar alam, semua akan dijadikan punca kemarahan. Hanya dia yang betul di dalam dunia ini.

8 )  Selalu mengalami pening kepala.

9) Cepat rasa penat walau cukup rehat. Kadangkala, yang ibu beranak 3-4 orang ini pun rasa pelik melihat yang bujang mengadu asyik penat sahaja. 

10) Sembelit, rasa mual, buasir dan kembung perut atau masalah lain berkaitan sistem pencernaan. 

11) Fungsi hati yang lembap - tidak bertoleransi terhadap makanan berlemak 

Jika ada yang dialami oleh diri sendiri di atas ini, bersiap- sedia untuk melakukan detoks kepada diri anda.

Faedahnya? Bukan pada orang lain tetapi pada diri anda juga. Setelah mengamalkan detoks hanya selema 15 hari antara kesan yang boleh dirasai ialah lebih bertenaga dan aktif. Selian itu, tiada lagi jerawat yang muncul dan kulit kelihatan lebih bersinar. Tidur malam pun lebih lena dan dengan tidur lena, kehidupan esok hari akan leih ceria. Tiada lagi muka lesu dan letih ketika memulakan tugasan di pejabat.

Masa bila kita patut mula detoks? Esok ke? Untuk masa terbaik, ada hari-hari tertentu dalam bulan tersebut untuk memulakan detoks. Selain itu, ada pantang-larang yang perlu diikuti untuk memastikan detoks tersebut berkesan.

Untuk detoks dengan lebih efektif, jadi sebahagian dari ahli kumpulan saya untuk mendapatkan tips percuma berdetoks selama 15 hari bermula bulan ini.

Hubungi, Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Detoks detoks detoks... Perlu ke detoks ini? Kenapa perlu detoks? Apa tanda-tanda badan perlu detoks atau erti kata lain kena buat ser...

0 comments: