5 Tips Mengurangkan Sakit Senggugut Dan Petua Semulajadi Untuk Mengatasinya

9:40 pm Emalin Mohd 1 Comments

Senggugut! Sakit yang mencengkam dan boleh menyebabkan rasa kejang pada bahagian pelviks dan jika bertambah teruk ia akan melarat hingga ke bahagian pinggang dan paha. Bukan itu sahaja, ada yang mengalami sakit kepala, loya, muntah, sembelit atau cirit-birit, pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen.





Senggugut memang sakit sehinggakan ada yang berasa trauma menghitung hari menjelang haid. Tidak kurang juga yang terpaksa mc setiap bulan akibat senggugut.

Tidak semua senggugut bermaksud wanita tersebut mengalami penyakit endometriosis. Senggugut (dismenorea primer) berpunca daripada ketidakseimbangan hormon di dalam badan.

Walau bagaimanpun, dismenorea sekunder yang lazim berlaku setelah 2 tahun mengalami period pertama mungkin terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan yang mana rawatan doktor boleh mengubatinya. Antara penyebabnya ialah:

  • Ketumbuhan polips atau cyst pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang rongga pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub Fallopio
Bagi yang mengalami senggugut setiap bulan, 5 TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGURANGKAN SENGGUGUT:


  • Amalkan sikap positif dan bertenang- Fikirkan perkara dan lain dan jangan terlalu fokus pasa kesakitan. 
  • Awasi garam dalam makanan - Pengambilan garam berlebihan menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air dan seterusnya boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut semasa datang period. Elakkan pengambilan garam berlebihan terutama di dalam makanan segera beberapa hari sebelum kedatangan haid.
  • Gunakan pad pemanas - Pad pemanas yang diletakkan di bahagian yang sakit iaitu di perut amat melegakan. Namun, jika belum berkesempatan membeli pad pemanas boleh masukkan air panas ke dalam botol kaca. Kemudian, balutkan botol tersebut dengan tuala sebelum dituam di bahagian perut. Jika ada kakak atau adik boleh juga minta bantuan untuk memanaskan tuala dengan cara menggosok / iron tuala tersebut. Tuala yang sudah panas tadi boleh diletak di perut. Kesannya melegakan.
  • Minum air suam - Elakkan minum ais dan sejuk. 
  • Urutan - Tidak dinafikan lagi urutan mampu melegakan rasa sakit senggugut. Sapu dengan minyak panas untuk kesan lebih melegakan dan urut secara lembut.
Terdapat juga beberapa petua semulajadi dalam mengurangkan sakit senggugut. Antaranya ialah:

1. 3 ulas bawang putih yang dihiris halus dan 5 biji lada hitam yang ditumbuk halus dicampurkan dengan air panas dan diminum setiap malam.

2. Halia dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama-sama dimakan bersama nasi dan diamalkan seminggu sebelum kedatangan haid.

3. Kunyit, asam jawa dan gula merah direbus bersama dan air rebusan ini diminum selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.

Sukar untuk amalkan tips tersebut dan inginkan cara yang lebih mudah?

Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

Untuk tempahan / pertanyaan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Senggugut! Sakit yang mencengkam dan boleh menyebabkan rasa kejang pada bahagian pelviks dan jika bertambah teruk ia akan melarat hingga ke...

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. Reen sangat jarang kena senggugut..

    ReplyDelete