Percutian 2 Hari 1 Malam Di Batam

5:07 pm Emalin Mohd 2 Comments

Ada apa di Batam? Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk 2 hari 1 malam?

Mula-mula nak ke Batam ramai kata jangan. Sebab banyak "ayam". Erm...tapi nekad nak pergi juga. Lagipun pergi berdua dengan suami. 

Kami pergi free and easy. Sampan di jeti Stulang pun dalam pukul 11.00 pagi. Terus ke kaunter untuk beli tiket dan nasib baik trip seterusnya pukul 11.30 pagi. Tak lama menunggu.


Bertolak dari Stulang Laut. Kereta park di The Zone dengan bayaran RM3.00/hari. 2 hari kena RM6.00 sahaja.

Pilih jeti yang berhampiran dengan hotel. Harbour Bay jeti terdekat untuk ke kawasan Nagoya.

Harga tiket RM44.00 sehala. Terus je beli tiket untuk 2 hala sebab satu tiket nanti akan jadi open tiket dan sah untuk 3 bulan. Sampai di Batam nanti terus ke kanter tiket feri untuk book tiket balik supaya dapat tiket. Kalau tak, kang ada yang kena bermalam lagi. Nasib baik pergi terus ambil tiket. Rupa-rupanya tiket terakhir jam 1.30 petang. Yang pukul 4.30 petang tak ada. Kapal rosak dan sedang dibaiki katanya. 

Standby duit untuk bayaran tambahan tak ingat berapa. Bayaran untuk apa entah namanya masa kita reconfirm tiket tu.


Boleh confirm kat kaunter jeti mana yang berhampiran dengan hotel tempat menginap. Kami sebab plan asal nak duduk Novotel dan jalan-jalan di kawasan Nagoya memang pilih ke Harbour Bay.

Senarai harga untuk sewa teksi dari Harbour Bay ke tempat yang nak dituju.

Dah sampai di Harbour Bay, boleh makan-makan kat jeti pun. Ada banyak kedai bertanda Halal. 

Kami makan nasi ayam penyet 2 pinggan dan 1 air kelapa, Rp62.000.

Oh ya, waktu di Batam awal 1 jam dari Malaysia.

mercure hotel batam

Rancangan asal nak menginap di Novotel tapi salah booking bilik. Aduh! Nasib baik booking guna booking.com. Jadi, cancellation sebelum jam 6.00 petang hari ketibaan tidak dikenakan cas. Bagus bukan? 

Dan driver teksi pun bawa kami survey hotel. Hotel pertama, Triniti Hotel dengan harga 500,000 Rupiah. Below our expectation after checking the room.  Biliknya cantik dan kemas cuma kami tak berminat. Lokasi pun tak menarik.

Kemudian ke Mercure Hotel. Harga display 100juta Rupiah untuk bilik deluxe tapi receptionist kata 800,000 Rupiah. Bilik pun cantik! Jadi kami check in di situ.



mercure hotel
Malam tu kami makan di Kelong Sea food di jeti Harbour Bay.
Air mangga sungguh pekat.

Untuk makanan ni tambah 1 gelas fresh orange dan 1 gelas teh panas, 2 pinggan nasi, harga RM120++. Tak ingat rupiah berapa. 

Taklah murah sangat. Sama standard je rasanya harga dengan Johor. Rasa? Sedap!

Lepas makan, pergi ke spa Nagoya (Nagoya Spa & Massage). Mula-mula ingat nak ke Spa@Central tapi fully booked. Haaa.. Kalau niat nak berspa di sini baik book dulu. Kalau spa memang kira murah tapi kalau nak urut betul-betul best untuk orang KL baik book dengan Tukang Urut Best Ampang ni.

Aromatherapy massage 2jam30 minit Rp360.000,00.

Esok harinya baru jalan-jalan di Nagoya Hill. Besar sungguh. Tak pusing habis pun. Beg banyak betul kat dalam shopping mall ni tapi harga tak survey sebab tak niat nak beli.

Masuk kedai ni tengok banyak berkenan dengan barang untuk anak-anak.


Lokasi kedai Tingkat 1 dari Pintu Barat. 


Yang dibeli di Batam. Pad pun ada? Yang Comfort Fit ni pantiliners ada 50 keping Rp14,100. Dalam RM4.00 kot kalau convert. 

Nak kata murah tak sangat lah barangnya banding dengan duit RM. Mungkin sebab RM pun dah jatuh kan?


Dah penat berjalan, lunch di kedai ni kat Tingkat 2. Dekat situ banyak kedai makan. Pilih yang berkenan je lah. Cendol tu special sebab letak buah nangka. Lagi satu meal nasi ayam penyet. Jumlah Rp108,003.


Kalau tujuan nak shopping dan massage, menginap kat hotel ni je. Memang turun hotel jalan kaki ke shopping complex. Spa pun berlambak. Spa yang popular iaitu Spa@Central pun dekat je. Seberang jalan.


Masa survey nak duduk hotel ni tapi dah penuh.


Kapal kecil tu kapal ke Malaysia dan yang besar tu untuk ke Singapura. Memang ramai orang Singapura yang masuk berbanding Malaysia. Bagi mereka memang murahlah semua kat situ sebab duitnya besar berbanding Rp dan RM. 

Pukul 2.00 petang (delayed pulak) kami pun bertolak balik Malaysia...

Tamatlah percutian singkat 2 hari 1 malam. Dan kami tak terserempak dengan mana-mana ayam. hihihi

Ops..sepanjang di sana kami sewa satu teksi ni sebab husband malas nak call / tahan teksi. 

Tu je percutian singkat nak cop buku merah tu. hahaha

Tempat menarik? Memang tak plan nak pergi. So tak ada gambar tempat menarik.

Pn Emalin Mohd (Shaklee Independent Distributor)
SMS / Whatsapp for Shaklee products 0192500978
















Ada apa di Batam? Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk 2 hari 1 malam? Mula-mula nak ke Batam ramai kata jangan. Sebab banyak &...

2 comments:

  1. macam seronok pulak bercuti di Batam ni..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
    DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
    saya.

    Contact :+6281263636746
    Whatsapp:+6281520944993
    Instagram: infotoursmedan
    Facebook :1. Eza purba
    2. pakej lawatan
    Email : infotoursmedan@gmail.com
    https://agenttoursmedan.blogspot.com/

    ReplyDelete