5 Cara Mengatasi Kentut Faraj Agar Tidak Malu Dengan Suami

7:45 am Emalin Mohd 0 Comments

Pernah kentut faraj atau kentut vagina?  


Kentut vagina atau keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing tidak lawas). Ia terjadi apabila angin berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.

Sebenarnya ia bukanlah masalah besar. Namun pasti rasa malu apabila "bersama" tiba-tiba keluar angin walaupun tidak berbau. 

Kentut faraj juga selalu berlaku apabila mengubah posisi dalam keadaan tertentu seperti ketika bangun dari sujud (solat).

Yang ini juga menimbulkan persoalan samaada terbatal atau tidak wudhu dan sah atau tidak solat apabila kentut faraj atau kentut vagina ini. Persoalan ini lebih baik ditanyakan kepada yang lebih arif kerana terdapat perbezaan pendapat mengikut mazhab. Ada yang mengatakan batal, dan ada yang mengatakan tidak.

Bagi yang selalu mengalami masalah kentut faraj ini antara yang boleh dilakukan ialah melakukan senaman Kagel. 

Senaman Kagel ini amat mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Cara melakukan senaman Kagel ialah:
  1. Kenalpasti otot lantai pelvis
  2. Kemut bahagian termasuk selama 3 saat dan lepaskan selama 3 saat. Semasa kemutan dilakukan, jangan keraskan perut atau otot lain
  3. Lakukan selama 10-15 kali untuk setiap sessi. Amalkan 3 sessi sehari.
  4. Teruskan senaman sehingga anda mampu menahan kemutan sehingga 10 saat
  5. Jangan lakukan senaman kagel semasa ingin kencing sebaliknya lakukan ketika pundi kencing kosong  

Untuk mengetahui samaada senaman itu berjaya atau tidak, cuba tahan air kencing. Sekiranya terhenti, maka cara yang dilakukan adalah betul.
 
Oh ya, otot lantai pelvis merupakan beberapa lapis otot merintang yang terletak di antara  bahagian tulang depan (pubic bone), belakang (tail bone), dan sisi pelvis (sit bone).

Selain itu, bagi mengatasi masalah kentut faraj ini juga, disarankan agar:

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Melakukan senaman Kagel atau kemut untuk menguatkan kembali otot faraj.


5. Mengamalkan pemakanan tambahan seperti Alfalfa, Vitamin C dan Vitamin E.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Pernah kentut faraj atau kentut vagina?   Kentut vagina atau keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yan...

0 comments: