Idea Deko Ruang Tamu dan Ruang Makan Untuk Apartment

3:51 pm Emalin Mohd 5 Comments

Hari tu terbaca tentang rekabentuk ruang tamu dekat blogger Yanie. Terdetik di hati untuk buat perkara sama. 



Tujuannya nanti boleh buat rujukan bila nak buat makeover rumah. Terima kasih Yanie.

Pulak tu tiba-tiba ada keluar gambar ni dekat wall FB. Macam tau-tau je kan.

Rekabentuk ini sesuai untuk rumah apartment dan kondominium yang selalu berkongsi ruang tamu dan ruang makan. 

Haish..bila nak buat deko rumah macam ni?

Rumah sekarang kosong takda deko.

Jom layan gambar.


Suka deko yang ini. Memang boleh guna dekat rumah sebab layout sama. Cuma sofa warna putih kena tukar ke warna lain. Tak sanggup la tengok corak tambahan hasil kreativiti anak-anak.


Yang ini pun nampak redup mata memandang.


Cantik! Tapi tak berani nak cat rumah warna merah.


Gabungan warna dan hiasan dinding cantik.


Yang ini banyak main dengan lampu warna kuning. 


Deko ni suka sangat! Dinding coklat tu rasanya wallpaper 3D. Meja attach pada dinding tu boleh letak tisu atau kendi air. Taklah meja penuh sangat. Tambah cermin pun cantik.


Kalau keluasan kecil, sesuai deko ni. 


Rak buku tu cantik. Letak pada ruang kosong antara ruang tamu dan ruang makan. 

Imaginasi untuk deko rumah yang akan direalisasikan nanti....


Gabungan 3 deko ini dengan deko ketiga berada di ruang kosong macam deko 1 depan pintu.

Cantik tak?

Sumber gambar: Google

Hari tu terbaca tentang rekabentuk ruang tamu dekat blogger Yanie . Terdetik di hati untuk buat perkara sama.  Tujuannya nanti b...

5 comments:

  1. Cantiknya... kalaulah ada rezeki lebih, Zumal nak juga buat camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cantik kan? Moga rezeki blogging Zumal semakin banyak selepas ini

      Delete
  2. tenangnya lahai kalau dpt rumah gini

    ReplyDelete