Jadual Perahan Susu Ibu Semasa Pantang

7:30 am Emalin Mohd 3 Comments

Tahniah Ibu atas kelahiran bayi anda. Dan sekarang pasti Ibu sedang melalui proses berpantang.




Teringat suatu ketika dulu, ada seorang kawan telefon kala beliau sedang berpantang. Jika tidak silap, waktu tersebut baru minggu pertama berpantang.

Beliau panik kerana susu ibu tak banyak. Nak tahu kenapa beliau berkata begitu?

Dek kerana teruja telah sampai pam susu yang diorder secara online, beliau terus mengepam. Sebab niat di hati nak kumpul stok perahan susu ibu (EBM = Express breastmilk) banyak-banyak semasa pantang.

Tetapi apa yang terjadi ketika itu? Susu beliau hanya keluar setitik demi setitik. Beliau imagine susu akan keluar banyak seperti dalam gambar perahan susu ibu yang dikongsi rakan-rakan lain iaitu dapat dalam 3-4 auns sekali pam.

Kenapa terjadi sebegitu? Betul ke susu ibu beliau sikit?

Susu ibu bukanlah seperti pili air yang dibuka. Boleh terus mencurah-curah menjadi banyak. Tambahan pula, ibu baru di minggu pertama dan baru pertama kali menggunakan pam.

Memanglah susu ibu mulai banyak pada hari ketiga kelahiran bayi namun badan ibu masih dalam adjustment. Adjustment untuk menghasilkan susu ibu berdasarkan keperluan yang diperlukan serta adjustment menggunakan pam susu.

Nak pam takda masalah dari minggu pertama kelahiran pun tapi jangan panik jika susu ibu tak cecah 1 auns setiap kali pam untuk kedua-dua belah payudara. Mengepam menggunakan pam susu tidak sama dengan bayi menghisap susu walau pam susu cuba sedaya upaya untuk meniru gaya mimik bayi menghisap susu. 

Apa yang penting ketika pantang ialah ibu perlu memastikan susu ibu diberikan setiap kali bayi memerlukannya dan pastikan juga setiap sesi penyusuan susu ibu tidak melangkau masa melebihi 2 jam. Kejutkan bayi daripada tidur sekiranya bayi sudah tidur melebihi 2 jam.

Setiap sesi penyusuan pula hendaklah berlangsung antara 15-20 minit. Ini untuk memastikan bahawa bayi telah mendapat kedua-dua jenis foremilk dan hindmilk. Foremilk mengandungi lebih air dan hindmilk mengandungi lebih kalori. 

Tips untuk yang ingin menambah berat badan bayi: 
Pastikan bayi menyusu lebih hindmilk dari foremilk

Bilakah ibu perlu memerah susu semasa pantang?


Ibu jangan pula stress apabila melihat stok susu ibu lain lebih banyak daripada ibu. Jadikan ia sebagai motivasi. 

Dan mungkin cara bekerja ibu tidak seperti ibu lain iaitu ibu tidak memerlukan stok yang banyak kerana jarang oustation.

Sebenarnya, susu perahan yang disimpan terlalu lama mempunyai kandungan zat yang rendah berbanding susu yang baru diperah. Namun, ia masih adalah susu yang terbaik untuk bayi berbanding susu formula.




Cumanya apabila ingin membekalkan stok susu ibu kepada bayi setelah bayi dihantar kepada pengasuh, lebihkan susu yang baru diperah berbanding yang disimpang. Sebagai contoh, jika bayi memerlukan 6 botol susu sepanjang ditinggalkan bersama pengasuh bekalkan 4 atau 5 botol susu EBM segar dan 1 atau 2 sahaja stok EBM. Mulakan sesi penyusuan di rumah pengasuh dengan stok EBM sebelum memberi EBM segar.

Sebabnya? 

Stok EBM yang telah dinyahbeku hanya boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.

Oppss..pastikan EBM segar tidak dibekukan cukup sekadar didinginkan sahaja di bahagian peti ais bawah (2 pintu) dan ia tahan sehingga 8 hari. Selepas itu boleh dibekukan dan stok EBM boleh tahan sehingga 3-4 bulan dalam 6-12 bulan sekiranya disimpan dalam deep freezer (suhu -18'C).

Nota: Untuk kegunaan keesokan hari, keluarkan susu dari tempat sejuk beku dan letakkan ke bahagian sejuk pada malam tersebut. Ia dilakukan supaya susu dapat dinyahbeku dan boleh dipanaskan semasa ingin digunakan keesokan hari.



Susu ibu juga perlu disimpan mengikut amaun yang bayi susukan untuk memudahkan pengasuh dan juga ibu sendiri apabila memberikan EBM kepada bayi.

Pastikan juga pengasuh diajar mengendalikan stok EBM. Stok EBM tidak boleh dipanas secara terus di atas dapur atau dengan menggunakan air panas. Ini disebabkan protein musnah pada suhu yang tinggi. Cukup sekadar merendam botol susu di dalam air suam. 

Susu yang telah dipanaskan tahan sehingga 2 jam sekiranya belum diminum dan hanya 1 jam sekiranya telah diminum sedikit oleh bayi pada suhu bilik.


AWAS: 
Sekiranya cuaca terlalu panas boleh menyebabkan susu cepat rosak / basi



Tahniah Ibu atas kelahiran bayi anda. Dan sekarang pasti Ibu sedang melalui proses berpantang. Teringat suatu ketika dulu, ada seo...

3 comments: