Tips Berjaya Kurus Dari Saiz XXXL Kepada XL Dengan Cepat

10:33 pm Emalin Mohd 2 Comments

Topik kegemaran dan sebenarnya isu sensitif bagi golongan wanita. Berat badan naik mendadak dan jadi obese dan bukannya gemuk lagi.




Itu yang terjadi kepada Pn Nurul Hidayah Zakaria apabila berat badannya mencecah sehingga 97kg dan semua pakaian tidak lagi muat sehingga beliau terpaksa membeli dan memakai pakaian bersaiz XXXL. Boleh bayangkan betapa besarnya badan beliau?

Namun beliau tidak menunggu lama lagi. Keputusan perlu dibuat dan berat badan perlu dikurangkan. 

Dengan berpaksikan keyakinan kepada produk Shaklee, beliau terus mencuba dan mengamalkan 4 tips berikut:

1) JAGA PEMAKANAN
Jaga pemakanan bukan sekadar memantau jumlah kalori yang diambil. Malah jenis makanan dan cara masakan makanan juga perlu ditukar. 

Bercakap memang mudahkan? Kalau kita ini dah tekak orang Melayu, pasti nak makan nasi.  Jadi adakah tidak mengambil nasi boleh menjayakan misi kita? Risau nanti seminggu tak makan nasi tapi minggu kedua terus makan berpinggan-pinggan kerana mengidam. Betul tak?

Nasi boleh juga dimakan namun kuantiti dikurangkan. Memang kena banyakkan sayur dan buah. Air juga mesti secukupnya diminum untuk membantu proses pengurangan berat badan.

Ada kalanya badan kita kurang air namun kita terasa lapar dan bukan haus. Cuba dalam keadaan berikut minum air dahulu segelas dua. Air kosong ya bukan air berperisa!

Cara masakan pula pastikan lebihkan grill, kukus dan sup. Kurangkan yang bergoreng.

2) Melakukan Detoks
Bagi yang bersama Shaklee, ada dua detoks yang boleh dilakukan iaitu detoks parasit dan juga detoks Shaklee.

Sebenarnya detoks parasit ini mengurangkan keinginan dan menjadikan kita tidak mampu makan banyak serta tidak tahan minum atau makan benda yang manis. 

Kemudian detoks Shaklee pula adalah bagi membersihkan dalaman badan kita agar nutrisi yang patut diserap.

3) Setelah dalaman kita bersih dari segala parasit dan sebagainya, amalkan pula set Kurus Shaklee. 

4) Senaman. Senaman juga perlu dilakukan untuk memastikan lebih banyak kalori dikeluarkan daripada kalori memasuki badan.

Jom kita dengar sendiri kata daripada Pn Nurul Hidayah Zakaria yang telah berjaya menurunkan badan sebanyak 16kg dan berazam akan mengurangkan lagi sebanyak 15kg.





Jika beliau berjaya menukar baju dari XXXL kepada XL dalam tempoh 4 bulan, kenapa tidak anda?

Hubungi Pn Emalin Mohd 
(SMS / Whatsapp) 0192500978



T opik kegemaran dan sebenarnya isu sensitif bagi golongan wanita. Berat badan naik mendadak dan jadi obese dan bukannya gemuk lagi. ...

2 comments:

  1. Secara amnya, detox memang baik utk kesihatan dan bagi mereka yg sukar menurunkan berat badan, detox mmg perlu dilakukan.

    ReplyDelete