Penyakit Diphteria Sudah Mula Muncul Di Malaysia: Apa Ibubapa Perlu Lakukan?

9:57 pm Emalin Mohd 6 Comments

Semalam anak tak sihat. Ingatkan nak bawa anak ke klinik pagi ini, tapi apabila hubungi kawan sekolah yang juga doktor beliau nasihatkan bawa terus jumpa doktor. Bawalah ke klinik malam tadi juga tanpa bertangguh.

Terkejut juga soalan yang dikemukakan oleh doktor sebab tak pernah doktor tanya sebelum ini. 

Doktor: Anak lengkap tak imunisasi?

Sememangnya anak-anak saya mengambil imunisasi yang lengkap. Kemudian baru doktor terangkan tentang diphteria. Beliau bertanyakan soalan tersebut kerana apabila ada kes berkaitan pernafasan dan sakit tekak mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Lega sedikit. Terus saya bertanya soalan berikutnya. Sudah ada kes ke di Ampang? Sudahlah sebelum ini kes HFMD tersebar luas, kini penyakit Diphteria pulak.

Nasib baik doktor kata belum ada dan semoga memang tiada langsung. Gerun juga dengar penyakit diphteria ini. Dulu-dulu kita tahu vaksin DTP itu sahaja masa nak ambil imunisasi. Dan tak tahu pun rupa Diphteria rupanya macammana.

Okay, sedikit info berkenaan Diphteria yang diambil dari web Kementerian Kesihatan Malaysia:

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. 



Inilah rupa diphteria di dalam mulut berdekatan tekak. 

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%. 

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaPIPV/Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. 

Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi. 

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihatkan bagi anak-anak yang belum mendapatkan vaksin tersebut boleh ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkannya. 

Disebabkan Diphteria ini mula muncul, simptom yang dialami oleh kanak-kanak mungkin kita fikirkan simptom demam biasa sahaja. Kes sebelum ini yang melibatkan kematian menunjukkan simptom sejarah demam selama lapan (8) hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama 3 hari. 

Bagi kita ibubapa yang bukan dalam bidang perubatan mungkin memikirkan ianya demam akibat tonsilitis. Tonsilitis kan juga menyebabkan demam dan sakit tekak.

Semoga anak-anak dan kita semua dijauhkan daripada penyakit berbahaya ini.

Cepat-cepatlah mendapatkan rawatan doktor apabila ada tanda-tanda kesihatan yang kurang memuaskan pada anak.


Semalam anak tak sihat. Ingatkan nak bawa anak ke klinik pagi ini, tapi apabila hubungi kawan sekolah yang juga doktor beliau nasihatkan ba...

6 comments:

  1. Macam2 penyakit yang muncul sekarang nie.. hmmm

    ReplyDelete
  2. munculnya penyaki nie..sbb ada org yg x gi vaksin anak dia..klau x..pdahal pnyakit nie dpt dicegah ngan vaksin je..huhu.

    ReplyDelete