6 Tips Meningkatkan Peluang Kehamilan Bagi Pasangan Berjauhan

6:34 pm emalin mohd 2 Comments

Pasangan yang berjauhan mempunyai cabaran lebih tinggi berbanding dengan pasangan yang duduk serumah untuk meningkatkan peluang kehamilan.


Jadi, bagi memastikan bahawa suami isteri dalam keadaan kesihatan yang optimum untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan ialah dengan mengamalkan tips berikut:

1) Elakkan Stres
- Anda perlu lebih tenang dan elakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda stres. - Stres boleh membuatkan lelaki kurang produktif dan mempunyai libido yang rendah.

2) Meminum Susu
- Satu kajian yang dibuat di Universiti Harvard, wanita yang suka minum susu akan menghasilkan telur yang lebih sihat.

3) Jauhi Rokok Dan Arak
- Apabila anda menghentikan tabiat merokok, anda sebenarnya membantu diri anda untuk menghasilkan sperma yang lebih sihat berbanding sperma yang abnormal.

4) Amalkan Memakan Minyak Ikan
- Omega 3 yang terdapat di dalam minyak ikan sebenarnya sangat membantu untuk mengelakkan risiko keguguran.

5) Amalkan Multivitamin
- Apabila tubuh anda sihat, insyaAllah anda akan mampu meningkatkan kesuburan tubuh anda dan sekaligus peluang anda hamil itu lebih tinggi.
- Amalkan pengambilan Asid Folik, Selenium, Vitamin B12.

6) Pastikan hari subur anda
- Sperma boleh bertahan selama 72 jam dan ada yang mengatakan sehingga 7 hari manakala ovum pula hanya dalam tempoh 24 jam. Jadi, pastikan suami isteri bersama 3 hari sebelum atau selepas tarikh subur. 
- Contohnya, jika kitaran haid adalah 28 hari maka hari subur ialah 14 hari sebelum tarikh haid seterusnya.
- Jika haid tidak normal? Ketika ini perlu melihat tanda-tanda kesuburan yang ada pada wanita untuk mengetahuinya seperti lendir vagina dan sebagainya. 

Pertanyaan / Konsultansi / Tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd 0192500978 (SMS / Whatsapp)

Pasangan yang berjauhan mempunyai cabaran lebih tinggi berbanding dengan pasangan yang duduk serumah untuk meningkatkan peluang kehamilan. ...

2 comments:

  1. Hari subur tu penting kan, tapi kalau duduk PJJ ni memang sukar la bab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Tu memang kena adjust betul-betul tu.

      Delete