Klinik Gigi Best Untuk Kanak-Kanak Di Ampang

8:00 am emalin mohd 7 Comments

Doktor biasa dan doktor gigi? Mana yang lebih menakutkan untuk pergi? 



Doktor gigi kan? Sebabnya jumpa doktor gigi apabila gigi sudah perlukan rawatan seperti cabut dan tampal sahaja. Bukan rawatan berkala.

Bayangkan pada kanak-kanak pula. Tak trauma dibuatnya kalau kali pertama pergi jumpa doktor gigi terus kena cabut gigi?

Nak elak yang itu dari berlaku, memang kena buat regular visit dengan doktor gigi. Tapi kena cari juga doktor gigi yang lemah lembut pada pesakit terutama kanak-kanak.

Nak tau kat mana yang ada dengan harga yang kira okay? Kalau di Ampang ni, Klinik Pergigian Huda Azhari berhampiran Taman Nirwana Ampang.

Ada ramai doktor di situ tetapi yang terbaik sekali pastilah pemilik klinik tersebut. Dr Huda!  Memang lembut sangat orangnya terutama dengan anak-anak. Pandai mengambil hati anak agar anak tak terkejut dan boleh menerima rawatan tanpa ada aksi yang tidak diingini.

Jika tiada Dr Huda, boleh juga request Dr Eliza. Pun boleh menambat hati patient kecik juga.

Ini pengalaman membawa anak-anak sebenarnya. Bayangkan dah setahun pujuk si Abang jumpa dentist. Baru kali ini berjaya. Sebabnya visit terakhir dengan doktor gigi ada insiden yang menyebabkan si Abang terus trauma. huhu... Terus tak nak langsung jumpa dentist. 

Sebab itu penting cari dentist yang okay untuk anak-anak. Kali ini pergi dapatkan rawatan dengan Dr Eliza siap buat thumbs up lepas keluar bilik rawatan. Puas hati lah tu si Abang. Ibu pun gembira sebab Abang nak buka mulut depan dentist.

Adik-adiknya pun okay juga dengan Dr Eliza. Yang si bongsu siap tolong pegangkan lagi peralatan untuk rawatan. Siap buat tampalan sementara lagi hari tu tanpa insiden.

Puas hatilah dengan Klinik Gigi ini. Casnya pulak bagi saya okay. Taklah mahal sangat.



Ini nombor Telefon Klinik Gigi Huda Azhari kalau nak buat temujanji 013-353 1780. Alamatnya pula No9-L2, Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir, Selangor. Satu bangunan dengan Restoren Sweetree dan Royale Kedah tu.

Semoga bermanfaat!


Doktor biasa dan doktor gigi? Mana yang lebih menakutkan untuk pergi?  Doktor gigi kan? Sebabnya jumpa doktor gigi apabila gigi s...

7 comments:

  1. Lin anak saya pun dah lama tak bawa pergi. Gigi pun dah macam digigit tikus yang adik tu.
    Memang kena cari doktor yang friendly baru dorang suka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Salah doktor memang jenuhlah nak pujuk balik pastu..

      Delete
  2. Betul tu, kalau bawa anak2 jumpa dentist biasa2 yg x faham perasaan budak, alamatnya mmg anak2 akan fobia kat dentist. Cuma, selalunya dentist yg baik mmg caj mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan je anak mak pak pun fobia sekali..

      Delete
  3. aku pun takut jumpa doktor gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sebab kita selalu jumpa dentist masa dah sakit..memang sakitlah jawabnya..haha

      Delete
  4. Highly recommended!! Doktor pandai pujuk..1st time jumpe dentist yg sgt penyabar �� dgn bdak2...anak sy buat tampal dan cabut..x nangis pon..

    ReplyDelete