5 Sebab Kenapa Anak Saya Perlu Vitamin C

Nak cerita pasal anak sendiri kali ini. Kalau waktu kecil dulu-dulu, mak akan belikan supplement juga untuk kami adik-beradik. Jenama yang popular tu. Yang dalam bentuk cecair ada perisa oren. Cuba teka?
Dan sekarang apabila jadi emak budak memang terasa sangat supplement untuk anak-anak itu perlu.
Walaupun anak-anak suka sangat makan buah. Tak perlu disuruh. Bekalan buah wajib ada di rumah ini. Tetapi menyedari buah yang diperolehi pun tak sesegar mana, makanya supplement kena bagi juga untuk memastikan bahawa nutrisi untuk anak cukup.

Sebab itulah, chewable vitamin C ini menjadi pilihan anak-anak saya. Rasanya masam manis tapi tak terlalu manis. Rasa manis buah.

Kenapa saya memilih vitamin C untuk diberikan kepada anak-anak?
  • Vitamin C membantu membina otot yang sihat. Anak-anak sedang membesar pastinya sedang lasak dan ia membantu untuk membina otot yang sihat.

  • Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh anak. Kita tak dapat memastikan anak-anak dalam persekitaran cukup bersih namun kita boleh pastikan "askar-askar"  dalam badan anak dapat melawan penyakit terutama demam selsema. 

  • Vitamin C membantu untuk menyerap zat besi untuk penghasilan darah merah yang sihat. 

  • Vitamin C membina kolagen yang diperlukan untuk sel-sel tubuh badan. Bukan sekadar nak kulit cantik tetapi kolagen juga diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat.

  • Vitamin C penting sekali untuk penyembuhan luka-luka anak. Berapa kali dalam seminggu anak kita terjatuh dan ada lebam atau sedikit luka-luka? Sebab itu vitamin C ini amat penting untuk memastikan badan dapat sembuh dengan cepat. 
Bukankah anak yang sihat menggembirakan hati ibubapa? 

p/s: Tahukah anda bahawa semua haiwan kecuali guinea pigs dan monyet boleh menghasilkan vitamin C sendiri?

Untuk pertanyaan / tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



2 comments: