Atasi Masalah Gout dan Sekaligus Menjadi Kurus

7:45 am Emalin Mohd 4 Comments

Antara risiko bagi yang mengalami masalah berat badan ialah mengalami penyakit gout. 



Penyakit gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. 

Gout akan menyebabkan sakit sendi dan lazim bermula di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain dan menyebabkan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tetapi berkekalan). 

Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi. Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan radang.





Asid urik dihasilkan di dalam badan dan juga terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. 

Purine terhasil daripada protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur selain tumbuh-tumbuhan tertentu seperti asparagus dan cendawan. Asid urik lazimnya larut dalam darah dan kemudian dikumuhkan melalui buah pinggang yang akan keluar sebagai air kencing.  

Walau bagaimanapun kadangkala badan mengeluarkan asid urik terlalu sedikit menyebabkan asid urik ini berkumpul dan terjadinya kristal urate berbentuk seperti jarum dalam tisu sendi atau sekitar yang menyebabkan kesakitan, keradangan dan bengkak.

Untuk mengatasi masalah gout ini tidak lain tidak bukan pemakanan perlulah dijaga. Bagi pesakit gout, kurangkan makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan juga alkohol. 

Bagi yang mengalami gout kerana masalah berat badan yang berlebihan, mengurangkan berat badan melalui menjaga pemakanan serta melakukan senaman adalah perkara yang terbaik perlu dilakukan.

Selain itu, terdapat juga supplemen yang membantu dalaman mengatasi masalah gout sekaligus boleh mengurangkan berat badan.


Alfalfa dan Omega Guard adalah supplement yang membantu dalam mengatasi masalah gout dengan membuang asid urik berlebihan dalam badan serta mengurangkan radang yang berlaku.

Selain itu, alfalfa dan Omega Guard juga digemari oleh golongan yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia membantu dalam membakar lemak serta membuang lemak dalam badan.

Jadinya, bagi yang menderitai penyakit gout mendapat dua kelebihan dengan mengamalkan vitamin ini iaitu mengurangkan berat badan sekaligus mengurangkan penderitaan gout yang dialami.

Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet (AJHT) pula amat penting dalam memastikan kesihatan tulang dan sendi.




Konsultansi percuma dan tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978


Antara risiko bagi yang mengalami masalah berat badan ialah mengalami penyakit gout.  Penyakit gout merupakan sejenis sakit sendi...

4 comments:

  1. Dulu abah ada gout, kesian tengok kaki bengkak tak boleh jalan. Sampai sekarang kena pantang makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena gout attack memang sakit kan?

      Delete
  2. alhamdllh masih xde gout atau mak ayah yg gout

    ReplyDelete