Punca dan Rawatan Bagi Sakit Pergelangan Tangan

6:14 pm Emalin Mohd 14 Comments

Sakitnya pergelangan tangan! Apabila malam menjelma, sakit bertambah kuat. Apabila ditekan pada pergelangan tangan, terkena pula point sakit rasa mencucuk hingga ke hujung ibu jari.


Siapa ada mengalami sakit ini? 

Ini adalah antara simptom Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Antara puncanya yang boleh dikaitkan dengan cara hidup kini ialah melakukan pergerakan tangan yang sama berulang kali

Contoh, menaip di komputer dengan keadaan jari-jari lebih tinggi dari lengan atau menaip di telefon bimbit.

CTS ini terjadi apabila tendon di pergelangan tangan membengkak atau berlaku keradangan menyebabkan ia akan menekan pada saraf. Carpal Tunnel ini sebenarnya adalah satu laluan pada pergelangan tangan yang mengandungi tendon dan saraf.

Selain daripada rasa sakit, rasa kebas juga antara simptom CTS. Lazimnya apabila rasa kebas atau sakit menyerang, kita akan menggoyangkan tangan bagi mengurangkan rasa sakit tersebut. Namun kelegaan hanya sebentar dan rasa sakit boleh menyerang lagi.

Simpton lain CTS ialah rasa lemah pada tangan sehingga boleh menyebabkan objek yang dipegang terjatuh.

Selain itu, CTS juga boleh berlaku berpunca daripada:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hami.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:
* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.
Sekiranya mengesyaki menghidap CTS, pesakit boleh berjumpa dengan doktor dan doktor akan melakukan ujian bagi mengenalpasti sama ada pesakit menghidap CTS atau bukan.
 Antara rawatan yang dilakukan oleh doktor ialah pembedahan kecil di pergelangan tangan. Namun, ada juga rawatan yang tidak melibatkan pembedahan seperti:
* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

Antara contoh wrist splint
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.
Ada juga yang berpendapat bahawa CTS boleh terjadi akibat kekurangan vitamin B6 di dalam badan. Antara sumber vitamin B6 semulajadi ialah kentang, pisang, beras perang dan buah avocado. Kekurangan vitamin B6 ini dikatakan penyebab kepada terowong menjadi bengkak dan tidak elastik. Ada juga yang berpendapat vitamin B6 bertindak sebagai agen diuretic iaitu membantu badan membuang air yang berlebihan yang menjadi penyebab kepada pergelangan tangan bengkak.
Walau pun penyakit ini bukan penyakit kritikal tapi rasa sakit yang dialami mengganggu keselesaan dalam menjalani aktiviti harian terutama bagi ibu yang menguruskan anak kecil.

Sebaiknya bagi yang mengalami CTS disebabkan gaya hidup, ubah gaya hidup iaitu mengamalkan cara kerja yang ergonomik dan tidak merokok.

Bagi yang ingin mencuba vitamin B6 untuk mengurangkan rasa sakit, vitamin B Complex boleh membantu kerana mengandungi 13.5mg vitamin B6 untuk keperluan harian.

Untuk tempahan vitamin B Complex, hubungi:
Marlinny binti Mohamad
SID #968112
Tel: +60192500978

Sakitnya pergelangan tangan! Apabila malam menjelma, sakit bertambah kuat. Apabila ditekan pada pergelangan tangan, terkena pula point  s...

14 comments:

  1. Jarang2 juga sakit di pergelangan tangan.. kira ilmu kalau sakit nanti.. hehe..

    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:47 am

    Masalah ini terjadi apabila mengunakan mouse atau keyboard jangka masa lama. Perlu cari yang ergonomik untuk mengelakka kesa jangka masa panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Walaupun bukan kritikal tetapi mengganggu aktiviti harian

      Delete
  3. Sye mule2 hanye kebas pda 3jari ibujari,telunjuk n jari tengah (sewaktu hamil). Tp msh xhilng slps bersalin dan di tmbh pulak sakit pergelangn tgn (dua2 blh tgn)..kdg2 bile mengangkat brg skit akn teruk pda pergelangn tgn dan kdg2 hingga ibu jari ..adakah sye tergolong dlm simtop penyakit ini
    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah dulu makan vitamin B Complex, Ostematrix dan Vivix yang boleh bantu fungsi saraf

      Delete
  4. Saya pun mengalami situasi yang same cam saudari cidaUslh..
    Pergelangan tangan mula sakit semasa saya hamil 36w..
    Namun smpi sekarang baby saya dah umo sebulan masih x hilang2 sakitnye..Mmg sedih sbb segala kerja terbatas tambahan sekarang nak uruskan anak yang masih kecil mmg perlukan bantuan suami dan kena lebih berhati2 takut baby terjatuh ����������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah dulu makan vitamin B Complex, Ostematrix dan Vivix yang boleh bantu fungsi saraf

      Delete
  5. Dah masuk 3 bulan sakit...terutama waktu malam Dan bangun pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah makan supplement tengok beza

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Ketika saya membengkokkan tangan ke kanan ianya sakit seperti urat yang tegang. Apakah sakit itu seperti yang dimaksudkan diatas. Pada mulanya sakit tidak lah kritikal tetapi kelamaan sakitnya menjadi2. Harap saya mendapat keterangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa baik tuan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

      Delete
  8. Tq for sharing...saya juga mengalami simptom tersebut.. mungki sebab saya hamil n kerja menaip di komputer kot.. ada masa sy juga sukar mengangkat brg berat... harap2 selepas bersalin ni kesihatan sy lebih baik..

    ReplyDelete