Petua Hilangkan Kolestrol
Kalau ada, mungkin itu tanda kolestrol tinggi dalam badan. Kolestrol yang tinggi boleh jadi silent killer kena serangan sakit jantung iaitu apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari.
Selain itu, kolestrol juga boleh menyebabkan:
- Arteriosklerosis - penyempitan arteri atau salur darah
- Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.
- Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen
- Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena sekaligus menyekat aliran oksigen ke kawasan otak.
Apa maksud sebenar kolestrol ini? Kenapa ada yang bahagikan kolestrol kepada kolestrol baik dan kolestrol jahat?
Kolesterol dibawa ke dalam darah oleh molekul yang dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein adalah sebatian yang mengandungi kedua-dua lipid (lemak) dan protein. 3 jenis kolestrol adalah: -
- LDL adalah kolestrol jahat yang boleh menyumbat arteri. LDL membawa kolestrol dari hati ke sel-sel. Terlalu banyak LDL yang di bawa menyebabkan lambakan LDL yang boleh menyebabkan arteri darah tersumbat dan akhirnya boleh pecah akibat aliran darah yang memberi tekanan kepada salur darah tersebut.
- HDL adalah kolesterol "baik". HDL membantu pembakaran lemak dari darah anda. Paras HDL yang tinggi boleh membantu melindungi anda daripada serangan jantung. Ini kerana HDL berfungsi mengambil kolesterol dari sel-sel dan membawa ke hati untuk dikumuhkan dari badan.
- Trigliserida adalah satu lagi jenis lemak dalam darah anda. Jika anda mempunyai trigliserida tinggi dan LDL yang tinggi, peluang untuk mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi. Kalori yang kita gunakan tetapi tidak digunakan serta-merta oleh tisu-tisu kita ditukar kepada triglycerides dan disimpan dalam sel-sel lemak. Apabila badan anda memerlukan tenaga dan tidak ada makanan sebagai sumber tenaga, trigliserida akan dikeluarkan dari sel-sel lemak dan digunakan sebagai tenaga dan proses ini dikawal oleh hormon.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi, termasuklah:
- Makanan yang anda makan. Mengambil terlalu banyak lemak tepu, lemak trans, dan kolesterol boleh meningkatkan kolesterol. Lemak tepu dan kolesterol dalam makanan datang dari haiwan (seperti daging, susu, kuning telur, mentega, dan keju). Lemak trans pula banyak terdapat dalam makanan yang dibungkus dan makanan ringan seperti biskut, keropok, dan kerepek.
- Berat badan berlebihan.
- Tidak aktif.
- Umur. Kolesterol mula meningkat selepas umur 20.
- Sejarah keluarga. Jika ahli-ahli keluarga mempunyai kolesterol tinggi, anda juga boleh memilikinya.
- Mempunyai masalah kesihatan. Penyakit seperti hypothyroidism boleh meningkatkan kolesterol.
Apa penyelesaian untuk masalah kolestrol tinggi? Seperti biasa, ia melibatkan:
❤️ Jaga diet pemakanan
❤️ Amalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam
❤️ Jangan lupa, makan ubat yang doktor bagi
Supplement membantu tak? Insyaallah membantu namun kalau makan berlebihan dan langsung tak jaga diet, ubat atau supplement tak akan dapat membantu anda.
Nak Cuba Set Kurangkan Kolestrol Jahat?
ALFALFA - Fungsi serat yang ada dalam alfalfa membantu untuk merendahkan tahap kolestrol dalam badan. Kolestrol, lemak dan air berlebihan di dalam badan akan diserap oleh alfalfa dan dikeluarkan dari badan melalui sistem pembuangan najis.
OMEGA GUARD - EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Omega juga bagus untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
GARLIC - Selain untuk menguatkan antibodi badan, bawang putih juga telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol. Bawang putih mengandung bahan aktifnya s-allyl cysteine, serta suatu komponen thioallyl yang mempunyai khasiat hipolipidemik dan antitrombotik. Kajian di Munich University, Jerman, menunjukkan bahwa menambahkan bawang putih ke dalam diet akan menurunkan kolesterol jahat sekitar 10% dalam empat bulan.
PHYTOCOL-ST - ia mengandungi sterol dan stanol yang berfungsi untuk menyerap kolestrol yang dimakan agar kolestrol jahat tadi tidak diserap ke dalam badan.
Ok. Ada yang bertanya kalau makan ubat ditambah dengan supplement Kolestrol terus tak Ada ke? Bahaya tu kalau langsung tak Ada kolestrol. Jangan risau, jika mengikut dos yang ditetapkan, Insyaallah baik untuk anda.
Hubungi Pn Emalin (SMS / Whatsapp) di 0192500978
0 comments: