Review Pam Susu Medela Frestyle vs Spectra 3 vs Avent vs Pureen
Trend sekarang dah bermula antara barang yang perlu dan wajib dibeli ialah pam susu dengan niat ingin eksklusif breastfeeding.
Bila survey pulak ada banyak jenis pam lagilah sekarang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Prestasi sama ada boleh tahan atau tak, wallahu'alam. Tambahan pam susu ni kalau boleh nak pakai sampai 2 tahun dan sambung ke anak seterusnya.
So, nak review sikit pam yang pernah saya gunakan dulu. Nak baca tips lain, boleh baca di Pemilihan Pam Susu.
Harga pam ni memang mampu milik dan mudah didapati di mana-mana pasar raya. Pam ni menggunakan bateri. Bagi yang pernah menggunakan pam ni tahu suction yang sangat kuat umpama menyedut nipple. Bagi yang tak tahan sakit memang terasa sangat suction tu. Rupa macam nak tercabut nipple tu. Tapi, ada tapinya ada kawan yang serasi dan Alhamdulillah masih berjaya juga menggunakan pam tu hingga akhir hayat pam tu.
) Pam Spectra 3
Pam ni memang 'bulky' dan menggunakan letrik sepenuhnya. Tapi, suction sangat lembut dan boleh dilaraskan suction mengikut kesesuaian kita. Boleh tambah aksesori dan dijadikan double pump jadi sangat jimat masa. Kalau double pump memang kurang 10 minit dan selesai dahlah proses mengepam. Cuma, pam ni sebab bulky memang agak berat dan ditambah pulak dengan susu yang akan dibawa pulang beserta dengan ice packed agak mencabar jugaklah untuk yang berebut naik kenderaan awam tak pun yang duduk flat ke apartment. Yelah mana nak bawa beg pam pastu nak bawa pulak baby nanti. Lepas tu memang kena ada sumber elektrik. Buatnya takda elektrik, memang teknik Marmet ler jawabnya. Masa mula-mula glamer pam ni, dia takda aksesori untuk elak dari susu melimpah masuk corong dan masuk ke dalam pam. Kalau dah jadi, sure kena servislah pam tu tapi sekarang dah ada aksesori tu so WAJIB beli. Berapa je pun harganya berbanding dengan kena hantar servis. Part harga pam ni sangat berbaloi dan boleh dimiliki. Lebih kurang harga handphone biasa jer..Bukan Nokia 3210 tu..up sikit lah...
3) Pam Avent Manual
Harga pam ni lebih murah dari Spectra 3 tapi lagi mahal dari Pureen. Prestasi sangat bagus dan suction pun best. Kelebihan pam ni berbanding pam lain yang pernah saya pakai ia dapat membuka lebih liang susu jadi susu memang kelihatan lebih banyak dan cepat. Tapi secepat-cepatnya pun sebab single pump tetap lambat dari Spectra 3. Sebab pam ni manual jadi jenuh juga la tangan nak mengepam. Tapi kalau nak bawa camping dalam hutan ke memang elok sangat sebab kena hujan ke kena rendam dalam sungai tak rosak. Pastu tak payah cari bateri ke suis letrik ke.
4) Pam Medela Freestyle
Yang ni memang glamer sangatlah. Kebanyakan orang yang nak cari pam kalau ada duit lebih memang dicadangkan ambil pam ni lah. Harga lebih murah dari Iphone 5S kalau pandai cari. Kalau cari kat Jusco ke memang harga lagi mahal dari Iphone 5S lah. Prestasi sangat bagus dan ada pilihan bateri dan suis letrik. Double pump juga dan suction boleh laras. Suction lagi lembut dari Spectra 3 jadi siapa yang biasa guna Spectra 3 dan Pureen akan guna suction paling tinggi lah untuk pam. Ni tips lagi, nak beli pam ni beli dengan orang yang boleh servis dan bagi alat ganti yang murah. Sebab pam ni lazim orang nak pakai untuk anak seterusnya so bila dah simpan dan nak pergi servis ada tempatnya dan harga ok bukan seperti harga servis dan spare part macam beli yang baru. Nak tips kat mana nak beli dengan servis mantap, PM saya okay.
Jangan lupa amalkan yang ini ya..... |
So, pam mana nak pilih? Konpius lagi? PM ke email saya bajet anda dengan situasi kerja dan keperluan lain saya boleh cadangkan. Cadangkan je ye sebab saya tak jual pam. Saya jual Shaklee ...Kalau nak Set Ibu Hamil, Set Pantang atau Set Penyusuan boleh hubungi saya ya.
Okay, kenapa saya tak review pam lain yang ada di pasaran?
1) Sebab saya tak guna lagi
2) Pam lain mula-mula glamer pastu mulalah dengar masalah yang timbul
3) Jenama baru yang kurang dari 3 tahun di pasaran
Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
0 comments: