Spectra3
Spectra3 sesuai digunakan sekiranya ibu jarang bertugas luar dan tempat mengepam ada sumber letrik kerana Spectra3 tiada pilihan bateri. Ini disebabkan Spectra3 agak berat untuk diusung ke hulu hilir namun masih boleh diusung.
Avent Manual
Untuk yang sering keluar pejabat dan tempat yang dituju tidak diketahui samaada ada sumber letrik atau tidak, boleh menggunakan Avent Manual. Ringan namun lenguh sedikit sebab perlu pam secara manual.
Antara suction Spectra3 dan Avent Manual, saya lebih suka suction Avent Manual kerana Avent Manual mampu untuk membuka lebih liang pengeluaran susu (kurang pasti terma yang sesuai).
Kemudian, saya beli pula Medela Freestyle.
Medela Freestyle
Kelebihan Medela Freestyle adalah mesinnya sangat ringan berbanding Spectra3 dan ada pilihan untuk bateri atau sumber letrik. Jadi, hanya sejenis pam saja diperlukan dan boleh diusung ke hulu hilir. Kelemahan pula, lazimnya ibu akan berfikir banyak kali kerana harga jualan agak mahal. Namun, percayalah memang berbaloi dan balik modal (sekiranya dibandingkan dengan membeli susu formula).
Ketika ini, banyak jenis pam yang ditawarkan dan tidak dinafikan ada pam ala Medela Freestyle yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Pada saya, terpulang namun jika ditanya pada saya, pilihlah pam yang telah lama berada di pasaran, mempunyai 'review' yang bagus dari teman lain yang telah menggunakannya dan 'after sale service' yang bagus terutama jika dihantar untuk diservis.
Pam susu juga perlu diservis (seperti kereta ya) setelah dipakai lama dan sekiranya prestasi pam tersebut tidak memuaskan seperti tiada 'suction' atau 'suction' rendah.
Ibu akan mengalami situasi yang sukar sekiranya pam dihantar untuk dibaiki dan pada masa yang sama tiada pam lain untuk digunakan. Walaupun ada Teknik Marmet (Teknik mengosongkan payudara menggunakan tangan) namun jika tidak dipraktiskan akan menimbulkan rasa tekanan pada ibu. Ini disebabkan ibu rasa bengkak susu namun susu tidak dapat dikeluarkan daripada payudara.
Jadi, pilihlah pam susu yang betul untuk memudahkan sasaran kita menyusukan anak secara ekslusif pada 6 bulan pertama tercapai.
Selamat Membeli Pam Susu
~emalinmohd~
|
0 comments: