Jadual Mengepam....

1:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Assalamualaikum.
Tahniah untuk rakan-rakan yang masih menyusukan anak dan gigih mengepam untuk membuat stok.

Untuk ibu yang berkerjaya, mengepam selang 3 jam atau 3-4 kali sewaktu 8 jam bekerja antara faktor untuk menjayakan eksklusif breastfeeding untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah dan fully breastfeeding sehingga umur 2 tahun. Ingat konsep supply vs demand. 

Sesungguhnya semasa bekerja, untuk mengambil masa mengepam amat sukar terutama jika terlibat dengan tugas di lapangan dan bermesyuarat namun cuba sehabis baik untuk 'take 5' mengepam.

Ambil masa semasa 'take 5' mesyuarat, percepatkan tempoh menikmati makanan aka sembang dan setelah solat ambil masa untuk mengepam..

Jika 'supply' merudum memerlukan motivasi dan kesungguhan yang tinggi untuk menaikkan semula 'supply'.

Membiarkan 'breast' membengkak untuk mendapatkan hasil mengepam yang banyak juga tidak wajar dilakukan  kerana ia akan memberi isyarat kepada otak bahawa susu ibu tidak diperlukan lagi. Jadi, 'supply' semakin lama semakin merudum.

 Bagi ibu yang tengah cuti bersalin, tidak ada masalah untuk mengepam kemudian menyusukan anak. Insyaallah ada susu ibu untuk bayi kerana ritma penyusuan tidak sama dengan mengepam.

Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada pakar laktasi atau peer counselor.

Semoga perjalanan rakan dipermudahkan. Insyaallah.....


Jadual mengepam saya suatu ketika dahulu (semasa menggunakan dual pump letrik, maksimum 10minit sahaja diperlukan):

Sesi 1 - 7.45 pagi (sebelum mulakan kerja jam 8.00 pagi)
Sesi 2 - 10.00 pagi
Sesi 3- 1.30 petang
Sesi 4 - 5.00 petang (sebelum balik dari pejabat jam 5.00 petang)


 -Saya bukan pakar laktasi /peer counsellor. Catatan berdasarkan pengalaman-


Assalamualaikum. Tahniah untuk rakan-rakan yang masih menyusukan anak dan gigih mengepam untuk membuat stok. Untuk ibu yang berkerjaya,...

0 comments: