Dah Pam Tapi Susu Masih Sikit
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Sama macam tekad nak menyusukan anak secara eksklusif untuk enam bulan pertama dan 'fully breastfeeding' sehingga 2 tahun dan teruskan lagi penyusuan selagi anak nak. Yang ni saya gelar casual breasfeeder. Anak saya Alhamdulillah rekod menyusu yang sulung sehingga 4 tahun dan adiknya sehingga 2 tahun 9 bulan. Tu pun berhenti sebab adik ketiga dah lahir. Dan sehingga sekarang adik dah berumur 2 tahun 3 bulan masih menyusu. Dah ada tanda nak wean off tapi bila ibunya konsisten minum ESP terus jadi budak ngempeng balik.
Ok. Cerita pasal masalah susu sikit. Bila dah lepas 3 bulan atau 6 bulan ada yang mengadu susu sikit. Jadi puaslah try itu ini begitu begini. Semua tips dah buat. Dah pam ikut jadual, breastfeed bila dengan anak tapi susu bila dipam masih tak seperti dulu masa anak umur 3 bulan. Pam sikit sangat. Nak dapatkan 2 auns tu mau lebih setengah jam bila pam. Jadual pam memang konsisten. Nak kata stress kerja, biasalah. Kerja mana tak stress tapi manageable. Lagilah bila dah makan B Complex. Kurang stress rasanya. Tapi kenapa susu masih sikit?
Sembang punya sembang, detect pada cara perahan susu ibu. Bila buat Teknit Marmet, nampak liang lagi banyak terbuka dan mengeluarkan susu berbanding pam. Tapi yelah bila tak expert guna Teknik Marmet tu jadi macam lenguh sikit dan ambil masa juga. Kang lama sangat, boss cari pulak.
Jadi mungkin pasal pam susu yang digunakan.
Sejak bayi lahir, pam tersebut tak pernah kena servis. Jadi tak tahu samada perlu atau tak spare part pam diganti atau rosak ke atau apa-apa jelah.
Performance pam tu sendiri. Pam juga main peranan. Badan perlu diserasikan dengan pam yang digunakan dan sebab tu terbaik kalau adapat try sebelum beli. Try masa mengandung pun takpe. rasakan suctionnya. Kalau sakit sangat tak sesuailah. Pengalaman saya guna 3 jenis pam iaitu Avent manual, Spectra3 dan Medela Freestyle. Memang lain suction dan input yang dihasilkan pun berbeza tapi setiap orang ada preference sendiri kan?
Sebab tu antara ciri pemilihan pam susu: Ada tempat nak tanya kalau ada masalah prestasi mengepam (walla ayat tak ingat...), after sales servis yang sangat baik antaranya ada spare pump diberikan semasa pam susu dihantar servis, ada tempat servis dan servis serta spare part dengan harga yang berpatutan. Tak gitu? Sama macam kita beli barang lain yang mahal-mahal tu. Biarlah pam tu harganya mahal tapi berbaloi dengan tempoh nak guna. Jangan baru guna 2-3 bulan dah meragam.
Jadinya, bila susu sikit kena tahu punca kenapa susu tu sikit. Kena selesaikan punca susu sikit. Tapi nak tahu punca pun memang kena try and error juga. Yang penting jangan cepat mengalah. Kalau cepat sangat mengalah sure peringkat ni dah give up dan bagi formula milk kan?
Nak cuba Set Penyusuan Terbaik dengan free consultation?
Hubungi Pn Emalin di 0129500978
Hi, thank share info ni sebab baru saya tahu ada teknik marmet utk keluarkan susu ..Alhamdulilah boleh cuba nnti. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila susu kurang ni..anak asyik nangis malam2 lapar. dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh tambah susu. nak pulihkan puting luka pun boleh . InshaAllah tak sabar nak cuba :)
ReplyDelete