Khasiat Bawang Putih

9:38 am Emalin Mohd 0 Comments


Suka tak makan bawang putih? Kalau saya, saya bakar bawang putih dengan kulitnya sekali. Agak-agak dah masak sampai ke dalam makan begitu sahaja. Sedaplah bagi saya.

Pastu kalau buat sup, pun letak bawang putih kan. Nak bagi aroma yang sedap dan perisa semulajadi. Tak perlu penyedap rasa bagai tu.

Selain itu, bawang putih n pun banyak khasiatnya juga. Rupa-rupanya bawang putih ni antibiotic / antifungal semulajadi yang dapat membunuh bakteria / fungal dan melindungi badan daripada bendasing yang menyebabkan jangkitan.

Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil. Ibu yang mempunyai anak yang tidak cukup bulan boleh mengambil bawang putih sebagai makanan tambahan sebagai ikhtiar agar anak mendapat khasiat bawang putih melalui susu ibu.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan bayi menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang boleh  mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Bawang putih yang mengandungi antibakteria ini  juga membantu mengurangkan kolesterol dan lemak jahat.  Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam agar bebas toksin.

Lagi kegunaan bawang putih:




Apa yang ada pada bawang putih ini?

Dalam bawang putih tu ada komposisi Allicin dan mempunyai bau yang kuat. Allicin inilah yang mempunyai banyak khasiatnya. Tujuan utama Allicin ini di dalam bawang putih adalah sebagai mekanisme mempertahankan diri daripada diserang serangga.

(Petua ni: Kalau tak nak pokok-pokok bunga dihurung serangga, tanam bawang putih sebelah pokok bunga tu).

Boleh cuba makan bawang putih jika mengalami:
  • Sakit kerongkong
  • Sakit telinga
  • Sakit perut yang memulas
  • Cirit birit
  • Jangkitan pada luka
  • Jangkitan pada system air kencing - ni selalu dialami oleh wanita hamil




Tapi tak semua lalu nak makan bawang putih kan...lagilah baunya yang tajam tu tapi disebabkan Allicin punca bau tajam tadi tu lah menyebabkan bawang putih ni banyak khasiat.

Jadi, nak khasiat bawang putih, boleh cuba GARLIC keluaran SHAKLEE. Diperkaya dengan Spearmint & Rosemary lagi.

Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall




Suka tak makan bawang putih? Kalau saya, saya bakar bawang putih dengan kulitnya sekali. Agak-agak dah masak sampai ke dalam makan ...

0 comments:

Set Rawatan Rambut Shaklee

5:20 am Emalin Mohd 0 Comments


Sebelum ini, kita dah cerita vitamin yang boleh membantu menyelesaikan masalah rambut gugur, kat sini kita cerita pulak rawatan dari luaran supaya rambut kelihatan bersinar & beralun. Walaupun memakai tudung, penjagaan rambut juga penting kerana rambut yang sihat dapat mencerminkan peribadi yang ceria (Chewaahh)...


Shaklee ada mengeluarkan rangkaian Set Rambut iaitu Pro-Sante khas iaitu:





Long Lasting Finishing Spray 

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikerinting halus dan rambut yang mudah kusut.

Revitalizing Shampoo

  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

Replenishing Conditioner

  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

Nourishing Scalp Treatment
  • Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya. Tidak menjadikan rambut melekit.
  • Perbezaan Shaklee ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.





Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Sebelum ini, kita dah cerita vitamin yang boleh membantu menyelesaikan masalah rambut gugur, kat sini kita cerita pulak rawatan dari lua...

0 comments:

Petua Hilangkan Senggugut Dengan Shaklee

11:22 am Emalin Mohd 0 Comments



Dah kena PMS kena pulak senggugut? Pernah kena tak senggugut? 

Sakitnya..Memang pernah muntah dan pitamlah kena senggugut. Tangan kaki jadi seram sejuk. Berguling-guling menahan kesakitan. Masa tu, anak dara lagi. Emak pula kata sakit senggugut tu 1/10 daripada sakit bersalin. Terus terfikir tak nak bersalin waktu tu. Lepas tu mak sambung pulak kata, tapi lepas bersalin hilang senggugut. Dah rasa nak beranak plak. Haha..

Macam-macam tips dibuat waktu tu. Antaranya:

1) Letak air panas dalam botol kaca dan letak kat perut.
2) Seterika tuala dan letak kat perut.
3) Lumur perut dengan Minyak Panas Cap Harimau.


Alhamdulillah bila makin meningkat usia walau tak kahwin lagi waktu tu senggugut hilang sendiri. PMS je ada tapi tak teruk lah. Setakat craving coklat je. 

Jadi apa itu senggugut?

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut terbahagi kepada 2 iaitu iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder tapi kali ni fokus lebih kepada senggugut primer.

Senggugut primer terjadi akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Ianya selalu berlaku dengan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang , sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama  (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual (50%) dan muntah (25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang.

(Sumber: Sini
Selalunya, senggugut hilang bila darah haid yang berketul keluar, kan...

Senggugut sekunder lazimnya berlaku disebabkan sistem reproduktif seperti endometriosis. Tapi kali ni nak cerita pasal senggugut primer saja.

Nak sembuh dengan cepat untuk senggugut primer ini boleh je makan ubat tahan sakit macam ponstan tapi kalau dimakan sentiasa (bayangkan setiap bulan dan berbelas / berpuluh tahun jadi amalan) ada risiko apabila mengamalkan ubat penahan sakit ini seperti radang, pendarahan, luka dan kebocoran pada perut, usus kecil dan usus besar. Ngeri pulak tu dengarnya. Yang pil warna pink, glamour gak waktu tu tapi untuk saya tak serasi bila makan bertambah sakit. Dah tu nak buat macam mana?





Apa kata kita menggunakan sumber secara semulajadi yang boleh meniru fungsi ubat penahan sakit.


Vitamin B Complex

Mengandungi B6 untuk menghasilkan prostaglandin 'baik' yang membantu untuk meluaskan saluran darah berbanding dengan prostaglandin 'jahat' yang meningkatkan pengecutan rahim yang menyebabkan kesakitan.  Ada pula kajian yang meilbat vitamin B1 yang mana ia telah diberikan kepada 556 wanita ( berumur 12 hingga 21 tahun) yang mempunyai senggugut tahap sederhana hingga teruk. Sebahagian daripada wanita diberi B1 selama 90 hari dan kemudian ditukar dengan placebo. Lain-lain telah diberikan placebo yang pertama selama 90 hari dan seterusnya B1. 87 peratus daripada wanita telah sembuh sepenuhnya selepas memulakan rawatan B1 dan kesan ini kekal untuk sekurang-kurangnya dua bulan selepas B1 itu dihentikan .


Vitamin E

70 peratus wanita menyatakan suplemen vitamin E baik untuk merawat senggugut. Vitamin E juga dapat mengurangkan prostaglandin yang boleh menyebabkan kontraksi uterus yang menyebabkan senggugut.



Sustain Release Vitamin C dengan bioflavonoids

Bioflavonoids membantu dalam mengurangkan keradangan dan melicinkan pergerakan otot.

  
Ostematrix (Mengandungi Magnesium)

Magnesium bertindak sebagai relaxant otot dan ia telah terbukti membantu menghilangkan sakit belakang yang selalu terjadi semasa senggugut. Magnesium juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan prostaglandin 'tidak baik ' yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Vitamin B6 yang terdapat dalam Vitamin B Complex bekerjasama dengan magnesium untuk menukar lemak penting ke prostaglandin berfaedah. 

Zink

Galian ini adalah penting untuk penukaran kepada asid lemak perlu.

Omega Guard (Asid Lemak Omega 3)

Juga dapat mengurangkan prostaglandin 'jahat' yang boleh menyebabkan kontraksi uterus yang menyebabkan senggugut. Prostaglandin 'jahat' ini lazimnya terhasil daripada pengambilan asid lemak tepu yang tinggi seperti produk tenusu. Inilah penyebab kepada radang di bahagian pelvis.

(Sumber: Sini) 

GLA Complex
Ini antara produk yang glamour dalam Shaklee di kalangan wanita. Ia adalah gamma linolenic acid (GLA) daripada bunga borage yang mengandungi GLA lagi tinggi daripada Evening Primrose Oile. GLA juga berfungsi dalam membentuk prostaglandins yang membantu pengaliran darah dan juga melindungi dinding arteri. Ia juga diperkaya dengan vitamin E. Jadi, tidak hairanlah GLA Complex menjadi kegemaran wanita.


Banyak pilihan tak semestinya perlu nak beli semua. Bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing. Konsultasi percuma untuk uols... 

Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Dah kena  PMS  kena pulak senggugut?  Pernah kena tak senggugut?  Sakitnya..Memang pernah muntah dan pitamlah kena senggugut. Tanga...

0 comments:

Tips Atasi PMS Dengan Shaklee

12:00 pm Emalin Mohd 0 Comments




Pre Menstrual Syndrom (PMS) adalah simptom yang dialami wanita seminggu atau 2 minggu sebelum period / haid dan akan hilang dengan sendirinya setelah period, hamil atau menopause. Ada wanita yang mengalami simptom biasa dan sekadar gangguan bulanan sahaja namun ada yang mengalami keadaan lebih teruk hingga mengganggu aktiviti seharian. 

Rupa-rupanya PMS ini ada banyak kategori. Jadi,  Dr Guy Abraham kelaskan kepada 4 jenis PMS. Cara untuk mengatasinya bergantung dengan simptom apa yang kita alami.

1) Jenis A - Anxitey (Kebimbangan)

Progesteron < Estrogen 

Hampir 80% wanita mengalami Jenis A ini iaitu antara simptomnya ialah mengalami perubahan mood, cepat marah, kebimbangan dan stress. Golongan ini juga menjadi sangat sensitif.

2) Jenis C - Craving (Mengidam)

Yang ini tanda-tandanya teringin nak makan gula-gula, coklat & selera makan yang meningkat serta rasa letih melampau dan sakit kepala. Ketika ini golongan ini juga mudah naik berat badan akibat selera makan yang meningkat. Semakin banyak makan makanan manis, semakin wanita tersebut mengidam makanan manis. 60% wanita lazim mengalami simptom ini.

3) Jenis H - Hyperhydration

40% wanita mengalami hyperhydration iaitu water retention, breast rasa sangat sensitif dan kembung perut.


4) Jenis D - Depression (Kemurungan)

Progesteron > Estrogen 

Hanya 5% wanita mengalami simptom ini tetapi kalau tidak dikawal & dirawat boleh menjadi serius. Antara tanda-tandanya mudah lupa, cuai, keliru, insomnia & tekanan darah tinggi.

Yang mana satu selalu dialami? Pasti rasa tak selesa kan. Nak ambil ubat pun takkan nak bergantung sentiasa dengan ubatkan. Pernah terfikir tak mungkin nutrisi dalam badan tak mencukupi menyebabkan apabila hormon badan berubah menyebabkan reaksi yang sedikit negatif. Syukur jika ada yang tidak alaminya kan.

Supplement dan vitamin boleh meredakan simptom PMS ini sebab ada yang kata PMS terjadi akibat kekurangan nutrisi iaitu vitamin dan mineral yang badan perlukan akibat tabiat pemakanan yang tidak betul, sumber makanan yang tidak cukup khasiatnya dan stress. (Sumber: Sini



VITAMIN YANG SESUAI UNTUK PMS

Multivitamin aka VITALEA
Multivitamin yang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. A little for many for many benefits. See..Semua jenis vitamin dan mineral ayng diperlukan badan ada dalam Vitalea ni.





Vitamin B Complex 
B6 yang terkandung dalam B Complex amat penting bagi yang mengalami PMS Jenis A kerana ia memainkan peranan yang penting dalam sintesis bahan kimia otak tertentu ( neurotransmitter ) yang mengawal perasaan dan tingkah laku. 

Vitamin E
Vitamin ini telah terbukti dapat membantu jika simptom yang dialami antaranya ialah breast menjadi sensitif dan juga menjadi moody akibat PMS. 

Ostematrix
Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium yang dikenali sebagai 'penenang semulajadi'. Wanita yang mengalami PMS didapati mempunyai sel darah merah yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mempunyai PMS. Magnesium didapati amat berguna dalam mengurangkan banyak gejala-gejala PMS dan lebih berkesan apabila diambil dengan vitamin B6 pada masa yang sama. Kekurangan magnesium juga dikaitkan dengan wanita yang sering mengalami migrain semasa haid. Untuk yang mengalami simptom berkaitan mood, sakit kepala, kejang, sakit sendi, insomnia, depression dan stress juga amat sesuai mengambil Ostematrix. Ostematrix juga mengandungi zinc yang boleh mengurangkan rasa mengidam semasa PMS.


Omega Guard
Tanda-tanda kekurangan Asid Lemak Omega 3 adalah kulit kering, rambut tidak bermaya , kuku pecah-pecah, keletihan, kemurungan, mata kering, kurangnya motivasi, sakit sendi, sukar turunkan berat badan, mudah alpa / cuai dan sakit pada breast. Omega Guard juga bersifat anti radang yang boleh mengurangkan rasa sakit akibat PMS.

GLA Complex 
Membantu mengatasi simptom PMS seperti water retention, breast rasa sangat sensitif dan kembung perut.



Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Pre Menstrual Syndrom (PMS) adalah simptom yang dialami wanita seminggu atau 2 minggu sebelum period / haid dan akan hilang dengan se...

0 comments:

Pengalaman Menghidap Ovarian Cyst

11:25 pm Emalin Mohd 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua Pembaca,




Kisah ini adalah daripada pengalaman seorang adik semasa sekolah, Azmawati dan dengan izin beliau saya nukilkan di sini agar kita semua dapat sedikit 'hint' untuk mengambil berat keadaan diri kita. 


Lumrah bila menjadi ibu, isteri, anak perempuan dan juga pekerja kita ni selagi terdaya (walau menggigihkan diri dan walau sampai membongkok badan menahan sakit) kita akan kata diri kita sihat dan tak ada apa-apa.




Kisah ovarian cyst berdasarkan pengalaman Azmawati: 

Setiap kali perayaan tahun baru Cina, mengingatkan saya kepada peristiwa cyst n appendic yg saya alami setahun yang lepas.

3 hari sebelum tahun baru Cina, perut saya mula meragam, saya juga berasa sakit yang amat di bahagian rahim setiap 5 minit, sakit itu mencengkam rahim saya. 

Apa yang saya fikir waktu itu, "Kalau sakit sangat, takder rahim pun takperlah," itulah yang saya ulang2kan akibat tidak dapat menahan dengan sakit yang menyerang setiap lima minit.

Tibanya hari tahun baru Cina, selepas balik kerja saya terus rush ke emergency ward di hospital Putrajaya dari Shah Alam.Saya masih ingat bagaimana saya menahan sakit di perut, sambil drive kereta manual, sebelah tangan kanan pegang stering kereta, tangan kiri pula berselang seli memainkan peranannya untuk menukar gear kereta dan menahan sakit di perut. Masa itu saya rasa macam dah nak mati. Rasa macam rahim saya pecah.

Sampai saja di emergency ward, 3 doktor pakar turun dan selepas scan, mereka nampak dalam perut saya ada cyst, untuk confirm kan penyakit ni, mereka tolak pula saya ke labour room, turun lagi 3 doktor pakar dan after scan n buat x ray, mereka nampak saya ada 2 cyst terletak di tepi rahim kiri dan kanan, dan tambah lagi satu penyakit dengan appendic.

Malam itu saya diminta berpuasa sebelum esoknya doktor nak buang 2 cysts itu n appendic. Cyst sebelah kiri bersaiz 4cm, doktor kata macam saiz bola golf, sementara cyst sebelah kanan bersaiz 2cm. 

Masa nak buang tu, doktor mendapati cyst sebelah kiri dah pecah dan berlaku bleeding dalam perut. Doktor ambil masa yang lama untuk buat apa yang patut dengan dalam perut saya selama kira-kira 6-7jam tak salah saya berada dalam bilik operation tu. Waktu itu, memang saya dibiuskan sepenuhnya, sedar-sedar jam 7 lebih, dah mahgrib, baru doktor kejutkan saya.

Pengalaman menahan sakit dari cyst n appendic ini memang saya tak boleh lupakan. Kepada kawan-kawan yang ada sakit di bahagian perut atau rahim, rasa macam mencengkam-cengkam setiap lima minit, saya syorkan pergi buat pemeriksaan doktor pakar. Mungkin anda salah seorang pengidap penyakit berkenaan. 

Sekurang-kurangnya langkah awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Mencegah lebih baik daripada merawat. 



Contoh imej ovarian cyst:





Sayangi diri anda dan sesungguhnya MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.



Salam sayang,
Pn Emalin

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua Pembaca, Kisah ini adalah daripada pengalaman seorang adik semasa sekolah, Azmawati dan denga...

0 comments: