Misi Amal Wish Owners Club Malaysia (WOC) - Bantuan Untuk Adik Bayar Yuran Guna Duit Syiling

1:20 am Emalin Mohd 0 Comments



  






Rentetan cerita di atas telah tersebar meluas di laman media social (FB & bloggers) dan suratkhabar, WOC sekali lagi mengambil inisiatif untuk membantu adik-adik ini agar adik-adik ini juga dapat merasai sedikit kesenangan hasil bantuan orang ramai.


Adik Nurkhatijah kini tinggal bersama-sama datuk dan neneknya setelah kematian Ibunya dan hanya nenek yang dapat mencari rezeki. Sebagai cleaner. Begitu juga dengan Adik Norsyafiqah yang kehilangan ayah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Ibunya juga bekerja sebagai cleaner. Duduk di Ampang, dalam kawasan Lembah Klang menuntut perbelanjaan yang tinggi. Setiap pergerakan dan tuntutan kehidupan semuanya memerlukan $$. Tinggal pula di kawasan flat yang mana sudah pasti tiada kawasan untuk bercucuk tanam. Mana nak dapat sayur jika tidak dibeli. Nak tanam padi atas bumbung seperti di China pun tidak mungkin. Hatta, kawasan lapang untuk menanam pun tiada. Agak-agak kalian semua berapa gaji cleaner ye? Ditambah pula rumah yang diduduki sekarang adalah rumah sewa. Berapa sen pulak gaji yang tinggal setelah ditolak dengan bayaran sewa rumah?


Oh, jangan dipersoalkan ke mana bantuan yang diperolehi. Berapa sangatlah bantuan kan...Hatta kita ibubapa yang bekerja ni pun tercungap-cungap untuk membuat persediaan anak-anak ke sekolah. Buku, alat tulis, pakaian belum lagi yuran sekolah agama & sekolah kebangsaan. Pengangkutan pulak. Makan minum anak di sekolah bagaimana pula. Hatta  membawa bekal setiap hari pon masih juga memerlukan duit untuk membuat bekal.




Oleh yang demikian, pihak WOC sekali lagi turun padang dan membuat kutipan derma dikalangan ahli dan juga shabat handai bagi membantu anak-anak ini dan yang pastinya sebaya dengan anak sendiri. (Mode: Sebak).

Sebanyak 25 buah kereta Toyota Wish iaitu ahli kelab WOC telah mengikuti program ini disertai ahli keluarga masing-masing.

Program dimulakan dengan Bacaan Doa memohon keberkatan Ilahi di Surau Ar Rahmaniah, Taman Dagang bersama persatuan penduduk. Majlis juga dihadiri oleh isteri YB Iskandar tanda sokongan beliau kepada aktiviti kemasyarakatan ini. Sebelum ada yang mengutuk, keluarga ini memang di bawah senarai penerima bantuan ADUN kawasan. Cuma seperti yang saya kata sebelum ini, berapa sangat bantuan yang diperolehi.

Setelah selesai majlis tersebut kami bertolak ke sebuah pasar raya. Dua buah Toyota Wish ditugaskan untuk membawa kedua keluarga adik Nurkhatijah & adik Syafiqah dan diiringi dua orang ahli muslimat Taman Dagang. Jelas terpancar wajah kegembiraan adik-adik Nurkhatijah & Syafiqah. Bila ditanya apa yang dinginkan, adik Nurkhatijah cuma berkata "Nak main kuda" (Baca: permainan kuda yang masukkan duit kat shopping complex tu). Aduh....Bukan baju, pakaian atau makanan yang diminta. Hanya ingin bermain kuda yang hanya berapa sen bagi kita tapi terlalu MAHAL bagi mereka dari segi $$$. 

Oleh kerana masa tidak mengizinkan dan semua ahli WOC & keluarga kelaparan (jam menunjuk kan pukul 2 petang), hanya keperluan seperti pakaian & kasut sahaja yang sempat dipilih oleh adik-adik ini dengan bantuan isteri-isteri ahli WOC sebelum kami membawa mereka ke Pizza Hut untuk makan tengah hari.

Nama pon kanak-kanak yang x mengenal erti kepayahan hidup & penat, mereka sambung bermain dengan ditemani oleh ahli keluarga WOC. Entah kali yang keberapa mereka bermain kereta elektrik yang terdapat di depan restoran kami makan. Tanpa rasa jemu seluruh ahli keluarga WOC melayan karenah mereka. 

Perjalanan kami diteruskan ke taman permainan (play ground) di Taman Tasik Titiwangsa untuk program seterusnya yang dipanggil Happy Hour agar mereka dapat bermain sepenuhnya dan melupakan seketika kepayahan hidup mereka.

Program berakhir sekitar jam 5.30 kerana hujan mula turun. Kerana keletihan (tak tau sama ada penat shopping atau bermain), adik NurKhatijah sempat terlelap sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Oleh kerana kesuntukan masa untuk membeli belah, hanya sebahagian sahaja wang sumbangan digunakan. Oleh yang demikian, kami di WOC sebulat suara bersetuju untuk menyalurkan terus duit sumbangan yang diterima ke dalam akaun bank mereka yang telah dibuka oleh pihak sekolah. Akaun ini akan diawasi oleh pihak sekolah dan waris terdekat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sumbangan untuk meringankan beban adik Nurkhatijah & Syafiqah.

Rasulullah Saw bersabda, “Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shaleh yang mendoakan kedua orang tuanya.”(HR. At-Tirmidzi)

Semoga Adik Nurkhatijah & Adik Syafiqah mendapat manfaat dari usaha kami yang tak seberapa ini. Kami di WOC berharap Adik Nurkhatijah & Adik Syafiqah dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran demi mengubah nasib mereka kearah yang lebih baik di masa akan datang tanpa memikirkan masalah kemiskinan mereka.

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG PADA DIRI MEREKA ” QS 13:11


Nota: Adik Nurkhatijah & Syafiqah telah mempunyai tabung yang diuruskan oleh guru sekolah dan rukun tetangga tempat mereka tinggal. Jika anda ingin hulurkan bantuan, sila berhubung dengan Pengerusi PIBG sekolah dimana kedua-dua adik ini belajar.....

Biar gambar berbicara........

Adik Nurkhatijah & Syafiqah


Ahli Kelab WOC berkumpul sebelum bergerak ke Taman Dagang


Bergambar beramai-ramai

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Adik Nurkhatijah & Syafiqah

Shopping time

Happy hour

Adik Nurkhatijah terlentok kepenatan

   Rentetan cerita di atas telah tersebar meluas di laman media social (FB & bloggers) dan suratkhabar, WOC ...

0 comments: