Petua Menghilangkan Batuk Berlendir Pada Kanak-Kanak

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments



Kebanyakan anak yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Namun, ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk meredakan batuk berkahak.

  

  • Pastikan anak mendapat rehat yang cukup.

  • Tambahkan sesi penyusuan sama ada susu ibu atau formula daripada biasa.

  • Buka 'shower' air panas dan berada di dalam bilik air bersama anak agar anak dapat menghidu wap panas. Ini akan menjadikan lendir menjadi longgar.

  • Berikan air suam bercampur madu dan lemon untuk anak berumur 1 tahun ke atas.



Selain itu, teknik percussion iaitu teknik tepukan boleh dibuat atas kanak-kanak.
Caranya seperti berikut:

1) Pastikan kanak-kanak / bayi tidak diberi makan / minum sebelum membuat teknik ini.

2) Antara posisi yang boleh dilakukan untuk membuat Teknik Percussion. Bulatan pada baju bayi / kanak-kanak di dalam gambar di bawah ialah tapak tangan dewasa yang akan membuat Teknik Percussion tersebut.




3) Pastikan posisi tangan betul untuk membuat Teknik Percussion iaitu sedikit melengkung.





4) Tepuk selama lebih kurang 15 minit.


Tujuan menepuk ialah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru. Lazimnya, setelah selesai menepuk bayi atau kanak-kanak akan batuk atau bersin sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Walau bagaimanapun, jika tertelan kahak tersebut akan keluar melalui najis.


Walaupun selsema dan batuk adalah biasa dialami oleh kanak-kanak, namun ibu bapa perlu membawa anak ke hospital sekiranya:
  • Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.

  • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.

  • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.

  • Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

Sumber: SiniSini

Kebanyakan anak yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Namun, ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk meredakan ...

0 comments: