Tandem Nursing: Banyakkan Susuibu
Apakah Tandem Nursing?
Ia adalah penyusuan serentak bagi anak yang berlainan umur atau kepada kembar pada masa menyusu yang sama atau berbeza.
Adakah bahaya menyusukan anak semasa mengandung?
Tidak kerana oksitosin yang dihasilkan semasa menyusukan anak tidak cukup banyak untuk menyebabkan kelahiran pra matang. Oksitosin juga dihasilkan semasa mengadakan hubungan intim bersama suami.
Apa itu oksitosin?
Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan berfungsi untuk menghasilakn susu.
Manfaat Tandem Nursing
- Mengurangkan rasa cemburu pada abang / kakak kerana bersama-sama menyusu dengan ibu sekaligus masa diluangkan bersama. Ia juga akan mengajar untuk berkongsi.
- Dapat menyelesaikan masalah bengkak susu kerana abang / kakak lebih pakar dalam penyusuan dan mengelakkan daripada liang susu tersumbat kerana 'suction' penyusuan abang / kakak lebih kuat daripada bayi.
- Dapat mengurangkan kanser payudara sebelum menopaus.
- Ibu dapat berehat bersama-sama anak kerana anak-anak disusukan secara serentak.
Adakah bayi mendapat khasiat sepenuhnya susu ibu?
Ya. Bayi mendapat khasiat sepenuhnya yang mana pada di awal kelahiran colostrum tetap akan keluar untuk keperluan bayi. Namun, tidak salah untuk abang / kakak menyusu juga kerana kuantiti kolostrum tersebut tidak akan berkurang hanya kerana abang / kakak pun menyusu susu ibu. Abang / Kakak juga tidak akan kekurangan khasiat kerana pada umur ini abang / kakak telah mula mengambil makanan lain untuk melengkapkan nutrisi.
Adakah ada istilah abang / kakak mengambil hak bayi?
Tiada istilah ini kerana semakin banyak anak-anak menyusu akan bertambah lagi penghasilan susu.
Ingatlah sifir utama penyusuan iaitu "Demand" vs "Supply"
Ibu juga perlu mempelajari pelbagai posisi penyusuan untuk mendapat keselesaan. Berikut antara posisi yang boleh dipelajari:
Terdapat juga bantuan seperti "nursing pillow" untuk memudahkan penyusuan susu ibu secara serentak.
Nak amalkan tandem nursing untuk tingkatkan amaun susu ibu walau hanya ada seorang anak? Boleh. Ibu hanya perlu menyusukan anak dan di samping itu perlu mengepam. Tandem nursing juga.
Pengalaman Saya:
Amat mudah sekali untuk mengekalkan stok semasa tandem nursing kerana "Demand" sangat tinggi. Semasa tandem nursing anak pertama dan kedua, setiap kali mengepam saya akan mendapat sehingga 8-10 auns. Jika terlepas waktu pump atau terpaksa bertugas di luar kawasan yang menyebabkan jadual mengepam susu tidak konsisten, amaun asal akan diperolehi dengan cepat sekali dalam 3 hari sahaja.
Berbeza dengan menyusukan seorang anak sahaja. Susu yang dipam hanya dapat dalam 6-8 auns bersesuaian dengan jumlah setiap kali "feeding" anak. Jika jadual mengepam tidak diikuti dengan konsisten amaun yang diperolehi akan menurun mendadak dan untuk meningkatkannya semula memerlukan sehingga 7 hari.
Jadi, tidak salah untuk tandem nursing. Malah, ia amat membantu ibu.
Baca sini untuk Jadual Penyimpanan Susu Ibu
Baca sini untuk Pemilihan Pam Susu
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
0 comments: