Ubat Letih Badan

6:13 am Emalin Mohd 0 Comments





Petikan daripada FB Dr Zubaidi

CO ENZIME Q10 UNTUK LELAKI PERTENGAHAN UMUR

November 21, 2013 at 9:19am
Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih dan mengantuk. Beliau kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya. Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya. 
Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik.
Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga sering rasa letih dan tidak puas tidur. 
Saya menghabiskan masa yang agak lama untuk mencari punca sebenar masalah beliau. Agak rumit untuk menyelesaikannya kerana beliau agak obese, perokok tegar, tidak pernah bersenam dan mengalami stress yang keterlaluan.
Di akhir perbincangan itu, saya menasihati beliau agar menukar gaya hidupnya. Hentikan merokok, minum mineral secukupnya, jaga pemakanan dan cuba melakukan aktiviti senaman ringan di hujung minggu.
Saya tidak memberikan beliau ubat penahan sakit atau multivitamin sepertimana yang dilakukan oleh doctor lain. Saya mencadangkan suplemen CoQ10 yang saya rasa sesuai untuk beliau.
Setelah mencubanya selama tiga bulan, beliau datang semula kepada saya dan mengatakan telah mengalami perubahan yang baik. Walau pun beliau masih mengalami keletihan, tetapi telah banyak berkurangan. Begitu juga dengan rasa mengantuk dan sakit-sakit badan.
Oleh kerana suplemen ini sesuai untuk beliau, saya mencadangkan agar beliau mengamalkannya terus, di samping memperbaiki gaya hidup beliau.
“Doktor, saya tidak pernah dengan nama suplemen ini. Vitamin baru kah? ” ujar beliau ketika saya mula memperkenalkan suplemen ini.
CoQ10 sebenarnya bahan semula jadi yang terdapat dalam tubuh manusia. Tubuh manusia dapat menghasilkan CoQ10 kerana ia penting dalam penghasilan tenaga. Oleh itu ia banyak terdapat dalam struktur mitokondria dalam sel, terutama sel-sel otot dan jantung. 
Jadi secara logiknya, jika seseorang mengalami keletihan tanpa sebab tertentu, berkemungkinan besar puncanya ialah kekurangan elemen CoQ10 dalam tubuh seseorang itu.
Hal ini juga benar bagi wanita yang mengalami keletihan walaupun pemeriksaan tahap haemoglobin mereka adalah normal. Kebanyakan wanita yang bekerja mengalami keletihan kerana mereka mengalami anemia, di mana sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh telah kurang. Ia dapat dikesan dengan pemeriksaan haemoglobin.

Nak dapatkan supplement seperti di atas?
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Pn Emalin 019-2500978 (SMS / Call / Whatsapp)


www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Petikan daripada  FB Dr Zubaidi CO ENZIME Q10 UNTUK LELAKI PERTENGAHAN UMUR November 21, 2013 at 9:19am Seorang pesakit s...

0 comments:

Petua Atasi Rambut Gugur

5:55 am Emalin Mohd 0 Comments


 
Rambut adalah mahkota kita tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Rambut merupakan anugerah berharga yang penting. Rambut membuat wajah seseorang menjadi lebih menarik dan berseri walaupun sesetengah orang selesa dengan keadaan botak.
Kebiasaannya rambut gugur sebanyak 50 hingga 100 helai sehari. Walau bagaimanapun, sekiranya rambut gugur terlalu banyak, semakin menipis atau botak ia akan merisaukan kita.

PUNCA RAMBUT GUGUR

1) Telogen effluvium

Telogen effluvium adalah satu keadaan yang berlaku selepas mengandung, pembedahan, penurunan berat badan secara drastic atau tekanan yang melampau. Ia juga boleh menjadi kesan sampingan ubat-ubatan tertentu, seperti antidepresan , beta -blockers dan ubat anti-radang non-steriod.

2) Keturunan
Ia lebih dikenali sebagai androgenetik alopecia yang mana seseorang itu cenderung untuk kehilangan rambut sekiranya ibu / bapa mengalami masalah yang sama.


 
3) Hypothyroidism

Keadaan di mana hormone thyroid dirembes melebihi normal. Hormon ini mengawal kadar metabolise badan yang mengatur termasuk pertumbuhan rambut.


4) Lupus

Lupus adalah penyakit kronik autoimun di mana sistem imun badan sendiri menyerang tisu yang sihat.  Antara tanda-tandanya ialah keletihan melampau, sakit kepala, ulser mulut, dan sendi bengkak. 



5) Kekurangan Zat Besi

Tidak cukup sel darah merah iaitu darah yang mengangkut oksigen ke sel-sel di seluruh badan. Ia memberikan tenaga. Antara tanda-tandanya ialah:

- Keletihan melampau
- Kulit pucat.
- Sakit kepala
- Sukar menumpukan perhatian
- Tangan dan kaki sejuk
- Keguguran rambut


6) Polycystic ovarian syndrome (PCOS) 
PCOS juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

7) Kulit Kepala Tidak Sihat
 

Kulit kepala tidak sihat boleh menyebabkan radang yang menjadikan sukar untuk rambut tumbuh. Antara keadaan kulit kepala yang tidak sihat  termasuk dermatitis seborrheic (kelemumur), psoriasis dan jangkitan kulat seperti kurap.

Dermatitis Seborrheic menjadikan kulit kepala berminyak yang mungkin disebabkan oleh yis dipanggil Malassezia, perubahan hormone atau minyak yang berlebihan pada kulit. Psoriasis pula adalah di mana keadaan autoimun yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit berlebihan.
8) Alopecia Areata


Alopecia areata adalah gangguan autoimun di mana sistem imun menyerang folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut.



Makanan Mencegah Keguguran Rambut


Telur Dan Daging Ayam

Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.


Gandum

Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur.
Buah kering dan kekacang

Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.


Tauge

Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.


Sayuran Hijau

Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.


Buah-buahan Segar

Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.


Makanan Laut

Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.


Salmon

Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.


Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.


Air Masak

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Supplement Yang Boleh Membantu Untuk Keguguran Rambut
B COMPLEX
Sebagai anti stress dan memberikan tenaga. Ia mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% Biotin dan Asid Folik.


VITAMIN C

Kekurangan nutrien vitamin C membawa kepada penyakit yang dipanggil skurvi, tanda- tandanya adalah kehilangan rambut. Vitamin C membantu pembentukan protein kolagen, yang merupakan sebahagian daripada rambut yang sihat dan kulit. Syarikat-syarikat kosmetik menambah vitamin C untuk krim kulit atas sebab ini. Kolej Sains Kesihatan Huntington mencadangkan mengambil 100 mg ke 200 mg Vitamin C harian.
VITA-LEA
Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tubuh badan kita dan diperkayakan dengan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keguguran rambut.
ZINC

Zink digunakan oleh badan untuk merangsang pertumbuhan DNA, menurut Huntington Kolej Sains Kesihatan. Ia mengesyorkan dos 15 mg setiap hari untuk membantu rambut tumbuh lebih cepat.


GLA Complex

Menstabilkan Hormon di dalam badan bagi kes keguguran rambut akibat hormon.


ESP (Energizing Soy Protein)


ESP adalah sumber protein yang mana protein diperlukan untuk pertumbuhan rambut.



Sumber: Sini & Sini



Nak dapatkan supplement untuk kesihatan rambut?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Pn Emalin 019-2500978 (SMS / Call / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

      Rambut adalah mahkota kita tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Rambut merupakan anugerah berharga yang penting. Rambut ...

    0 comments:

    Lecithin Untuk Kurus

    5:50 am Emalin Mohd 0 Comments




    Lecithin adalah kompaun semula jadi yang membantu badan menyerap zat-zat larut lemak seperti beta karotena dan vitamin-vitamin A, D, E, dan K. Lecithin boleh didapati daripada telur atau tumbuh-tumbuhan seperti soya dan jagung.  

    Lecithin Shaklee:

    • Diperolehi secara semulajadi daripada kekacang soya
    • Setiap kapsul membekalkan 530mg lecithin, termasuk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol


    Kandungan Lecithin
    • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan yang perlu diambil melalui diet harian kerana tidak boleh dihasilkan oleh badan. 
    • Kolin – satu komponen neurotransmitter
    • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
    • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

    Fungsi Lecithin Dalam Badan


    1. PALING UTAMA
    •  Proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids) 
    • Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. 
    • Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) 
    • Membantu mengawal paras triglycerides iaitu sejenis lemak dalam darah yang digunakan sebagai tenaga. 
    • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. 
    • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol 


    2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 
    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman etc
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin
    • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin 


    3. UNTUK GOLONGAN BERUSIA
    • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit yang biasa dialami oleh kaum tua 
    • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersumbat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb 

    4. UNTUK PENGHADAMAN
    • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman 


    5. UNTUK SEL
    • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel 
    • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita 

    6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
    • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung. 
    • Ia amat mujaraB jika diambil bersama-sama EPA dan Fiber 




    Bagaimana Lecithin Memecahkan Lemak?




    Testimoni Pengguna Lecithin




    Nak dapatkan lecithin?

    Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
    Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)

    Lecithin adalah kompaun semula jadi yang membantu badan menyerap zat-zat larut lemak seperti beta karotena dan vitamin-vitamin A, ...

    0 comments:

    Petua Menghilangkan Batuk Berlendir Pada Kanak-Kanak

    4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments



    Kebanyakan anak yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Namun, ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk meredakan batuk berkahak.

      

    • Pastikan anak mendapat rehat yang cukup.

    • Tambahkan sesi penyusuan sama ada susu ibu atau formula daripada biasa.

    • Buka 'shower' air panas dan berada di dalam bilik air bersama anak agar anak dapat menghidu wap panas. Ini akan menjadikan lendir menjadi longgar.

    • Berikan air suam bercampur madu dan lemon untuk anak berumur 1 tahun ke atas.



    Selain itu, teknik percussion iaitu teknik tepukan boleh dibuat atas kanak-kanak.
    Caranya seperti berikut:

    1) Pastikan kanak-kanak / bayi tidak diberi makan / minum sebelum membuat teknik ini.

    2) Antara posisi yang boleh dilakukan untuk membuat Teknik Percussion. Bulatan pada baju bayi / kanak-kanak di dalam gambar di bawah ialah tapak tangan dewasa yang akan membuat Teknik Percussion tersebut.




    3) Pastikan posisi tangan betul untuk membuat Teknik Percussion iaitu sedikit melengkung.





    4) Tepuk selama lebih kurang 15 minit.


    Tujuan menepuk ialah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru. Lazimnya, setelah selesai menepuk bayi atau kanak-kanak akan batuk atau bersin sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Walau bagaimanapun, jika tertelan kahak tersebut akan keluar melalui najis.


    Walaupun selsema dan batuk adalah biasa dialami oleh kanak-kanak, namun ibu bapa perlu membawa anak ke hospital sekiranya:
    • Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.

    • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.

    • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.

    • Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

    Sumber: SiniSini

    Kebanyakan anak yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Namun, ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk meredakan ...

    0 comments:

    Tandem Nursing: Banyakkan Susuibu

    9:54 pm Emalin Mohd 0 Comments

    Apakah Tandem Nursing?

    Ia adalah penyusuan serentak bagi anak yang berlainan umur atau kepada kembar pada masa menyusu yang sama atau berbeza.


    Adakah bahaya menyusukan anak semasa mengandung?

    Tidak kerana oksitosin yang dihasilkan semasa menyusukan anak tidak cukup banyak untuk menyebabkan kelahiran pra matang. Oksitosin juga dihasilkan semasa mengadakan hubungan intim bersama suami. 


    Apa itu oksitosin?

    Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan berfungsi untuk menghasilakn susu. 


    Manfaat Tandem Nursing


    • Mengurangkan rasa cemburu pada abang / kakak kerana bersama-sama menyusu dengan ibu sekaligus masa diluangkan bersama. Ia juga akan mengajar untuk berkongsi.

    • Dapat menyelesaikan masalah bengkak susu kerana abang / kakak lebih pakar dalam penyusuan dan mengelakkan daripada liang susu tersumbat kerana 'suction' penyusuan abang / kakak lebih kuat daripada bayi.

    • Dapat mengurangkan kanser payudara sebelum menopaus.

    • Ibu dapat berehat bersama-sama anak kerana anak-anak disusukan secara serentak. 


    Adakah bayi mendapat khasiat sepenuhnya susu ibu?

    Ya. Bayi mendapat khasiat sepenuhnya yang mana pada di awal kelahiran colostrum tetap akan keluar untuk keperluan bayi. Namun, tidak salah untuk abang / kakak menyusu juga kerana kuantiti kolostrum tersebut tidak akan berkurang hanya kerana abang / kakak pun menyusu susu ibu. Abang / Kakak juga tidak akan kekurangan khasiat kerana pada umur ini abang / kakak telah mula mengambil makanan lain untuk melengkapkan nutrisi.



    Adakah ada istilah abang / kakak mengambil hak bayi?

    Tiada istilah ini kerana semakin banyak anak-anak menyusu akan bertambah lagi penghasilan susu.

    Ingatlah sifir utama penyusuan iaitu "Demand" vs "Supply"



    Ibu juga perlu mempelajari pelbagai posisi penyusuan untuk mendapat keselesaan. Berikut antara posisi yang boleh dipelajari:





    Terdapat juga bantuan seperti "nursing pillow" untuk memudahkan penyusuan susu ibu secara serentak.




    Sumber: Sini

    Nak amalkan tandem nursing untuk tingkatkan amaun susu ibu walau hanya ada seorang anak? Boleh. Ibu hanya perlu menyusukan anak dan di samping itu perlu mengepam. Tandem nursing juga.




    Pengalaman Saya:

    Amat mudah sekali untuk mengekalkan stok semasa tandem nursing kerana "Demand" sangat tinggi. Semasa tandem nursing anak pertama dan kedua, setiap kali mengepam saya akan mendapat sehingga 8-10 auns. Jika terlepas waktu pump atau terpaksa bertugas di luar kawasan yang menyebabkan jadual mengepam susu tidak konsisten, amaun asal akan diperolehi dengan cepat sekali dalam 3 hari sahaja.

    Berbeza dengan menyusukan seorang anak sahaja. Susu yang dipam hanya dapat dalam 6-8 auns bersesuaian dengan jumlah setiap kali "feeding" anak. Jika jadual mengepam tidak diikuti dengan konsisten amaun yang diperolehi akan menurun mendadak dan untuk meningkatkannya semula memerlukan sehingga 7 hari.

    Jadi, tidak salah untuk tandem nursing. Malah, ia amat membantu ibu.


    Baca sini untuk Jadual Penyimpanan Susu Ibu 

    Baca sini untuk Pemilihan Pam Susu




    Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
    Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)

    Apakah Tandem Nursing? Ia adalah penyusuan serentak bagi anak yang berlainan umur atau kepada kembar pada masa menyusu yang sama atau b...

    0 comments:

    Kurus Dengan Omega Guard

    3:56 pm Emalin Mohd 0 Comments






    Tahukah anda bahawa Omega-3 selain baik untuk otak juga boleh mengurangkan berat badan?



    Omega Guard membantu mengawal selera makan dengan mengimbangi paras gula dalam badan serta membakar lemak dengan menjadikannya sumber tenaga. Omega-3 juga didapati dapat mengawal stress. Apabila tekanan dapat dikawal, maka rembesan hormon insulin akan dikurangkan iaitu punca penyimpanan lemak di dalam badan. Ia juga bersifat Anti catabolic iaitu memelihara otot sewaktu proses penurunan berat badan. Maka, ia akan mengelakkan kulit menjadi menggeleber dalam proses pengurangan berat badan.








    OMEGA GUARD Shaklee juga mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

    OMEGA GUARD Shaklee:


    • Sumber terbaik ikan perairan sejuk (bukan hati ikan kod)
    • Tiada kolestrol
    • “Bio-available” – tersedia untuk diserap oleh badan




    Bagaimana Omega-3 membakar lemak? 

    Omega-3 membakar lemak dengan berinteraksi dengan hormon Leptin:
    • Leptin akan memberi isyarat kepada otak untuk mengurangkan selera makan. Maka, lebih mudah untuk mengurangkan selera makan

    • Leptin juga meningkatkan kadar metabolisme dengan berinteraksi dengan tyroid yang mengeluarkan hormon berkaitan metabolisme

    • Leptin juga membakar lemak menjadikannya tenaga

    Selain itu:

    1) Omega-3 mengawal selera makan dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah 

    2) Proses menurunkan berat badan menjadi lebih efektif dengan gabungan senaman dan pengambilan Omega-3 (Kajian dilakukan di Australia)

    3) Kajian yang dilakukan di Jepun dan Republik Czech juga mendapati Omega-3 dapat menghalang badan daripada menghasilkan lemak yang tidak elok untuk kesihatan dan meningkatkan kadar metabolisme.

    Sumber: Sini & Sini



    Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
    Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)


    T ahukah anda bahawa Omega-3 selain baik untuk otak juga boleh mengurangkan berat badan? Omega Guard membantu mengawal sele...

    0 comments: