4 Punca Masalah Sukar Hamil Dan Cara Mengatasinya

Tahukah anda bahawa satu daripada enam atau tujuh pasangan berkahwin mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat atau dipanggil sebagai subfertiliti. Definisi ini bermaksud kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara tetap tanpa pelindung selama dua tahun. Tambahan pula zaman sekarang ramai pasangan yang kahwin di umur 30an. Dan sekiranya setahun telah berkahwin namun masih belum mempunyai tanda-tanda kehamilan, sebaiknya pergilah mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin. Semakin cepat pasangan tersbeut mendapatkan rawtan perubatan, maka semakin tinggilah peluang untuk mengetahui masalah yang dialami dan sekaligus mengetahui cara untuk mengatasinya.



Tambahan pula tahap kesuburan juga dikaitkan dengan peningkatan usia. Bagi wanita yang berumur di antara 35 hingga 39 tahun peluang untuk hamil akan berkurangan separuh daripada wanita yang berumur di antara 19 hingga 26 tahun. Jadi bagi yang jodohnya sampai lewat, cepat-cepatlah bertindak untuk mengatasi masalah ini.

Anatar sebab-sebab berlakukan masalah ketidaksuburan ialah:


1.Masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur): Masalah ovulasi boleh disebabkan oleh sindrom polycystic ovarian, hormon yang tidak seimbang, kekurangan atau berlebihan berat badan, sakit kronik dan pembedahan pada ovari.

2. Struktur tiub fallopio dan kaviti uterus yang tidak jelas: Berkaitan dengan tiub fallopio pula, ia mungkin disebabkan tiub berkenaan tersumbat atau telah rosak. Ini mungkin akibat daripada jangkitan penyakit kelamin (STD), pembedahan sebelumnya atau masalah endometriosis.

3. Bagi golongan lelaki pula masalah yang biasa dihadapi adalah tahap kualiti sperma yang kurang atau abnormal. Ketidaknormalan ini meliputi bilangan sperma , pergerakan sperma dan atau rupabentuk sperma.Keadaan ini berpunca samada daripada keabnormalan kongenital, masalah hormone, jangkitan pada testis (contoh; demam campak), testis yang termasuk, pendedahan kepada radiasi / bahan kimia, merokok, lebihan berat badan dan varicocele.

4. Bagi sesetengah pasangan pula mungkin sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti dan digolongkan sebagai ‘unexplained subfertility’. Tekanan juga mungkin menjadi faktor tetapi agak sukar untuk dikategorikan.

Kesan
Pasangan mestilah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan selepas dua tahun ketidaksuburan memandangkan kelewatan atau penangguhan boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun di kalangan wanita atau memburukkan lagi keadaan sedia ada.

Rawatan
Beberapa ujian asas boleh dijalankan oleh pakar. Ini termasuklah analisis air mani bagi lelaki dan ujian berkaitan hormon pada hari ke-21 bagi ovulasi untuk wanita jika haid datang setiap 28 hari. Jika ketidaknormalan ditemui semasa ujian klinikal pesakit harus dirujuk kepada pakar kesuburan. Melaluinya pemeriksaan lanjut ke atas tiub fallopio, kaviti uterus dan sebagainya akan dijalankan. Ia dilakukan menggunakan imbasan ultrabunyi (melalui imbasan trans-vagina), imbasan radiologi iaitu HSG (histerosalpingogram) atau pembedahan kecil secara invasif (laparoskopi atau histeroskopi).

Pemilihan rawatan termasuk rangsangan ovulasi dengan ubatan kesuburan dan pemantauan dengan imbasan ultrabunyi serta inseminasi sperma suami ke dalam rahim (permanian beradas). Sesetengah pasangan pula mungkin memerlukan teknik perubatan yang lebih maju. Teknik ini adalah in-vitro fertilization, IVF (bayi tabung uji) di mana telur (ovum) disenyawakan dalam makmal dan embrio yang telah terbentuk dimasukkan semula ke dalam rahim. 

Suntikan sperma secara intra-cytoplasmic (ICSI) pula bermaksud persenyawaan telur dihasilkan dengan menyuntik satu sperma ke dalam telur. Penyedutan sperma testikular (TESE/TESA) pula adalah di mana sperma diperolehi daripada testis melalui pembedahan. Rawatan pembalikan dari ketidaksuburan adalah pilihan untuk wanita yang telah menjalani pengikatan (ligasi) tiub peranakan.

Pencegahan

  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau menagih dadah. Lakukan senaman, kekalkan berat badan yang ideal. Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol. Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual (STD)
  • Lakukan hubungan kelamin semasa waktu subur (hari ke 10-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan
  • Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita)
  • Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain
  • Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit. Dapatkan juga rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dan sebagainya.
Sumber Rujukan:http://www.myhealth.gov.my


Selain daripada itu, kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

1. Vivix-  Vivix membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

2. Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa multivitamin?? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium yang terdapat di dalam Vita-Lea juga membantu ereksi bagi lelaki.

3. B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.

Asid folik juga amat penting dan perlu diambil 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Ia membantu mengurangkan risiko kecacatan pada janin seperti spina bifida.
4. Vitamin  C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

5. Vitamin E & Selenium – bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

6. Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 (Gla Complex) meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

7. Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

8. GLA Complex– membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

Keliru untuk pilih yang mana satu?

HUBUNGI PN EMALIN MOHD 
+60192500978 (SMS / WHATSAPP)

2 comments:

  1. Ada yang sudah hamil..

    Ada yang senang hamil..

    Masing masing punya rezeki.

    ReplyDelete