Sakit Sebelum Datang Period Dan Ubat Untuk Mengatasinya

11:51 am emalin mohd 4 Comments

Tengok kalendar lagi beberapa hari akan datang period. Bagi wanita yang selalu mengalami sakit sebelum datang period atau dikenali  sebagai pre menstrual syndrome (PMS) atau Sindrom Pra Menstruasi, ia akan mendatangkan sedikit stress.



Masakan tidak, sakit sebelum datang period atau Pre Menstrual Syndrome ini boleh datang dalam pelbagai cara dan adakalanya berhari-hari sehingga datangnya period.

Ada yang mengalami sakit kepala yang mana makan ubat penahan sakit pun tidak mendatangkan apa-apa kesannya. Ada pula yang mengalami sensitif di kawasan payudara atau tender breasts sehinggakan tersentuh sedikit boleh menjerit kesakitan. Ada pula yang mengalami rasa tidak sedap perut seperti rasa sebu. Dan ada yang rasa mengalami depresi, keseorangan dan rasa tidak bertenaga.

Keadaan ini disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron ketika ini dan beberapa tips boleh dilakukan ketika period makin menjelang tiba.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah dengan makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. Ini disebabkan ada juga yang mengalami nafsu makan seakan seperti naga dan asyik lapar sahaja. Makan berlebihan boleh menyebabkan rasa sebu perut. Makan makanan yang tinggi kandungan gula seperti coklat dan aiskrim pula boleh menyebabkan kandungan gula di dalam badan tidak stabil iaitu kita akan berasa cepat lapar walaupun baru sahaja selepas makan. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, keadaan ini akan merosakkan diet seseorang. Jadi, makan dengan kerap dengan kuantiti sedikit lebih baik bagi yang mengalami pre menstrual syndrome. Boleh juga mengalami ESP untuk kenyang lebih lama.

Selain itu, bagi yang akan mengalami period lagi seminggu seeloknya bersenam. Lebih baik lagi jika senaman secara berkala dan berterusan diamalkan. Senaman akan memperbaiki peredaran darah dan boeh mengurangkan tahap tekanan yang dialami.

Semasa mengalami pre menstrual syndrome ini antara makanan yang perlu dielakkan ialah makanan yang tinggi kandungan garam. Minuman berkafein pula boleh menyebabkan kekurangan vitamin B, potassium dan zinc. Kekurangan vitamin B dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil dan ketidakstabilan hormon. Ia juga boleh menyebabkan keinginan makanan manis bertambah. Perasankan beberapa hari menjelang period, seseorang mengidam untuk makan kek atau aiskrim atau coklat?


Adakah cara lain bagi mengurangkan pre menstrual syndrome sebelum datang period ini?

Sebenarnya beberapa jenis vitamin terutama vitamin keluaran Shaklee boleh mengurangkan sakit sebelum datang period atau pre menstrual syndrome ini.

  • Pengambilan vitamin B Complex membantu menstabilkan hormon, mengurangkan rasa stress dan memperbaiki emosi
  • Ostematrix yang mengandungi kalsium akan mengurangkan rasa sakit kepala dan mengelak daripada emosi yang tidak stabil. Magnesium di dalam ostematrix pula mengurangkan rasa sakit pada payudara. Vitamin D pula akan meningkatkan kadar penyerapan kalsium untuk mengelak daripada risiko osteoporosis.
  • Vitalea yang mengandungi Zinc akan membantu penghasilan prostaglandin yang boleh menyeimbangkan hormon.
  • GLA Complex pula mengandungi Omega 6 juga membantu menyeimbangan hormon. Ia juga mengandungi Vitamin E untuk mengurangkan simptom sakit menjelang period

Untuk tempahan VITAMIN anda, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 019 250 0978
SID 968112

Tengok kalendar lagi beberapa hari akan datang period. Bagi wanita yang selalu mengalami sakit sebelum datang period atau dikenali  sebagai...

4 comments:

  1. memang kena ambil tahu.

    kesian kat bini.

    sakitnya kekadang, ngeri tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Kadangkala berhari-hari rasa sakitnya.

      Delete
  2. setuju, kalau bersenam kurang sikit sakit..tapi janganlah workout angkat beban berat sangat, deadlift weightlift tu.. dahlah pinggang rasa nak patah kalau period..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAlau workout teruk sangat sebelum period dah sakit lain pulak. :)

      Delete