Tips Pengurusan Kewangan Agar Tidak Sengsara Selepas Perayaan

10:50 pm emalin mohd 0 Comments


Siapa di sini bekerja kerajaan?
Sudah dapat jadual gaji tahun 2017?


.
JADUAL GAJI PEKERJA SEKTOR AWAM

20 DISEMBER 2016 - 19 JANUARI 2017 
19 JANUARI 2017 - 23 FEBRUARI 2017 
23 FEBRUARI 2017 - 23 MAC 2017 
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017
25 JULAI 2017 - 24 OGOS 2017 
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 
25 SEPTEMBER 2017 - 11 OKTOBER 2017 
11 OKTOBER 2017 - 23 NOVEMBER 2017
23 NOVEMBER 2017 - 21 DISEMBER 2017 

Apa perbezaan tarikh gaji pekerja sektor setiap bulan bagi tahun 2017?

JADUAL GAJI PEKERJA SEKTOR AWAM
20 DISEMBER 2016 - 19 JANUARI 2017 = 30 HARI
19 JANUARI 2017 - 23 FEBRUARI 2017 = 35 HARI
23 FEBRUARI 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI (AIDILFITRI)
25 JULAI 2017 - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPTEMBER 2017 - 11 OKTOBER 2017 = 16 HARI
11 OKTOBER 2017 - 23 NOVEMBER 2017 = 42 HARI (DEEPAVALI)
23 NOVEMBER 2017 - 21 DISEMBER 2017 = 28 HARI

Jika diteliti terdapat 2 bulan yang mana gaji dapat awal semasa musim perayaan menyebabkan selang mendapat gaji seterusnya mencecah 40 hari. Dan salah satunya adalah bulan menyambut Syawal!


Jadi apakah strategi kita agar tidak sengsara selepas musim perayaan? Bilakah kita seharusnya memulakan persediaan?

Bagi yang menguruskan kewangan dengan baik selama ini, mungkin keadaan ini tidak memberikan kesan kepada mereka.

Namun, bagi golongan yang bulan-bulan biasa sudah menghadapai kesukaran dan mula mengorek duit syiling sebelum akhir bulan, maka beberapa strategi bermula sekarang perlu dilakukan.

Hanya diri sendiri yang tahu taraf kewangan masing-masing dan status kewangan masing-masing.

Sebelum terasa terbeban pada bulan tersebut, maka tindakan perlu bermula dari sekarang iaitu bermula gaji seterusnya iaitu di bulan Februari.

Simpan sedikit duit tabungan untuk berhadapan dengan selang waktu tersebut. Mulakan dengan gaji bulan Februari ini. Banyak teori yang menyatakan 10% daripada wang gaji perlu disimpan sebagai wang simpanan namun bagi yang sukar untuk mengenepikan 10%, mulakan dengan RM100.00 sebulan. Menjelang bulan Jun, RM500.00 sudah berjaya diketepikan untuk berhadapan dengan selang masa 40 hari bagi gaji seterusnya. 

Terasa begitu banyak RM100.00? Apa kata RM50.00 sebulan? RM250.00 akan berjaya dikumpulkan.

Susah untuk simpan duit?

Boleh juga cuba tips ini namun sedikit unjuran perlu disediakan.

Semak keperluan barangan bulanan. Lebihkan pembelian barangan yang boleh disimpan lama. 

Contoh sebulan perlu 4 paket susu formula anak. Jadi mulai bulan ini beli lebih sepaket (pastikan expiry date) untuk simpanan sehingga bulan tersebut. Ini bagi mengelak daripada keperluan penting anak kehabisan. Begitu juga dengan lampin pakai buang. Memandangkan ia boleh disimpan lama, beli stok lebih bermula dari bulan ini untuk persediaan akan datang. Lagi pilihan bagi ibubapa yang anak-anaknya masih memakai lampin pakai buang ialah dengan membeli cloth diapers. Ketika ini banyak cloth diapers yang harganya amat berpatutan (cloth diapers ialah lampin kain moden yang boleh dicuci dan dipakai berulang kali namun tidak bocor). Mulakan dengan setiap bulan beli satu atau dua pasang. Walaupun tidak memakai sepenuhnya cloth diapers namun ada perbezaan signifikan bagi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk lampin anak.



Selain itu, stok makanan kering atau makanan tin juga boleh mula disimpan mulai sekarang untuk mengelak mengikat perut setelah habis perayaan. Ada banyak jenis makanan kering atau makanan tin yang boleh disimpan seperti ikan masin, sardin, tuna mahupun minyak masak, teh, gula dan sebagainya.

Begitu juga dengan bayaran bil wajib seperti elektrik, air, internet dan sebagainya. Lebihkan sedikit bayaran mulai bulan ini sehingga bulan Jun / Oktober agar tidak terlalu terbeban ketika itu dan juga untuk mengelak daripada bekalan tersebut dipotong. Mungkin terlalu asyik menyediakan keperluan menyambut perayaan sehingga tidak sedar bahawa peruntukan bayaran bil wajib telah digunakan.

Bagi yang memberikan duit sebagai bekal anak sekolah juga sudah mula asingkan tabung dengan memasukkan segala duit kecil not RM1.00 untuk bekalan anak ketika itu. Percayalah, kita tidak sedar pun duit tersebut sudah diasingkan. Jika not RM1.00 tersebut dikekalkan di dalam dompet sekalipun ia akan habis dibelanja juga.

Bagaimana sememangnya tiada duit lebihan setiap bulan? Bagi yang duduk di bandar-bandar besar mungkin ini sudah masanya untuk mempertimbangkan melakukan kerja part time. 

Anda ingin menjana pendapatan dengan Shaklee? 



Antara kelebihannya ialah:
  • Tidak perlu menyimpan stok
  • Yuran keahlian hanya RM69.00 sahaja
  • Coaching online disediakan, tiada perjumpaan sehingga larut malam
  • Produk yang mempunyai sijil HALAL dan mempunyai pengesahan KKM

Siapa di sini bekerja kerajaan? Sudah dapat jadual gaji tahun 2017? . JADUAL GAJI PEKERJA SEKTOR AWAM 20 DISEMBER 2016 - 19...

0 comments: