Kaki Bengkak dan Air Kencing Berbuih Petanda Sakit Buah Pinggang

7:50 am Emalin Mohd 0 Comments

Adakah anda mengalami keadaan ini?


  • Bengkak atau lebih dikenali sebagai edema di keliling mata
  • Bengkak (edema) di sekeliling kaki dan tumit kaki
  • Air kencing berbuih yang disebabkan oleh kehadiran protein berlebihan
  • Penambahan berat badan akibat air berlebihan di dalam badan

Selain itu, simptom lain ialah:

  1. Lemah-lemah badan
  2. Selera makan menurun
  3. Perut kembung
  4. Cirit-birit
Jika itu berlaku pada anda atau ahli keluarga termasuk kanak-kanak, kemungkinan seseorang itu menghidap penyakit yang dinamakan Nephrotic Syndrome.

Apa itu Nephrotic Syndrome?


Nephrotic Syndrome atau juga disebut sebagai Nephrosis (dalam istilah Bahasa Melayu kita panggil sebagai Buah Pinggang Bocor); adalah sejenis penyakit pada buah pinggang yang berlaku akibat penapis halus yang terdapat di dalam buah pinggang kita rosak atau bocor. Penapis buah pinggang ini yang dipanggil 'gromeruli' fungsinya adalah untuk menapis kotoran dan lebihan air yang melalui buah pinggang sebelum dikeluarkan sebagai air kencing. Ia juga penting untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada masuk ke dalam air kencing. 


Cara Buah Pinggang Bekerja
Google Image : Cara Buah Pinggang Bekerja

Buah pinggang yang sihat membantu mengekalkan jumlah protein yang optimum di dalam darah kita. Protein pula penting dalam membantu air keluar daripada tisu badan ke sel darah. Tetapi, apabila gromeruli ini tidak berfungsi, berlakulah kebocoran protein melalui air kencing. Nephrosis terjadi apabila 3 gram protein terbocor setiap hari selama 24 jam; dan kebocoran ini disebut sebagai PROTEINURIA.

Apa terjadi selepas itu?


Seperti yang dijelaskan di atas, protein penting dalam membantu air keluar daripada tisu badan ke sel darah. Namun, apabila tubuh mulai kekurangan protein, maka air terperangkap di dalam tisu badan yang  menyebabkan berlakunya edema atau bengkak air; yang menyebabkan kaki dan muka menjaid bengkak.

Punca Nephrotic Syndrome


Punca lazim Nephrosis selalunya disebabkan penyakit kencing manis. Biasanya ini terjadi pada orang dewasa. Walaubagaimanapun, Nephrosis juga terjadi pada kanak-kanak disebabkan oleh penyakit pada buah pinggang itu sendiri yang dipanggil sebagai 'nil disease'.

Lain-lain sebab terjadi Nephrotic Syndrome :

  1. Penyakit pada buah pinggang yang menyerang gromeruli
  2. SLE (LUPUS)
  3. Kanser
  4. Jangkitan seperti Hep A, Hep B atau HIV.
  5. Penggunaan ubat-ubatan yang kerap seperti ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS). Contohnya aspirin.
  6. Atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dikenalpasti dengan jelas.

Komplikasi Nephrotic Syndrome


  • Bagi kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan tumbesaran. 
  • Antibodi badan menjadi lemah, maka pesakit mudah terkena jankitan kuman.
  • Paling berbahaya sekiranya ia tiba kepada tahap Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRF - End Stage Renal Failure); di mana buah pinggang tidak lagi boleh berfungsi
  • Paru-paru dijangkiti kuman kerana tisu dipenuhi air
  • Darah menjadi pekat; boleh lead kepada Deep Vein Thrombosis.
  • Efek steroid kepada badan

Kaedah Diagnos Nephrotic Syndrome


  • UJIAN AIR KENCING : untuk mengetahui jumlah protein dalam urin
  • UJIAN DARAH : untuk mengetahui jumlah protein, kolestrol dan glukos dalam darah
  • ULTRASOUND pada buah pinggang

Biopsi juga mungkin dibuat untuk mengenalpasti punca terjadi Nephrosis pada pesakit.

Biopsi ialah di mana sample tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis Nephrotic Syndrome. 

Rawatan (Medical) Untuk Nephrotic Syndrome


Doktor pakar akan memberikan rawatan yang membantu untuk menghalang atau melambatkan buah pinggang daripada terus rosak. Rawatan juga bergantung pada umur dan punca penyakit itu menyerang.

  • Steroid yang perlu diambil sehingga tiada lagi protein di dalam urin
  • Ubat kencing untuk masalah edema
  • Antibiotik sekiranya terdapat jangkitan
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah jika perlu

Nephrotic Syndrome jika tidak dirawat boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, blood clot dan kolestrol tinggi. Oleh itu, amat penting untuk pesakit segera berjumpa doktor sekiranya ada mengalami simptom-simptom seperti di atas.

Kaedah Pencegahan dan Rawatan Secara Nutrisi


Anda juga boleh memilih untuk mencegah atau mencuba rawatan alternatif melalui pengambilan nutrisi yang betul untuk penyakit Nephrotic Syndrome ini. Namun, anda tetap perlu bertemu doktor untuk mendapatkan butiran lanjut dan rawatan awal supaya tidak tersilap langkah.

Nutrisi yang betul dipercayai mampu mencegah daripada terjadinya penyakit ini; atau sekurang-kurangnya membantu buah pinggang daripada terus rosak (sekiranya telah dikesan dan masih peringkat awal). Antara nutrisi yang dicadangkan ialah

  • Vivix : 4 mekanisme utama Vivix ini membantu menyihatkan buah pinggan hingga ke tahap sel; membaikpulih sel-sel yang rosak, melindungi sel daripada rosak, memberi tenaga kepada sel supaya berfungsi dengan baik, dan mengelakkan lambakan protein AGE yang merosakkan sel tubuh.






Jangan berlengah lagi. 


Hubungi 
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978.



Adakah anda mengalami keadaan ini? Bengkak atau lebih dikenali sebagai edema di keliling mata Bengkak (edema) di sekeliling kaki...

0 comments: