Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

7:45 am Emalin Mohd 0 Comments

Sejak terbaca banyak sharing kawan-kawan tentang khasiat ikan, menu di rumah ini pun lauk ikan berulang-ulang. Ikan masak asam pedas yang kurang pedas dan kurang masam sudah diulang banyak kali. Ini dek kerana anak-anak suka pula makan ikan asam pedas. Tetapi syaratnya tidak terlalu pedas dan tidak terlalu masin. Jadilah resepi ibu ubahsuai sendiri.


RESEPI:

- Ikan tenggiri 4 hiris
- Daun kesum
- Kacang bendi
- Bahan kisar:
* Bawang merah (sederhana besar) 4 biji
* Bawang putih 6 biji
* Halia 2 inci
* Kunyit 2 inci
* Cili kering (3 senduk kecil)
- Air asam jawa
- Garam secukup rasa

Tumis semua bahan yang dikisar sehingga garing. Setelah garing, tambah air asam dan garam. Masukkan daun kesum (saya suka makan yang cukup layu). Masukkan pula ikan dan kemudian kacang bendi.

Seimbangkan rasa.

Tadaa siap.

Jintan manis ke apa ke tak masuk sebab tiada bahan di rumah. Guna apa yang ada di dapur sahaja.

Nak tau khasiat ikan?
Ikan tenggiri juga tinggi kandungan Omega 3 yang ternyata mengandungi DHA dan EPA yang diperlukan ia badan. Ia dikatakan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser prostat, kelihatan keupayaan penglihatan dan nyanyuk.

Minyak ikan Omega 3 juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul untuk pilihan bagi yang sukar untuk memastikan pengambilan Omega 3 dari makanan mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2 hidangan setiap minggu.

Walau apa pun pilihan anda, pastikan keperluan nutrisi harian mencukupi iaitu antara 03-0.5gm DHA & EPA.





Sejak terbaca banyak sharing kawan-kawan tentang khasiat ikan, menu di rumah ini pun lauk ikan berulang-ulang. Ikan masak asam pedas yang k...

0 comments: