Kesan Memakai Implanon Sebagai Perancang Kehamilan

5:26 pm Emalin Mohd 2 Comments

Semasa jumpa nurse di Klinik Kesihatan antara soalan wajib ditanya ialah, nak guna perancang kehamilan apa.

Mulalah kita meng'google' kan? Apa kesan menggunakan perancang kehamilan seperti pil perancang, injection Depo malah bagi yang tidak inginkan komitmen ke klinik akan cuba Implanon.



Apa kesannya?

Implanon adalah salah satu alat perancang kehamilan yang paling mudah, tiada maintenance, boleh dibiarkan sahaja di lengan jika malas untuk mengeluarkannya namun ada sedikit kos. 

Tapi..

Ada tapinya...

Jika anda ingin memakai implanon antara nasihat yang diberikan ialah mencuba dahulu suntikan Depo. Jika tiada kesan pada badan, maka sama juga semasa memakai implanon.

Itu kata mereka...

Sebaliknya apa yang terjadi kepada saya tidak sama! Kesan mengambil suntikan depo SAMA SEKALI TIDAK SAMA dengan IMPLANON.

Semasa mengambil suntikan depo, period saya cuma tidak datang langsung. Itu antara kesan biasa. Yang lain tiada kesan pada saya. Berat badan sama, selera makan biasa. Serba serbi biasa sahaja.

Jadi, dengan penuh keyakinan saya mengambil Implanon. Yakin sangat akan mendapat kesan sama seperti suntikan Depo.

Namun harapan itu punah!

Baru 3 bulan memakainya, saya sudah nak buka sehingga jumpa doktor nak buka implanon. Apabila doktor bertanya sebabnya, inilah punca menyesal memasang Implanon:
  • Period datang tidak berhenti-henti, lama dan spot sehingga keliru masa bila suci atau tidak.
  • Mood sangat tidak stabil. Rasa sedih, murung, marah. Semua emosi negatif ada sehingga rasa stress dan tertekan.
Jawapan doktor, itu adalah perkara biasa! Sepatutnya sudah diketahui itulah kesannya. Kata doktor, betul nak buka baru 3 bulan pakai sebab pasang bukan sepuluh ringgit. Mencecah ratusan ringgit!

Sudahnya balik tanpa buka implanon sebab masa itu memang perlu merancang kehamilan.
  • Guna kalendar? Confirm ke laut.
  • Pil perancang? Selalu terlupa.
  • Suntikan depo? Dah tak larat nak cucuk. Sakit sangatlah. Sengal.
  • IUCD? Gerun untuk melakukannya. Tambahan, ada kawan terhamil sebab IUCDnya senget. Ngeri-ngeri.
Sudahnya, tetap kekal dengan implanon!

Tapi apa caranya untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut? Nasib baik waktu tersebut kawan ada cadangan. Dan cadangannya tidak menyebabkan saya perlu mengeluarkan implanon dan cadangan tersebut tidak mencecah ratusan ringgit pun.

Apa lagi! Pucuk dicita ulam mendatanglah. Sambarlah GLA Complex!


kitaran haid tidak normal


Dalam GLA Complex ini mengandungi gamma linoleic acid yang boleh menstabilkan hormon tetapi pada masa yang sama tidak mengurangkan keberkesanan implanon tersebut.

Alhamdulillah, bertahan juga dengan implanon sehingga tamat tempoh penggunaan dengan tiada kesan yang tidak disukai. Hanya dengan GLA Complex.

Kalau korang anda masalah yang sama, cubalah!

Hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Semasa jumpa nurse di Klinik Kesihatan antara soalan wajib ditanya ialah, nak guna perancang kehamilan apa. Mulalah kita meng'googl...

2 comments:

  1. tak pernah pakai apa apa perancang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu tak pakai apa-apa perancang...Perancang ni memang ganggu hormon..

      Delete