Apabila Anak Belajar Menghafal Doa

9:17 am Emalin Mohd 0 Comments

Alkisah malam tadi, Akmal 3 yang masih tadika bagitau cikgu suruh hafalkan doa. Katanya kalau tak hafal, nanti cikgu denda. Cuak sikit dia..

Jadinya, malam tadi selepas selesai buat latihan, Akmal 3 mula menghafal doa. Doa kali ini yang kena hafal doa menaiki kenderaan.


Apabila ditunjukkan gamabr doa ini (ihsan Google), katanya nak cari yang dalam rumi. Belum pandai baca yang ini lagi katanya. Memang lah pun kan. AKmal 3 masih baca Iqra' lagi. Walaupun ibunya yang bacakan tapi katanya dia nak baca juga.

Ibu pun search lagi kat Google. Jumpa pula gambar ini (juga ihsan gambar Google). 



Baru puas hati dia. Ibu pun sama-sama baca dan rupa-rupanya Akmal 3 dah hafal dah pun. Cuma terlupa masa nak mula. Keliru dengan doa-doa lain.

Tadaa...malam tadi dah hafal dah doa ini. Semoga kekal dan terpahat di dalam hati Akmal 3. Insyaallah.

Dan ini juga peringatan untuk Ibu agar menghafal juga doa-doa harian lain supaya apabila anak bertanya bolehlah Ibu ajarkan.

Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan lurus jika dia sendiri berjalan senget kan?


Alkisah malam tadi, Akmal 3 yang masih tadika bagitau cikgu suruh hafalkan doa. Katanya kalau tak hafal, nanti cikgu denda. Cuak sikit dia....

0 comments: