5 Tanda Dan Antara Rawatan Penyakit Buasir

11:08 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ramai yang saya jumpa orang dewasa sebenarnya mengalami penyakit buasir. Sehinggakan ada yang perlu admit hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat buasir.



Buasir adalah penyakit yang berlaku apabila struktur salur darah yang dinamakan Anal Cushion membengkak dan mengalami keradangan.

Seseorang yang pernah menghidap buasir mungkin akan berulang lagi mengalaminya di masa akan datang walaupun dengan tekanan dan bebanan yang kurang daripada dahulu.

Pesakit buasir yang tidak menjaga pemakanan berkemungkinan mengalami buasir bertambah teruk.  Dan bekas pesakit buasir juga berisiko untuk mengalaminya sekali lagi walaupun dengan tekanan dan bebanan yang kurang daripada masa dahulu.  

Antara punca buasir menjadi teruk adalah:
  • Mengambil makanan pedas
  • Makan terlebih kandungan karbohidrat
  • Makan terlebih kandungan protein
  • Kurang makan makanan serat yang tinggi
  • Mengambil minuman yang banyak kafein
  • Mengambil minuman manis
  • Kurang minum air kosong
Tanda-tanda penyakit buasir:
1. Pendarahan selepas dan sebelum membuang air besar.
2. Darah menitis dari saluran dubur dan rasa sakit berdenyut-denyut dan gatal pada lubang dubur.
3. Sukar membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4. Sakit pada bahagian dubur menyebabkan pesakit mengalami perubahan corak membuang air besar.
5. Pesakit boleh mengalami kekurangan darah dalam tempoh pendarahan.

Buasirnya sebenarnya mempunya 2 jenis iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman
Buasir yang terjadi jauh ke dalam rektum dan tiada rasa sakit atau gatal.

Buasir dalaman tidak bahaya tetapi gangguan dari laluan najis semasa membuang atau meneran semasa membuang air besar boleh menyebabkan berdarah.

Darah yang keluar berwarna merah cerah. Jika keadaan berlarutan, pendarahan mungkin datang dari sumber lain. Berjumpa dengan doktor untuk mengesahjan punca penyakit adalah jalan yang terbaik.

Buasir Luaran
Buasir inilah yang menyebabkan kita berasa sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, darah beku akan terjadi di dalamnya menyebabkan rasa yang amat sakit. Penghidap buasir juga kadangkala  tidak boleh duduk kerana rasa yang amat sakit apabila bergeser dengan tempat duduk.

Buasir boleh disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Perubahan tabiat buang air besar sama ada sembelit atau cirit-birit
Bagi yang jarang membuang air besar, lazimnya najis akan menjadi besar dan kering. Ini menyebabkan seseorang perlu meneran kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlaku peningkatan tekanan pada kusyen anal di bahagian dubur menyebabkan bengkak dan menjadi buasir. Sekiranya seseorang mempunyai buasir dalaman, ia mungkin akan tertolak keluar ketika itu.

2. Tekanan pada bahagian abdomen
Tekanan di dalam perut menyebabkan pertambahan tekanan di dubur yang boleh menyebabkan buasir.

3. Duduk atau berdiri dalam jangka masa terlalu lama
Duduk atau berdiri terlalu lama juga memberikan tekanan menyebabkan kusyen anal membengkak atau keluar.

4. Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan lebih kepada dubur.

5. Hamil
Semasa hamil, berlaku peningkatan tekanan disebabkan rahim membesar dan bekalan darah juga meningkat. Kedua-dua faktor ini memberikan tekanan kepada kusyen anal. Tambahan pula, perubahan hormon semasa wanita hamil menyebabkan otot menjadi lebih relaks dan akan memburukkan lagi keadaan.

4 Tahap Buasir:



TAHAP 1
Berlaku pendarahan tetapi tiada tanda bengkak menonjol atau sakit semasa buang air besar.

TAHAP 2
Bengkak akak keluar tetapi secara spontan akan masuk semula ke dalam dubur akibat pergerakan usus.

TAHAP 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2 tetapi bengkak akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal dan lazimnya seseorang perlu menolak menggunakan jari.

TAHAP 4
Terdapat darah yang pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah meneran. Ketika ini buasir berada di luar kawasan dubur.

Rawatan untuk pesakit buasir
Bai pesakit buasir yang berada di Tahap 1, perubahan kepada diet dan ubat mengurangkan sembelit seperti Lactulose dan diet serat tinggi akan mengurangkan simptom yang berlaku seperti sembelit.

Bagi yang telah mengalami Tahap 3 dan Tahap 4, ubat seperti zinc oksida, petroleum jelly dapat memberikan kelegaan rasa sakit sementara.

Terdapat juga beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi pesakit buasir  dan ia boleh pulih selepas menjalani pembedaha. Namun perlu diingatkan bahawa penyakit buasir ini boleh berulang kembali.

TIPS UNTUK MENGELAK DARIPADA BUASIR
  • Pastikan pengambilan makanan yang seimbang iaitu kurangkan lemak, jangan terlalu banyak karbohidrat atau protein
  • Kurangkan makanan pedas
  • Lebihkan makanan tinggi serat
  • Minum air kosong secukupnya

Ramai yang saya jumpa orang dewasa sebenarnya mengalami penyakit buasir. Sehinggakan ada yang perlu admit hospital untuk mendapatkan rawata...

0 comments: