Cara Mengelak Daripada Terkena Kencing Kotor Pada Ibu Hamil

10:02 pm emalin mohd 0 Comments

Baru-baru ini dalam group Whatsapp ada sembang-sembang tentang kencing kotor semasa hamil atau lebih dikenali sebagai UTI - Urinary Track Infection.

Kencing kotor ini bukan sahaja bahaya kepada ibu malah kepada bayi juga. Ia boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang dan berat yang kurang pada bayi. Bagi ibu pula, kencing kotor yang tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan kuman pada buah pinggang.

Ibu yang disahkan mengalami kencing kotor hendaklah mengikut nasihat doktor dan mengambil ubat yang disarankan.

Selain itu antara tips bagi mengelakkan kencing kotor ialah:
  • Mencuci kemaluan dengan air sebersih-bersihnya tanpa menggunakan sabun atau alat pembersih wanita dan lap sehingga kering dari depan ke belakang.
  • Minum air secukupnya sehingga air kencing berwarna jernih. Ini bermakna ibu tersebut juga akan kerap ke tandas akibat tekanan kehamilan.
  • Bersihkan diri setelah bersama suami.
  • Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan jangan pakai pakaian yang terlalu ketat.
  • Elakkan sembelit semasa hamil dengan mengamalkan Ostematrix.


Bagi ibu yang pernah mengalami kencing kotor semasa kehamilan terdahulu, tidak mustahil ia akan berlaku lagi.

Sebelum terjadi cegah ianya dengan Vitamin C.

Sebaiknya vitamin C semulajadi bukan dari bahan sintetik seperti Sustained Release Vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin antioksidan dan antara vitamin yang disyorkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk ibu hamil.

Pengambilan yang berterusan dapat mencegah daripada terjadinya kencing kotor semasa hamil.


Dan sebaiknya mengamalkan vitamin dan supplement yang disyorkan semasa kehamilan. Sembelit tiada, kencing kotor juga dapat dielakkan.




Baru-baru ini dalam group Whatsapp ada sembang-sembang tentang kencing kotor semasa hamil atau lebih dikenali sebagai UTI - Urinary Track I...

0 comments: