#babybox: Mari Shopping Untuk Membantu Bayi

6/12/2016 emalin mohd 6 Comments

Tahukah anda persiapan barangan bayi yang asas sahaja mencecah RM200.00? Dan tidak semua bernasib baik. Ada yang hanya mendapat RM400.00 pendapatan sebulan untuk sekeluarga. Untuk menyediakan pakaian bayi amat susah sekali.

Disebabkan itu, sebuah NGO di bawah nama Persatuan Buai Sayang melancarkan projek #babybox. Projek ini menyasarkan bayi berumur 12 bulan ke bawah yang mana akan mendapat keperluan asas bayi baru lahir.








Untuk program terdekat projek #babybox ialah program di Taman Seri Puteri Perak bertujuan menyantuni puteri di rumah perlindungan tersebut. Seramai 80 orang puteri di sana yang mana 45 orang daripadanya berumur 18 tahun ke bawah sedang hamil. Jangan ditanya kenapa ia terjadi kerana pastinya ia bukan apa yang mereka pinta.


Untuk program kali ini, ia akan dihadiri oleh artis, Sheera Iskandar yang telah menyokong dan banyak kali menyumbang untuk #babybox serta tunjuk ajar cara penggunaan cloth diaper oleh Foxxy Baby Malaysia. Penggunaan cloth diaper boleh menjimatkan perbelanjaan kain lampin bayi.

Namun sehingga ke hari ini, masih ada lagi sumbangan yang belum mencukupi iaitu set pakaian bayi (baju bayi, booties, mitten & topi) serta diapers bayi saiz S dan New Born. Team #babybox bertungkus lumus hingga ke hari ini untuk mengumpulkan sumbangan agar dapat mengukir senyuman pada wajah mereka.

Rujukan sumbangan: #TSPIftar

Jika ada ramai yang menyumbang? Lebih baik kerana bukan bakal-bakal ibu di rumah Taman Seri Puteri sahaja yang bakal mendapat manfaat. Ia akan disumbangkan pula kepada keluarga lain yang tidak berkemampuan.

Bukan pakaian baru sahaja, team #babybox juga menerima pakaian bayi yang terpakai dengan syarat masih elok, tidak bertahi lalt, tidak koyak dan tali seluar tidak longgar.


Sesungguhnya sumbangan anda mampu mengukir senyuman di muka mereka.

Layari page Fb: Babybox

Pn Emalin Mohd (SMS/Whatsapp) 0192500978
I'm Shaklee Independent Distributor (968112)




Tahukah anda persiapan barangan bayi yang asas sahaja mencecah RM200.00? Dan tidak semua bernasib baik. Ada yang hanya mendapat RM400.00 pe...

6 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Jangan lupa war-warkan pada kawan-kawan.

      Delete
  2. Bagus program nie.. terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jangan lupa war-warkan pada kawan-kawan.

      Delete
  3. 45 orang sedang hamil?

    waduhh..

    ramai juga tu perlu dibantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Ramai tu. sebab tu banyak sumbangan diperlukan

      Delete