Kawan Kongsi Gambar Susu Ibu Banyak. Apa Yang Anda Fikirkan?

8:00 am Emalin Mohd 0 Comments

Anda seorang ibu yang sedang menyusukan bayi berumur 4 bulan secara eksklusif. Suatu hari anda melihat kawan anda kongsikan gambar stok susu dalam deep freezer beliau yang penuh. 



Apa soalan pertama yang anda fikirkan semasa melihat stok susu ibu tersebut?

Rata-rata jika dipos gambar tersebut dalam kumpulan Fb menyusukan bayi antara soalan popular yang keluar ialah: Apa milkbooster yang diambil sehingga susu melimpah ruah?

Jarang-jarang sekali bertanyakan soalan seperti berapa kali sesi mengepam susu atau sekali feeding berapa anaknya perlukan?

Susu ibu yang melimpah ruah sebenarnya perlu kembali dengan asas penyusuan susu ibu iaitu supply vs demand. Faktor inilah yang paling penting sekali. Supply akan tinggi sekiranya demand tinggi.

Jadi tidak hairanlah jika kita melihat rakan-rakan yang ada anak susuan 2 ke 3 orang, susunya semakin bertambah. Jangan pelik!

Ingat konsep asas: Supply vs Demand.

Semakin kerap kali ibu mengosongkan payudara samaada secara direct feeding (yang terbaik) atau mengepam, signal akan dihantar kepada otak bahawa ibu memerlukan lebih susu. Dan susu yang dihasilkan bertambah banyak.

Disebabkan itu juga bagi anak yang sudah mulai makan, susu ibu dikatakan berkurangan. Bukan kurang tetapi sebenarnya tanpa disedari sesi mengosongkan payudara telah berkurangan. Jadi kena up kan juga sesi menyusu atau sesi mengosonkan payudara agar bekalan susu ibu untuk anak mencukupi sehingga anak berumur 2 tahun.

Berbalik kepada isu tadi kan, ibu sepatutnya mengetahui jumlah susu yang diambil bayi setiap kali waktu penyusuan. Ada bayi yang memerlukan hanya 3 auns sahaja setiap kali penyusuan dan ada bayi yang memerlukan sehingga 5 auns setiap kali penyusuan. Jangan pelik jika bayi tersebut mengekalkan 3 auns susu sehingga berumur 2 tahun. Memang berlaku.

Dan apabila ibu tersebut mengepam, lazimnya bayi yang menyusu 3 auns ibu tersebut juga dapat hasil yang sama iaitu 3 auns atau lebih sedikit iatu 4 auns. Ini kerana susu ibu dihasilkan mengikut demand tadi.

Jadi, jika ibu ingin menyimpan stok yang banyak, banyakkan sesi mengepam agar dapat lebih banyak susu ibu.

Jangan cemburu kepada ibu yang dapat menghasilkan susu sehingga 6 auns kerana itu mungkin keperluan bayinya. Setiap bayi kan berbeza?

Dan susu yang over supply juga mendatangkan masalah kepada ibu juga tau. Jangan tak tau ada ibu yang menderita kerana susu ibu yang over supply. Pelik kan? Tapi benar.

Susu ibu yang over supply ini ada kalanya hingga menyebabkan ibu mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti seharian. Mana taknya. Ada yang belum sampai sejam, baju sudah basah akibat susu ibu. Jika tidak dikosongkan boleh menyebabkan payudara bengkak pula. Dan over supply juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. Pelikkan?

Selalu kita dengar masalah susu ibu kurang tetapi over supply susu ibu pun mendatangkan masalah juga.

Jadi kenali diri sendiri dan keperluan anak dan pastikan konsep demand vs supply dipenuhi.

Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Anda seorang ibu yang sedang menyusukan bayi berumur 4 bulan secara eksklusif. Suatu hari anda melihat kawan anda kongsikan gambar stok sus...

0 comments: