Berapakah Berat Badan Ibu Yang Perlu Naik Sepanjang Kehamilan?

7:00 am emalin mohd 0 Comments

Ada ibu hamil yang naik berat badan sehingga 20kg sepanjang kehamilan namun ada yang kurang daripada itu. 



Berapakah sebenarnya berat badan yang perlu naik sepanjang kehamilan?

Betulkah istilah makan untuk 2 orang?

Berat badan yang kurang naik sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko bayi lahir pramatang iaitu kurang daripada usia 37 minggu kehamilan. Selain itu, berat bayi yang dilahirkan juga kurang iaitu di bawah 2.5kg. 

Bayi lahir pramatang atau kurang berat badan boleh menjejaskan pertumbuhan bayi tersebut malah ada yang mengalami sakit kronik. 

Bukan itu sahaja, ibu yang kurang naik berat badannya boleh menyebabkan kegagalan menyusukan bayi dalam tempoh sejam pertama kelahiran. Menyusukan bayi dalam tempoh sejam pertama kelahiran amat penting bukan untuk bayi sahaja malah untuk ibu juga. Bayi akan mendapat khasiat susu ibu awal iaitu kolostrum selain daripada 'bonding' antara ibu dan anak.

Walau bagaimanapun, ibu yang mengalami pertambahan berat yang melebihi yang disyorkan juga tidak baik untuk kesihatan. Ia meningkatkan risiko mengalami diabetis dan tekanan darah tinggi. Berat ibu yang berlebihan juga meningkatkan risiko saiz bayi yang besar melebihi 4kg yang meningkatkan risiko untuk ibu dibedah atau c-sect.

Jadi berapakah kenaikan berat badan yang disyorkan?


Jika ibu hamil anak kembar pula, pertambahan berat badan pastinya berbeza seperti panduan berikut:

1. Berat badan kurang (BMI kurang 18.5-24.9), berat naik antara 17 hingga 25kg.

2. Berat badan berlebihan (BMI 25-29.9), berat naik antara 14 - 23kg.

3. Obesiti (BMI lebih 30), berat naik antara 11 - 19kg.

Panduan mengira BMI:
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)]2

Lazimnya 3 bulan pertama iaitu trimester pertama ibu mengalami alahan sehingga ada yang tidak boleh makan. Jangan risau ketika ini jika berat hanya naik dalam 2kg mungkin kurang daripada itu. Cuma berusaha untuk menambah kalori makanan antara 150 hingga 200 kalori. Contoh makanan ialah sebiji telur goreng mempunyai 110 kalori dan sebotol yogurt rendah lemak pula mempunyai 90 kalori.

Apabila sudah memasuki umur kehamilan trimester kedua atau 4 bulan, ketika ini ibu hendaklah berusaha untuk menambah berat badan sebanyak 1.5kg hingga 2kg setiap bulan sehingga tempoh kelahiran bayi. Untuk menambah berat badan, tambahan sebanyak lebih kurang 340 kalori untuk trimester kedua dan 450 kalori untuk trimester ketiga. Sekeping roti telur bersama kuah dal boleh memberikan jumlah kalori lebih kurang 400.

Tak banyak bukan jumlah makanan yang perlu dimakan dan tidak bermaksud menambah kalori makan untuk 2 orang.

Tetapi bagi yang sememangnya mempunyai masalah berat badan berlebihan, kawallah pemakanan agar berat badan tidak bertambah terlalu banyak.

Senaman semasa kehamilan masih boleh dilakukan seperti berjalan kaki dan juga berenang.

Pastikan ibu memperolehi nutrisi yang cukup semasa hamilIngat, ibu yang sihat akan melahirkan anak yang sihat. InsyaAllah. 

Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Ada ibu hamil yang naik berat badan sehingga 20kg sepanjang kehamilan namun ada yang kurang daripada itu.  Berapakah sebenarnya b...

0 comments: