Cara Mudah Untuk Pekatkan Susu Badan

9:23 pm emalin mohd 2 Comments

Antara yang selalu dibincangkan oleh ibu yang menyusukan anak ialah ingin memekatkan susu badan selain ingin memperbanyakkan susu badan.


Tujuannya tidak lain tidak bukan agar anak kenyang lebih lama dan juga agar berat badan anak naik dengan cantik

Perasan atau tidak apabila susu badan dipam, akan kelihatan warna yang berbeza? Satu kelihatan cair dan satu lagi kelihatan lebih pekat?

Ia dinamakan sebagai foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir). Susu badan yang sama namun komposisi sedikit berbeza.

Susu awal atau foremilk mengandungi lebih air dan kurang lemak. Disebabkan itu, warnanya kelihatan lebih cerah. Analoginya sama dengan orang dewasa yang perlu minum air terlebih dahulu sebelum makan untuk menghilangkan dahaga. Disebabkan itu juga, bayi tidak perlu minum air masak kerana foremilk telah mengandungi air yang mencukupi untuk bayi.

Setelah 10-20 minit, foremilk akan habis dikeluarkan dan digantikan dengan hindmilk. Hindmilk mengandungi lebih lemak dan kurang air. 

Jadi, untuk dapat susu pekat kena pastikan bayi menyusu lebih lama sebelum menukar ke payudara sebelah lagi.

Sekiranya bayi sudah kekenyangan sebelum menyusu di sebelah payudara lagi, ibu hendaklah mengepam payudara yang belum dihisap oleh bayi. Ini juga bagi mengelakkan ibu mengalami bengkak payudara.

Menyusukan bayi sehingga mendapat foremilk juga boleh menyebabkan bayi kenyang lebih lama dan mendapat berat badan yang lebih cantik. Bagi susu yang dipam, susu pada hari yang sama yang mempunyai kepekatan berbeza hendaklah dicampur agar bayi mendapat kedua-dua khasiat foremilk dan hindmilk.

Ada juga ibu yang memberikan maklum balas terdapat supplement seperti ESP yang menyebabkan susu badan mereka menjadi lebih pekat. 


Ibu juga sukar untuk menyukat kadar susu badan yang telah dihisap oleh bayi dan sekiranya terfikir adakah susu badan mencukupi atau tidak, semak tanda-tanda kekurangan susu badan seperti ini:


1) Bayi tidak mendapat berat semasa lahir atau berat badan tidak bertambah selepas berumur 14 hari.

2) Payudara ibu masih rasa tegang

3) Bayi meragam atau kelihatan letih

4) Bayi menghisap susu dengan pipi melengkung atau ada bunyi berdecit

5) Lampin disalin kurang daripada 6 kali selepas bayi berumur 5 hari.

6) Najis bayi berwarna gelap selepas hari kelima kelahiran

7) Bayi semakin kuning selepas minggu pertama kelahiran

8) Bayi kelihatan tidak berisi walaupun telah berumur 3 minggu

9) Kulit bayi masih berkerut selepas berumur 7 hari

Kadangkala susu badan tidak diperolehi secukupnya oleh bayi kerana bayi kerap tertidur semasa sesi penyusuan. Antara yang boleh dilakukan bagi bayi yang selalu tertidur semasa sesi penyusuan pula ialah melakukan urutan ke atas bayi dan senaman otot tangan dan kaki bayi. Banyakkan pergerakan bayi agar bayi terjaga sepenuhnya. Ibu juga boleh menyanyi atau berselawat (sebaiknya) dengan suara yang kuat agar bayi terjaga. 

Selepas bayi terjaga, usap tepi mulut bayi untuk meransang bayi membukakan mulut mencari puting payudara (rooting reflex). Mulakan penyusuan secepat mungkin.

Hubungi Pn Emalin Mohd 
(SMS / Whatsapp) 0192500978




Antara yang selalu dibincangkan oleh ibu yang menyusukan anak ialah ingin memekatkan susu badan selain ingin memperbanyakkan susu badan . ...

2 comments: