Cara Mengira Pergerakan Bayi Dengan Betul

1:00 am Emalin Mohd 1 Comments

Dulu masa mula-mula hamil anak pertama, bila nurse di Klinik Kesihatan suruh kira pergerakan bayi dalam perut tu main kira saja. 



Maksudnya, apabila teringat waktu itu kira dan dalam masa kadangkala kurang 5 minit sudah tamat kiraan. Kemudian, masa isi buku pink tu ubah suai sikit masa pengiraan untuk kelihatan realistik.

Entah siapa yang ingin ditipukan? Sebenarnya waktu tersebut tak pandai nak kira pergerakan bayi pun. Asalkan ada pergerakan terus kira. 

Lazimnya nurse atau doktor akan menasihatkan ibu hamil untuk mula mengiran pergerakan bayi bermula minggu ke 28 kehamilan untuk tempoh 12 jam. 

Selalunya carta untuk mengira pergerakan bayi bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 9.00 malam. Walau bagaimanapun terpulang pada ibu hamil tersebut untuk memulakan pengiraan kerana apabila ibu terlalu sibuk bekerja tidak perasan akan pergerakan bayi.

Untuk itu, bagi memudahkan ibu mengira pergerakan bayi dalam kandungan ibu boleh:

1) Baring secara mengiring dan berada dalam keadaan tenang
2) Sekiranya di pejabat pula boleh duduk menyandar pada kerusi dan pastikan juga berada dalam keadan tenang

Cara kiraan yang betul ialah satu pergerakan sebenarnya ialah satu pusingan pergerakan bayi samaada bergerak ke atas, ke bawah atau ke kiri dan ke kanan. Sekiranya pergerakan tersebut berhenti beberapa saat dan bermula semula ia masih dikira sebagai satu pergerakan.

Pergerakan kedua boleh dikira setelah pergerakan pertama berhenti beberapa minit. Pastikan bayi bergerak sehingga 10 kali atau lebih daripada itu dalam tempoh 12 jam.

Sekiranya bayi kurang bergerak dalam tempoh tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor. Doktor boleh memeriksa degupan jantung bayi.

Disebabkan itulah ibu dinasihatkan agar mengira pergerakan bayi dengan betul pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari agar ibu dapat melihat sendiri pola pergerakan bayi.

Selalunya bayi akan lebih aktif selepas ibu makan dan pergerakan kurang dirasai sekiranya ibu terlalu sibuk, penat atau tertidur.

Walaupun carta pergerakan bayi ini adalah panduan, ia adalah sangat penting dalam memantau keselamatan bayi dalam kandungan. Segera bertindak dengan berjumpa doktor sekiranya ibu mendapati bahawa pergerakan bayi kurang dari 10 kali sehari.

Ibu yang obese atau mengalami berat badan yang lebih serta kulit perut yang banyak lemak juga sukar untuk merasai pergerakan bayi. Disebabkan itu ibu yang hamil dinasihatkan menjaga kesihatan bagi memudahkan pengiraan pergerakan bayi serta mengurangkan risiko daripada penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.



Dulu masa mula-mula hamil anak pertama, bila nurse di Klinik Kesihatan suruh kira pergerakan bayi dalam perut tu main kira saja.  ...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete