Mengapa Anak Saya Keras Kepala?

8:00 am Emalin Mohd 4 Comments

"Ibu kata jangan buat, janganlah! Yang degil sangat tak nak dengar cakap ibu ni kenapa?" kata seorang ibu dengan nada high pitch mengalahkan Ziana Zain.



Pernah terjadi pada anda, ibu? Menjerit  marah anak dengan pelbagai perkataan ..degil, nakal dan sebagainya.

Jika tidak, alhamdulillah. Kata-kata ibu kan merupakan doa. Semua tahu itu tapi apabila tahap kesabaran diuji? Apa-apa pun boleh terjadi.

Tapi tertanya juga kala ibubapa diuji kesabaran dengan karenah anak.
"Kenapa anak saya tak nak dengar cakap?"

"Kenapa anak saya suka kacau Kawan dia kat sekolah?"

"Kenapa anak saya tak macam anak Si A tu? Baik je dengar cakap"




Sebelum kita menyalahkan anak kita, jom letak cermin dulu depan kita. Cermin diri kita dulu. 

Adakah anak kita nakal, degil dan tak nak dengar cakap sebab perangai dia sebegitu?

Perbualan santai dengan rakan-rakan sejawat golongan kaum ibu dalam menangani karenah anak membawa kepada nasihat yang diutarakan oleh seorang Ibu yang juga doktor perubatan..

Kata beliau:

Lazimnya anak-anak kita membuat "perangai" kerana inginkan perhatian daripada ibubapa. Dan apabila anak-anak mendapat perhatian sepenuhnya, anak-anak tadi akan menjadi anak yang baik seperti yang kita harapkan.

Tapi persoalannya..

Ibubapa rasa telah memberikan segalanya. Apa yang anak mahukan ibubapa telah penuhi. Tetapi kenapa anak masih degil?

Tetapi adakah sama apa yang kita berikan  dengan apa yang anak kita perlukan?

Harapan kita dan harapan anak-anak berbeza! 

Apa yang boleh kita lakukan agar ada titik pertemuan antara ibubapa dan anak-anak?

1) Sentiasa senyum pada anak supaya anak ingat senyuman ibubapa bukan ingat muka marah ibubapa.

2) Sentiasa memberi galakan pada anak-anak walaupun perkara itu kecil bagi ibubapa tetapi besar bagi anak-anak. Memakai kasut sendiri walau mengambil masa lama juga pencapaian bagi anak-anak.

3) Jangan marah diri anak-anak tapi marah perbuatan anak.

Contoh:
"Ibu sayang Akmal sangat-sangat tapi kalau Akmal tak pukul Adik, lagi Ibu sayang."

Bukannya..

"Akmal pukul Adik? Ibu tak nak sayang Akmal lagi."

4) Berikan peluang untuk anak memberikan pendapat dan berhujah.

Contoh:

Anak: Nana tak nak makan!
Ibu: Ibu tak kisah Nana tak nak makan. Tapi kan kesian kat perut Nana yang sakit nanti. Ibu yang sedih. Ibu kena bawa Nana pergi hospital..Makan ubat. Ibu tak nak Nana sakit. Nana nak makan tak?

(Masa ibu bercakap dengan anak, pastikan ketinggian ibu sama dengan anak. Pandang mata anak dan cakap dengan nada yang lembut).

Kita pun kalau orang yang minta tolong dengan kita baik-baik, cakap lembut pun cair juga kan? 

5) Berikan pilihan pelbagai bukan pilihan nak ke tak nak.

Contoh:
"Nana nak makan sikit ke banyak"
Bukan 
"Nana nak makan ke tak nak?"

6) Jika ada anak ramai, berikan masa secara individu setiap hari selama 15 minit seorang sebagai contoh. Puji anak secara individu ketika itudan jangan bandingkan dengan Adik-beradiknya. Dengar setiap patah perkataan anak dengan penuh minat.

7) Anak-anak suka untuk impress ibubapa tetapi kadangkala tersilap langkah seperti:

Anak umur 4 tahun nak bawakan air tetapi tumpah.

Pilihan kita? Marah?

Daripada marah, tukarkan:
1. Sayang okay ke? Kena kat baju tak?.. Carefull ye...
2. Thank you sooo much bawakan air.. Mama happy sangat
3. Tumpah sikit takpe.. Jom kita lap sama2.. 
4. Lain kali careful ye.. Takut sayang jatuh... Sebab licin..

Atau anak-anak kemas barang dengan cara mereka sendiri tapi selalunya lagi berselerak di pandangan mata kita.

Ibu kata: Alhamdulillah.. Cantik anak mama kemas... Mama suka sangat.. 
(Peluk & cium anak)

Jangan betulkan yang kita nampak tak betul depan anak.

Dan ini merupakan pengalaman Dr Lin semasa di hospital:

Anak perempuan berumur 10 tahun bermasalah. Nakal, degil, tak nak dengar cakap dan suka memberontak.

Dr Lin bercakap dari hati ke hati dengan anak tadi tanpa ibu bapanya. 

Dan anda tahu kenapa anak tadi jadi sebegitu?

Sebab salah ayah! Ayahnya langgar kucing anak sehingga mati dan tidak berkata apa-apa pada anaknya. 

Anaknya beranggapan ayahnya kejam. Selama 2 tahun anak tadi menyimpan perasaan sehingga menjadikan dirinya degil. Memberontak dalam diam. Tetapi anak tadi tak dapat luahkan perasaan kepada ayahnya sebab ayah langsung tidak berkata-kata tentang insiden tersebut. Ketika itu anak tadi baru berumur 8 tahun.

2 tahun lamanya untuk anak tersebut mendengar perkataan MAAF daripada ayahnya kerana melanggar kucing sehingga mati. Beliau zahirkan dengan perbuatan memberontak. 

Biasakan kita dengar anak kecil yang tidak tahu menzahirkan kemahuan akan menangis? 

Nampak simple punca masalah tapi jika tidak dibendung boleh menukar personaliti anak kita.

Bagi kita mungkin kucing itu perkara kecil tapi bagi anak tadi kucing adalah kesayangannya dan mungkin juga "dunia" dia. Nasib baik ibubapa tadi mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah dengan berjumpa doktor perubatan. Jika dibiarkan sahaja? Agak-agak apa yang terjadi? 

Jadi, sentiasa bercakap, berkomunikasi dua hala dengan anak.

Kecil bagi kita besar makna pada anak kala kita menumpukan perhatian pada percakapan mereka.

Tambahan tips:
Amalkan Asmaulhusna.
Baca Ya Khabir (Maha Bijaksana), Ya Muqit (Maha Mencukupkan) dan Ya Syahid (Maha Menyaksikan) semasa masak, bancuh air atau tiup pada ubun-ubun anak semasa tidur.

Berikan pengharapan sepenuhnya pada Allah SWT.

Semoga Allah mencukupkan pada dia apa-apa yang kita terkurang dan moga Allah kurniakan kebijaksanaan pada anak untuk mengendalikan diri sendiri sepanjang hari.

Selangkah kita mengingati Allah beribu langkah Allah mengingati diri kita.

Akhir kata,
Anak amanah Allah
Anak rezeki daripada Allah

Apa yang kita corakkan pada kain, itu yang kita dapat.

Tingkah laku anak adalah hasil corakan kita.

"Terima kasih kepada rakan-rakan SEMESTI atas input anda semua". Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

"Ibu kata jangan buat, janganlah! Yang degil sangat tak nak dengar cakap ibu ni kenapa?" kata seorang ibu dengan nada high pitch...

4 comments:

  1. Iye betul...Jgn suka marah Anak.. Ni.pesanan utk diri.saya sendiri.. Huhu

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik....saya selalu marah2 kat anak2...lepas ni inshaa allah saya akan cuba cool setelah membaca bebrapa tips dari blog puan ni....thanks a lot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita berusaha menjadi ibubapa yang lebih baik

      Delete